>Apakah memakai inai di jari boleh
dikaitkan dengan tabarruj? Ini kerana,
warna inai akan menyerlahkan bentuk
kuku, jari...etc.


---------------------------------------------

Jawab:

A. Tabarruj ialah diambil dari kalimah
alQur'an (maksud ayat),"....dan
janganlah kamu (ditujukan khas kepada
isteri-isteri Nabi saw)
berhias dan bertingkahlaku (tabarruj)
seperti orang-orang (wanita-wanita)
jahiliyah dahulukala." alAhzab:33

Tabarruj dari kata dasar Barajun (luas)
atau Burjun (tinggi)
Dari segi peristilahan bermaksud:
1. gaya berjalan seorang wanita yang
bertujuan menggoda (catwalk)
2. melepaskan tudung kepala dan
menzahirkan leher, pangkal dada dan
perhiasannya
3. menzahirkan kecantikan dan keelokkan
rupaparas

B. Siapakah orang-orang jahiliyah
dulukala?

Kebanyakan mufassir berpendapat era di
antara Isa AS dan kebangkitan Muhammad
saw.

C. Batasan tabarruj?

Lihat ayat anNur: 31, "janganlah mereka
menampakkan perhiasan kecuali yang biasa
nampak padanya.."

Apakah yang biasa nampak bagi seorang
wanita?

Ulamak bercanggah pendapat dalam
menentukan apa yang biasa nampak dan apa
yang perlu disembunyikan.
Tetapi majoriti bersetuju bahawa apa
yang biasa berada di anggota bukan aurat
(muka dan dua tangan) dan menjadi
kebiasaan bagi wanita adalah harus
dipamirkan. Perinciannya pula ditentukan
oleh uruf setempat. Bagi uruf (budaya)
Melayu mungkin tidak sama dengan uruf di
India dan pakistan atau di Tanah Arab.
Namun mengikut uruf tanah Arab, inai
pada kuku adalah suatu yang lumrah,
manakala bagi wanita Morocco, India dan
Kasymir lumrah bagi mereka mewarna tapak
tangan mereka.

Oleh itu rumusan, memakai inai pada kuku
adalah bukan tabaruj dan tidak ada
larangan dari asSunnah. Inai dan celak
adalah suatu kebiasaan bagi
wanita-wanita di Tanah Arab.
Tambahan: inai dari pokok Henna
mengandungi khasiat kepada kuku, merawat
dan mencantikkannya.

Rujukan:
1. Tafsir alJami' alQurthubi oleh Imam
alQurthubi
2. Tafsir fi Dzilal alQur'an oleh Sayyid
Qutb
3. Fatawa Mu'asirat lil Qardhawi
4. alHijab oleh Maudoodi
5. Islam wa muskilatul hayah oleh
Atiyyah Saqr











------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke