----- Original Message -----
To: msm-net
Sent: Sunday, April 24, 2005 4:16 PM
Subject: Majalah Remaja: Cream Prime Edition - 2005

 
 

Majalah Remaja: Cream Prime Edition - 2005

Keluaran Terkini - "By remaja for remaja"
Dari Meja Editor:

karangan merupakan hasil penulisan remaja-remaja di UK dan Ireland

Antara Yang Menarik:

"Tazkirah - Taubat kepada Allah perlu disegerakan"; "Resepi" ; "Mengasah Minda"; "Cerpen - Menagih HidayahMu di Bumi Perantau"

Dapatkan Naskah anda sekarang secara PERCUMA di alamat URL dibawah

Click Here to download - Majalah Cream Prime Edition 2005 - KRIM - Newsletter


Read now at:

Majalah Cream mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam apa jua bentuk.
Sumbangan penulisan hendaklah disertai dengan identiti pengirim serta email.
Rujukan/sumber adaptasi seeloknya dapat dinyatakan.

[EMAIL PROTECTED]



Sedutan: KARYA REMAJA - Cerpen Berantai
Menagih HidayahMu di Bumi Perantau

Hani merenung keluar melalui tingkap disebelahnya. Kelam malam menemani sepanjang perjalanan Hani ke tanah UK. Lampu-lampu kecil dibawah mengganti malam yang tiada berbintang. Sunyi kapal terbang itu. Adik-adik Hani sudah nyenyak tidur. Begitu juga Abang, Ayah dan Ibu Hani yang lena dihadapannya. Hati Hani berdebar-debar. Ada rasa takut, ada rasa gembira. Tapi Hani cuba meyakinkan diri bahawa segala yang bakal ditempuhi di dunia barat nanti hanyalah ujian Allah sepertimana ujian Allah di tanah airnya sendiri.

Tanpa Hani sedar, kelopak matanya menghitamkan pandangan. Hani tertidur.. �Hani, Ibu nak masuk bilik air sekejap. Hani tengok adik ye,� tutur Ibu. Hani mengangguk. Hani me nggenggam tangan adiknya yang berumur lima tahun itu. Matanya liar kesana kemari melihat orang UK. Hatinya berdebar-debar. Dia sudah pun menjejaki London. Segalanya lain sekali. Ini bukanlah apa yang Hani sangkakan. Beberapa minit, Ibu keluar dari bilik air.
�Ibu, Hani nak masuk pula.� ujar Hani.
�Hm.. hati -hati.. jangan basahkan lantai. Kat dalam tu guna tisu je. Tak ada air tau. Hani tau istinjak kan?� Hani terbeliak. Dia menoleh ke arah pintu bilik air. Hani ligat berfikir..
�Er.. tak pe lah Ibu.. tak ja dilah..� jawab Hani kurang pasti.
�Ish.. betul ke ni?� soal Ibu. Hani diam. Menyedari Ibunya masih menanti jawapan, Hani mengangguk perlahan.

Dari jauh kelihatan Ayah dan Abang bersama-sama beg mereka sekeluarga. Ayah hanya tersenyum, tapi Abang masih lagi kelihatan letih dan mengantuk. Mungkin tak cukup tidur dalam kapal terbang tadi, bisik Hani sendiri. Hani, Ibu dan adik-adik menanti sementara ayah dan abang berjalan ke arah mereka. Mereka semakin hampir....
[ Isya ]
bersambung...

Syarat-syaratuntuk masuk
1. Penyertaan terbuka kepada semua remaja dan warga-warga MSM yang lain
2. Sambungan tidak melebihi 80 perkataan
3. Sambungan tidak boleh diakhiri (seperti diatas), untuk memberi peluang peserta-peserta bulan seterusnya sambung.
4. Hantar karangan kepada [EMAIL PROTECTED]
Sambungan yang terbaik akan dipaparkan disudut Karya Remaja Berantai di majalah seterusnya. �

 
Majlis Syura Muslimun UK & Eire
 
 
 
 
 
 



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke