|
----- Original Message -----
From: IslahGateway
To: hidayahnet
Sent: Sunday, April 24, 2005 7:15 PM
Subject: Sedutan Bicara Kembara February 2005 Thursday, April 21, 2005Sedutan Bicara Kembara February 2005Dapatkan
naskhah online anda di forum AIMS BICARA KEMBARA - hasil penulisan pra-siswazah di UK dan Ireland "Buruknye Membujang..." Oleh Izzul Kadang-kadang pelik sangat teman-teman aku yang dah cukup serba serbi tapi susah sangat nak bernikah. Kenapa? Mungkin tidak sanggup, tidak nampak, merasakan banyak masalah dan tanggungjawab lepas berkahwin dan sebagainya. Itu semuanya alasan. Memang pelik betul apalah masalah korang takder semangat nak kawin. Macam bukan lelaki normal pulak......(sila baca article penuh) "Cinta Ke3 di Skype" Oleh zinnera Bukan mudah untuk menukilkan sebuah kisah cinta. Lebih-lebih lagi kalau kisah cinta itu sesuatu yang cukup istimewa. Seolah-olah jika dipakaikan perkataan bahasa padanya, hilang separuh daripada �ruh� cinta yang dialami itu sendiri. Nadia membelek kembali album gambar perkahwinannya, bibirnya tidak putus-putus menguntumkan senyuman. Hari ini genaplah setahun ulangtahun perkahwinannya dengan Emir. Namun Emir tidak dapat berada di sampingnya untuk meraikan hari yang bersejarah itu. Emir terpaksa menyahut panggilan tugas, menghulurkan tangan membantu insan yang lebih memerlukan. Walaupun jasadnya berada jauh beribu batu di Acheh sana, namun di hati Nadia, seolah-olah dia berada dekat saja dengannya. Nadia masih teringat perbualan terakhir dengan suami tercinta di lapangan terbang sebelum dia bertolak ke Acheh, seminggu yang lalu. � Nanti abang jaga diri baik-baik ye. Jaga makan minum, jaga kesihatan diri sendiri juga. Nanti kalau abang sendiri yang sakit, susahlah. Tak dapat abang nak buat tugas abang dengan berkesan. Lagipun, siapalah nak jaga abang nanti.� Kata Nadia bersungguh-sungguh. Emir tersenyum. � Insya Allah, Nad doakanlah keselamatan abang di sana. Nad pun kena jaga diri baik-baik. Nad bukan saja kena jaga diri Nad saja, Nad kena jaga diri anak kita juga.� Perut isterinya yang semakin membesar diusap lembut. Nadia mengangguk. Manik-manik jernih mula bergenangan di matanya. Emir menyedari kerawanan hati isteri yang tercinta......(sila baca article penuh) "Langkah Pertama" Oleh Hanisah Iskandar Asma� sedang menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Farah sedang ada di dalam bilik, sedang mengulangkaji pelajaran. Maklumlah, ujian oral Anatomy tinggal dua tiga hari saja lagi.. Tiba-tiba kedengaran suara Farah sedang bergelak ketawa. Asma� melihat jam di dinding.Sudah pukul 1 pagi. Apabila Asma� membuka daun pintu, terdengar olehnya suara Farah bergelak ketawa di balik gagang telefonya......(sila baca article penuh) "Di Balik Ombak Besar"" Oleh: Nu�man Zainal Abidin Tsunami yang berlaku baru-baru ini merupakan satusatunya bencana yang memberi kesan terus kepada 11 buah negara. Aceh, Sri Langka, India, Thailand, Myammar, Bangladesh, Kenya, Somalia, Tanzania, Maldives dan negara kita sendiri. Seolah-olah bencana itu berlaku semalam, trauma yang dihadapi oleh mangsa masih belum pulih dan sehingga kini jumlah kematian melepasi 230,000 orang......(sila baca article penuh) "Cinta dan Mata" Oleh: Raudahhuda Namanya Nasr bin Hajjaj. Dia berasal dari suku Sulaim dan tinggal di Madinah. Kehadiran beliau menjadikan ramai wanita sibuk berbicara liau tentangnya. Siapakah Nasr bin Hajjaj itu? ......(sila baca article penuh) ![]() and much more....read now at: http://www.aimsonline.org.uk/ Bicara kembara mengalu-alukan sebarang sumbangan dalam apa jua bentuk. Sumbangan penulisan hendaklah disertai dengan identiti pengirim serta email. Rujukan/sumber adaptasi seeloknya dapat dinyatakan. - [EMAIL PROTECTED] Majlis Syura
Muslimun UK & Eire
Website: http://www.msmonline.org.uk
Weblog: http://msmukeire.blogspot.com/ Forum: http://www.aimsonline.org.uk eGroup: http://groups.yahoo.com/group/msm-net/ email: [EMAIL PROTECTED]
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
<<msmonline.gif>>

