----- Original Message -----
From: Arland
Sent: Friday, March 18, 2005 10:06 AM
Subject: "IHYA' ULUMIDDIN" KITAB RAHASIA BERSUCI (2/9)

INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
 
KITAB RAHASIA BERSUCI (2/9)
---------------------------------------------
 
Mensucikan kotoran atau najis
       
      Pembicaraan mengenai hal ini tergantung kepada tiga perkara, iaitu:
      
        1. Benda yang disucikan.
        2. Benda yang mensucikan.
        3. Cara mensucikan. 
       
Yang disucikan iaitu benda yang najis
       
      Mata benda itu ada tiga: iaitu benda yang padat atau cair, binatang dan
      bahagian-bahagian dari binatang. Kesemua benda-benda padat atau cecairan
      dihukumkan suci kecuali khamar (arak) dan segala cecairan yang memabukkan.
      Dan kesemua binatang pula dihukumkan suci, kecuali anjing dan babi.
      
      Tetapi apabila binatang-binatang itu mati, maka hukumnya najis melainkan
      lima, iaitu:
       
        1. Manusia
        2. Ikan
        3. Belalang
        4. Ulat buah-buahan atau seumpamanya yang terjadi dari makanan.
        5. Semua binatang yang tiada darah yang mengalir seperti lalat, lipas atau
        sebagainya, maka tiadalah air itu menjadi najis bila binatang-binatang
        serupa itu jatuh kedalamnya. 
      
Tentang bahagian-bahagian binatang ada dua macam:
       
        1. Anggota yang terpotong dari binatang itu, maka hukumnya adalah hukum
        bangkai kecuali bulunya. Bulu binatang tiada menjadi najis samada
        matinya dengan sebab disembelih ataupun tidak tetapi tulangnya adalah
        najis bila matinya tidak disembelih. 
       
        2. Benda basah yang keluar dari dalam badan binatang itu, maka mana-mana
        yang tidak mempunyai tempat yang tetap, maka hukumnya suci seperti air
        mata, keringat, air liur, hingus: dan mana-mana yang tempatnya tetap,
        maka hukumnya najis, melainkan apa yang asalnya berpunca dari binatang
        itu sendiri, seperti air mani dan telur. Adapun nanah, darah, tahi dan
        kencing dari binatang kesemuanya najis.
      
      Dan tiadalah dimaafkan najis-najis tersebut samada sedikit atau banyak,
      kecuali dalam lima perkara:
      
        1. Bekas tempat keluar najis (dubur) sesudah istinja� yang menggunakan
        batu, dimaafkan kira najis yang keluar itu tiada melampaui tempat itu. 
       
        2. Lumpur di jalanan ataupun debu dari kotoran tahi di tengah jalan,
        dimaafkan walaupun diyakini kenajisannya, yakni dengan syarat sukar
        untuk menjauhkan diri daripadanya, sehingga orang yang terkena lumpur
        atau debu itu tidak boleh dituduh cuai atau lalai. 
       
        3. Najis-najis yang melekat di bawah khuf (sepatu yang ditentukan oleh
        syara� boleh memakainya dalam sembahyang) yang biasanya semuanya
        jalanraya tidak sunyi daripadanya. Maka najisnya dapat dimaafkan sesudah
        dikikis semua najis-najis itu sewaktu hendak digunakan. 
       
        4. Darah nyamuk, samada sedikit mahupun banyak, boleh dimaafkan kecuali
        jika ia melewati batas kebiasaannya, samada yang melekat di pakaian anda
        mahupun di pakaian orang lain yang anda memakainya. 
       
        5. Darah kudis atau bisul atau apa-apa yang terpisah daripadanya seperti
        nanah, atau darah yang bercampur dengan nanah dimaafkan juga. Dalilnya,
        pernah Ibnu Umar r.a. menggosok bisul di mukanya, maka keluarlah
        daripadanya darah. Beliau terus bersembahyang tanpa membasuh darah itu
        terlebih dulu. Dalam pengertian yang lain ialah segala yang memancar
        dari kotoran-kotoran bisul yang biasanya keluar terus-menerus, begitu
        juga bekas-bekas luka dari bekam (atau pembedahan dan operasi) melainkan
        kalau yang terjadinya itu jarang-jarang sekali baik berupa luka atau
        lain-lainnya, maka hukumnya samalah seperti hukum darah istihadhah
        (darah yang keluar dari wanita yang menderita sakit), hukumnya tidak
        boleh dikira sama seperti darah yang keluar dari bisul, yang pada banyak
        hal manusia tiada berdaya untuk menahannya 
     
Kelonggaran syara� dalam memaafkan najis-najis yang lima macam itu
      menunjukkan bahawa perkara taharah atau bersuci itu diletakkan atas
      kemudahan dan keringanan, sehingga ia tiada meninggalkan tempat untuk
      berwaswas, yang mana waswas itu sebenarnya tiada berasal sama sekali.
 
(bersambung)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke