NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ (Call 013-3014262)
Pendapat : Bina kedai mampu milik pikat Melayu ke bandar PEMERHATIAN saya di beberapa bandar utama di negara maju dan membangun menunjukkan adanya perancangan rapi dalam membina kemudahan dan prasarana bagi memajukan bidang perniagaan. Kebanyakan kedai yang dibina adalah kedai mampu milik dan kedai mampu sewa di lokasi yang strategik. Ruang yang dibina atau yang disewa adalah kecil. Kedai demikian tidak memerlukan seseorang untuk berniaga dengan modal besar. Jika diamalkan di Malaysia, pelbagai bangsa terutama Bumiputera mampu berniaga. Namun, di negara kita keadaan agak berbeza. Kedai dibina dengan ruang besar dan biasanya mampu dibeli oleh golongan tertentu saja Contoh kedai kecil mampu milik dan mampu sewa adalah seperti di pasar raya terbesar di Seoul, Korea Selatan iaitu Lotte Mall; Carreleon City (Perth, Australia), Shanghai (China), Cardiff City (Wales, England) dan banyak negara lain. Cadangan agar orang Melayu berniaga di bandar akan kekal sebagai angan-angan jika kerajaan masih terus membenarkan kedai bersaiz besar dibina. Di samping itu, pasar raya yang terlalu banyak dan didirikan berhampiran bandar sebenarnya membunuh kedai runcit dan perniagaan kecil. Ramai kalangan cerdik pandai dan pembuat dasar sebenarnya melihat situasi ini ketika berada di luar negara sama ada ketika belajar, melawat atau membuat kaji selidik. Ke mana perginya ilmu dan pemerhatian dibuat itu pada hal kajian dilakukan adalah ihsan wang rakyat diberikan melalui biasiswa dan tajaan kerajaan? Tidakkah pembinaan kedai besar dan pasar raya besar hanya menguntungkan golongan kecil pemodal dan peniaga yang sudah kaya raya yang akhirnya menindas golongan kerdil? Lihat negara seperti Jepun, England, Belanda atau pun Indonesia yang tidak menggalakkan pembukaan terlalu banyak pasar raya besar. Sebenarnya kita ada banyak agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang boleh membantu pengusaha Bumiputera jika mereka ada wawasan dan menggunakan kajian cara kerajaan negara maju membantu golongan peribumi mereka. Majlis Amanah Rakyat (Mara), UDA Holdings Bhd, Tabung Haji, Baitulmal, Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebenarnya boleh melabur dalam pembinaan rumah kedai kecil dan sederhana di tengah bandar dan setiap bandar baru. Buat apa kita terlalu sibuk memikirkan usaha melabur di luar negara sedangkan pelaburan wang rakyat sepatutnya ditumpukan di dalam negara terlebih dulu. Malah ada baiknya kita biarkan syarikat besar milik swasta bersaing di pasaran luar negara sama seperti Samsung, Toyota dan Canon serta banyak lagi syarikat gergasi Asia yang ke negara kita. Semoga cadangan membina kedai mampu milik dan mampu sewa akan membolehkan lebih ramai usahawan dan peniaga Bumiputera bersaing dan menikmati sama keuntungan yang selama ini dirasai oleh segolongan kecil pengusaha saja. PEJUANG INSANIA, Seri Kembangan, Selangor. Daripada Berita Harian Online ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ IKLAN NUFERA produk yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi. Ia bersifat antivirus, antifungus & antibakteria. Meningkatkan kekuatan antibodi. Testimoni pengguna ; 1. Ibu mengandung Saya sedang hamil anak ke-3 dan usia kandungan saya kini baru memasuki 5 bulan. Sepanjang saya mengandung penyakit yg saya tak tahan sekali ialah 'ANGIN' dlm badan. Sejak saya mengandung angin saya bertambah2 kerana kebanyakan ubat yg pernah saya ambil sebelum ini tidak dibenarkan ambil ketika mengandung. Jadi saya terpaksa memberhentikan pengambilan ubat2 tersebut. Penyakit angin dalam badan ini telah saya alami sudah bertahun lamanya sejak dari bangku sekolah menengah lagi. Dan kini hampir setiap 2 minggu sekali saya terpaksa memanggil bidan untuk berurut bagi mengurangkan sakit-sakit serta lemah-lemah badan saya terutama sekali ketika mengandung. Hari ini baru hari ke-4 saya mengambil nufera ini 2 sudu besar setiap pagi dan malam selepas makan malam. Alhamdullillah selepas baru sahaja beberapa hari mengambil nufera saya dapat merasakan perbezaan atas kesihatan saya. Pedih ulu hati, kembung perut, sembelit, kebas2 kaki dan tangan semakin hilang dan selepas meminum nufera ni saya dapati saya lebih byk membuangkan angin selalui kentut daripada sendawa (sebelum ni saya kerap sendawa tak kira masa). Dan saya perasan kekerapan saya sendawa juga berkurangan kini. Dan badan saya juga terasa kurang letih berbanding sebelum ini. Paling menggembirakan saya ialah saya dapat bergerak dgn cergas sedikit berbanding sebelum saya mengambil nufera ini kerana kesakitan di bahagian bawah perut dan ari-ari saya terlalu sakit disebabkan angin tersumbat disekitar situ hingga menyebabkan saya nak melangkah kaki pun tak terdaya adakalanya. Apa yg saya harapkan semoga bayi yg saya bakal lahirkan ini juga akan lahir dgn sihat walafiat setelah mengambil nufera ini. Sharmiza Suleiman 012-3177419 Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur. http://www.maynetwork.net/nufera/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> In low income neighborhoods, 84% do not own computers. At Network for Good, help bridge the Digital Divide! http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
