Di sini Kita Bermula.. Dr. Omar Yaakob 9. Kita perlukan Ulama'
Tidak semua orang boleh sewenang-wenangnya mentafsirkan al-Quran atau mentakwil hadis. Ini perlu dilakukan dengan ilmu. Misalnya seseorang perlu memahami perkara-perkara yang saya sebutkan di atas mengenai nas yang bakal digunakan. Beliau perlu menguasai bahasa Arab secukupnya untuk benar-benar memahami setiap makna yang tersurat dan tersirat dari perkataan-perkataan yang digunakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Beliau perlu menguasai semua nas-nas dan dalil yang berkaitan dengan masalah yang diperbincangkan. Penguasaan ini tidak hanya terhad kepada mengetahui semua nas yang berkaitan tersebut tetapi juga memahami konteks dan alasan-alasan bagi nas-nas tersebut. Jelas kepada kita bahawa walaupun saya mengutarakan bahawa Muslimin sepatutnya benar-benar kembali kepada sumber-sumber asasi, saya tidak bermaksud kita semua harus terus membuka al-Qur'an dan as-Sunnah dan terus mengambil hukum tanpa mengambil kira pandangan dan huraian yang telah dirintis oleh ulama dan imam-imam terdahulu yang diakui kesalihan dan keikhlasan mereka. Sebaliknya, saya berpandangan dan tetap mengesyorkan agar kita harus tetap berpegang dan beramal dengan perintah-perintah yang terkandung di dalam sumber-sumber asasi tersebut DENGAN MERUJUK kepada huraian dan penjelasan oleh ulama-ulama sejak zaman sahabah sehingga hari ini. Allah SWT berfirman bermaksud: "Bertanyalah kepada ahli zikr (ilmu) sekiranya kamu tidak mengetahui.." (an-Nahl:43) Ini bermaksud, kita dibolehkan bahkan disuruh merujuk dan bertanya kepada ahli-ilmu; yakni memegang pendapat mana-mana imam atau ulama yang diyakini akhlaknya dan ilmunya boleh membawa kita kepada memahami tuntutan Deen yang sebenarnya. Kita berpegang kepada mereka atas dasar mereka berpegang teguh kepada hujjah dan dalil yang kukuh, bukan kepada mereka secara peribadi. …bersambung inshaAllah ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
