Pada tahun 1992 saya berpindah di taman baru dibuka di
batu 10 Cheras, Pada masa itu persekitaran pokok
getah, Kata orang tempat Jin Bertandang, Jauhnya lebih
kurang 22 km dari tempat kerja. Persekitaran taman
sunyi kerana hanya beberapa orang sahaja tinggal
ditaman itu kebanyakanya melayu. Pada masa itu tidak
ada surau tapi cadangan tapak surau dah ada.. 

Beberapa orang Islam telah bercadang membuat surau,
Mereka berpakat dan membentuk ahli jawatatan kuasa
kecil secara tak formal dan mengadakan sessi
perbincangan secara tak formal samada di rumah atau d
itempat yang difikirkan sesuai, Akhirnya dapat mencari
sabuah rumah dengan menyewa RM300(. kalau tak silap). 
Surau sementara dibersihkan secara bergotong royong
dan keperluan saperti tikar, sejadah, jam dan
lain-lain didapati dengan sumbangan dari mereka dan
penduduk.  Sembahyang jemaah dibuat dengan jemaah
tidak sampai 10 orang dan banyak kekurangan, tapi
berkat usaha mereka jemaah berambah dan surau kekal.
Disebabkan keaadan tidak mengizinkan , Surau terpaksa
dipindahkan, Ahli Jemaah berusaha mencari rumah sewa
baru. Berkat hasil usaha, mereka dapat juga mencari
rumah sewa lain berdekatan. Mereka meneruskan usaha
dan jemaah bermbah banyak lebih lebih lagi pada waktu
maghrib dan isyak, Ahli jemaah telah mebuat takzirah
selepas sembayang maghrib walaupun tidak selalu.
Disamping itu majlis membaca yasin, doa selamat,
aqiqah  dibuat di rumah atau di surau,  Sumber
kewangan diperlukan saperti membayar bil api air dan
saguhati penceramah, membeli speaker dan sound sistem
, alhamdullilah mereka dapat usahakan. Jemaah surau
bertambah banyak sejak diadakan takzirah, Walaupun
dipersekitaran rumah orang, tidak semua yang komplen
menganggu , kecuali beberapa orang melayu komplen
(islam ??). 
Jemaah terlalu ramai sehingga sampai keluar (laman
rumah) lebih-lebih lagi bulan puasa, Ahli jawatankuasa
surau mencadangkan membina surau ditapak yang
disediakan, Mereka membentuk ahli jawatankuasa tetap
dan merancang pembinaan surau lebih teratur, 
Kebanyakan kariah taman ini terdiri dari berbagai
pekerjaan saperti  arkitek, jurutera, Kontraktor dan
jabatan kerajaan.
Berkat usaha mereka, surau telah dibina dengan
jayanya, Jemaah bertambah dan meriah diikuti dengan
takzirah hampir setiap hari. Ahli jemaah melebihi 50
orang pada waktu subuh, manghrib dan iyshaq. Bulan
puasa lebih ramai diikuti dengan acara berpuka puasa,
takzirah, tarawih dan morey. 

Saya berpindah ke taman baru berdekatan, jalan cerita
hampir sama, Surau belum ada lagi, ahli jawatan kuasa
sementara dibentuk, rumah sewa dijadikan surau,
membina surau, ramai jemaah dan meriah dan dijadikan
sembahyang jumaat.  Ramai anak penduduk belajar
Sekolah Agama Rakyat Swasta(SARS), Dari satu sekolah
berambah menjadi dua sekolah dan SARS membuat dua sesi
pagi dan petang. 
Saya juga menghantar anak-anak kesekolah SARS supaya
tak jadi saperti saya dah tua buta/rabun ugama, tak
tahu mengaji, tajwid lintang pukang, bahasa arab dan
bahasa alquran lagi taktahu.  Berangapan islam hanya
puasa(puasa penuh dapat upah), -sembayang (ikut mood)
,Tahlil, doa selamat, aqiqah, majlis baca
yasin,Qurban, dan pengurusan jenazah( saya berasal
dari Negeri Sembilan) dari sekolah kebangsaan-
generasi sekolah rendah tahun akhir 60 an dan menengah
70 an tidak ada sekolah ugama. Pada masa tu orang
anggap sekolah ugama low profile... untuk pelajar
bodoh / tercicir. 

Selama saya duduk Selangor dan Wilayah Persekutuan
telah membuat keinsafan keatas diri saya mengikuti
takzirah . (Takzirah penting untuk menyedarkan manusia
dan membezakan mana yang baik dan buruk. Banyak ilmu
ugama yang boleh diamalkan setiap hari dari hadis,
alquran dan ulama�. )

Saya berpindah ke Seremban. Pada mulanya saya merasa
bangga surau ada setiap taman, Tapi meleset, Surau
tidak ada jemaah dan sentiasa tutup. Azan langsung tak
kedengaran. Saya pergi dalam surau. Senarai AJK dan
gambar setiap AJK tergantung dipapan kenyataan
termasuk imam dan bilal. Tapi imam dan bilal pun tak
ada.  Rata-rata surau di negeri sembilan tidak ada
takzirah saperti surau di Kuala Lumpur dan selangor.
Sekolah agama rakyat kurang dan ibu bapa fobia 
memasuki anaknya tadika ugama islam spt taski  takut
kena pulau dan tak dapat bantuan tak saperti di KL dan
Selangor SAR swasta bercambah. Rendah pengretahuan
Ugama. bila perbincangan bab ugama antau hal berkaitan
dengan ugama mereka akan menjauhkan diri atau tidak
dijadikan geng.  Mereka suka mengumpat


Taksub ???

