Dr. Mariah dicalon Naib Presiden Pas
|
|
KOTA BHARU 24 April - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud akan dicalonkan untuk bertanding satu daripada tiga jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.
Pencalonan tersebut akan dibuat oleh tujuh kawasan (bahagian) parti itu di negeri ini yang belum bersidang, atas permintaan Badan Perhubungan Pas negeri yang bermesyuarat semalam.
Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan, Senator Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, keputusan ini diambil ekoran setakat ini tiada kawasan Pas di seluruh negara mencalonkan wanita bagi jawatan Naib Presiden.
Menurutnya, daripada 14 kawasan Pas di negeri ini, tujuh kawasan yang telah bersidang tidak mencalonkan wanita bagi jawatan tersebut.
``Keputusan untuk mencalonkan Siti Mariah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat dicapai sebulat suara dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
``Dewan Muslimat Pas negeri menyokong pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia menerima wanita sebagai calon bagi merebut jawatan naib presiden,'' katanya pada sidang akhbar di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.
Sementara itu, Siti Mariah ketika dihubungi hari ini terkejut dengan perkembangan tersebut tetapi berkata, ia memberi mesej mendalam kerana keputusan itu ditetapkan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga pengerusi Badan Perhubungan Pas Kelantan.
``Saya tidak tahu menahu bahawa nama saya disebut-sebut, malah tidak pernah berbincang soal pencalonan bagi jawatan itu.
``Bagi saya itu mungkin hasrat Tuan Guru Nik Aziz yang juga melambangkan hasrat seorang ulama,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Siti Mariah berkata, beliau menganggap penetapan itu adalah satu penghormatan kepada golongan muslimat dalam Pas.
``Bagaimanapun ini baru peringkat pencalonan dan terserahlah kepada ahli-ahli Pas di peringkat kawasan sama ada ingin memilih saya atau tidak,'' katanya
Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