Orang islam Anti memperjuang kan islam, Sesiapa yang
memperjuangkan alquran dan hadis  di anggap extreme
atau taksub. Bila perbincangan bab ugama atau hal
berkaitan dengan ugama mereka akan menjauhkan diri
atau tidak dijadikan geng
 (Jika Iman semua orang dikumpulkan tidak akan
menandingi  Iman Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar 
taksub kpd Nabi SAW. Saidina Umar, Saidina Ali dan
sahabat Nabi S.A.W semua taksub kepada Allah dan Nabi
S.A.W.  Seorang islam mengaku beriman semestinya
taksub kepada Allah dan Sunah Nabi. 
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang
beriman; semuanya beriman kepada Allah dan
Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan
Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak
membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan
kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami
dan kepadaMu jualah tempat kembali.   (albaqarah
:285). 
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya)
kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah
diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami
dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan
RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi
hati) yang ada di dalam dada.  (AlMaidah :7)
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang
yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah
dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan
sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata:
Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah
orang-orang yang beroleh kejayaan. (An-Nur :51)
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada
ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang
apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil
sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah
dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka
pula tidak bersikap sombong takbur. (assajadah :15) 
Dalam ayat diatas menerangkan orang beriman mesti
taksub kepada Alquran dan Sunah Nabi SAW.

Jika tidak taksub kepada ajaran Alquran dan Nabi SAW ,
sasaorang dianggap munafiq, fasiq dan kafir saperti
diterangkan dalam ayat dibawah

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau
menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari
tempat dan maksudnya yang sebenar dan berkata (kepada
Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata
dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga
berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan
sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan):
"Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut)
hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela
agama Islam dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar
dan kami taat dan dengarlah serta berilah perhatian
kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik
bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah
melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh
itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja 
(An-nisaa� :26)
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir
dan munafik) yang berkata: Kami dengar, padahal mereka
tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
(alanfaal:21)
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim
kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah
dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat
orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang
(manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada
menghampirimu. (An-Nisaa� :61)
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya
adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka
masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan
melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula
menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah
melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan
Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah
orang-orang yang fasik. (At-Taubat :67). 
Trend sekarang orang islam mengalakan pesta maksiat
dan menghalang takzirah saperti perangai orang
munafiq. 
Fobia perkataan �Hudud dan Kembali kpd Alquran �?..

Banyak isu diketengahkan samada di TV, radio atau
disuratkabar. Saperti jenayah rogol, samun,perasugut,
along , bunuh dan bermacam-macam lagi. Maka berkempen
dan bermacam-macam cara dicadangkan walaupun tak logik
(spt elak rogol � pakai cawat besi berkunci), tapi
bila dicadangkan hukum hudud , mereka cepat-cepat
protes dan beri bejela-jela alasan atau telophone line
putus(????) . yang pelik tu orang islam yang protes.
Orang bukan islam tak komen apa pun. 


Islam Hadhari
Islam hadhari, had hari(hari-hari tertentu islam hari
lain tak islam ?), syok sendiri.??????
Tidak ada pelan perancangan jangka pendik ,jangka
panjang dan tindakan setiap perinsip utama. Perinsip
ini tidak boleh dijustifikn atau  diukur tahap
pencapaian dan kejayaan. Perinsip ini tidak dimasuki
perinsip asas dakwah iaitu menyuruh kearah kebaikan
dan mencegah kemungkaran.
Sepatutnya islam hadari meliputi penyelesaian masalah
islam sekarang
Saperti Murtad, Antiugama, Rendah pengetahuan Ugama,
Anti Orang islam memperjuangkan islam.

Masalah Murtad
Mereka tidak merasa apa-apa terhadap gejala Murtad.
(kubur masing-masing??)

 Bagaimana menyelesaikan 
Saperti sediakan asrama atau tempat tinggal disetiap
masjid dan juga bantuan kewangan saperti pusat zakat (
Kerajaan memberi  penekanan  tinggi dalam kewajipan
zakat kerana menguntungkan tapi tidak memberikan
penekanan tinggi dalam kewajipan solat dan hukum
hudud�..(merugikan ??????))

Mencari untung diatas kesusahan orang lain
Mereka ini memjadi juara sebagai pembela. Di media
masa ditonjolkan kebaikan mereke sehingga orang anggap
mereka lah yang paling baik. Contohnya . bantuan
Mangsa tsunami. Persoalannya adakah bantuan itu sampai
kepada-orang yang berhak tanpa memilih bulu . adakah
bantuan itu diutamakan kroni mereka. Derma atau
sumbangan dikutip daripada semua orang. Persoalannya
tidak diwarwarkan hasil kutipan deserahkan kepada yang
berkenaan. Sudah 2 minggu derma mangsa tsunami dikutip
lebih jutaan rinngit. Tapi hasil kutipan belum sampai
kepada mangsa.. mana perginya duit itu??..


Rendah Pengetahuan Ugama dan sikap bodoh sombong
Takzirah digam dan ustaz digam. Tapi talkin tak
digamkan. talkin tu takzirah juga.  Saya cadangkan
sesiapa yang mengamkan takzirah tidak dibenarkan
talqin keatas jenazahnya. 

Mereka tidak boleh ditegur 



        
                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - You care about security. So do we. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke