Puteri Nisa Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum wbt
Tadi baru habis baca artikel DCCK : Pegang bara api dulu baru layak bermadu? ditulis oleh Maimunah (Utusan Malaysia 25/04 (Ahad). http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
Dari tajuk yg ditulis...memang susah nak genggam bara api...siapalah yang tahan? Orang kuat berbadan besar mcm Malek Noor pun tak mampu rasanya nak pegang bara api. Berpoligami mudah dilaksanakan jika lelaki dan wanita faham benar-benar akan perlaksanaannya dalam Islam.
Poligami adalah hukuman yang datang dari Allah SWT untuk umatnya supaya masyarakat hidup aman damai dalam institusi keluarga. Hukuman yg Allah SWT turunkan memang dah cantik dan lengkap namun lelaki & wanita tidak berjaya melaksanakannya dengan baik.
Poligami ini diibaratkan sebuah projek yang melibatkan seorang lelaki dan 2 orang wanita sebagai ketua & ahli yg dinamakan Projek Rumahku Shurgaku. Jadinya perlulah ada persefahaman iman, akal dan nafsu semasa nak menjayakan projek ini. Jika salah seorang ahli atau pun ketua salah gunakan salah satu dari iman, akal dan nafsu maka projek ini tidak berjaya. Sebaik-baiknya untuk menjayakan projek ini sebagai projek yg sukses di dunia dan akhirat iman dan akal mengawal nafsu.
Berpoligami memang Allah SWT benarkan kepada lelaki dalam Surah An- Nisa Ayat 3
"Nikahilah oleh kalian wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kalian khawatir tidak akan dapat berlaku adil, maka nikahilah seorang saja atau kalian nikahi budak-budak yang kalian miliki. Hal itu adalah lebih dekat pada sikap tidak berbuat aniaya (An-Nisa� 3).Cuba baca soal-jawab seorang lelaki & Ustaz tentang berpoligami. (paste dr e-mel rakan baik puteri...)
S: Ustaz, Suami saya ingin berpoligami ustaz, apa kurangnya saya ustaz
>sehingga dia nak poligami lagi. Tak cukup satu, dia nak tambah isteri
pula
>
>J: Tujuan berpoligami tidak semestinya hendak menunggu kekurangan
isteri
>barulah boleh berpoligami. Antara tujuan murni berpoligami ialah suami
nak
>ikut apa yang Tuhan anjurkan di dalam Al-Quran. Sebab nak tegakkan
sunnah
>Rasulullah. Sebab nak ikut tradisi orang soleh.
>
>S: Tapi ustaz, yang ini nak ikut sunnah, yang lain tak pula ikut
>
>J: Yang dia sembahyang, puasa tu kan dia dah ikut sunnah. Bila dia
menutup
>aurat, menuntut ilmu, berniaga tu ikut sunnah juga. Jadi jangan
mudah-mudah
>cakap suami tak ikut sunnah.Jadi bila dia nak tegakkan sunnah yang
poligami
>ini, itu tak sepatutnya kita halang.
>
>S: Ya�lah ustaz, Masalahnya bolehkah dia tu adil?
>
>J: Jangan kita sebut soal adil dahulu, sebab kita tak tahu lagi.
Patutnya
>kita berbaik sangka dengan Tuhan moga Tuhan beri kekuatan kepada suami
kita
>menjadi orang yang adil. Kemudian daripada itu, tugas kita pula
membantu
>suami menjadi adil. Bukan kita main lepas tangan. Mungkin kita nak
tutup
>kelemahan kita, kita tuding jari suami tak adil sedangkan dia belum
lagi
>berpoligami, sudah kita �label� dia sebagai tidak adil dalam
berpoligami.
>Sebaiknyalah kita menyebut kita lemah dan tak mampu nak berpoligami
>daripada
>terus menghalakan kerisauan kepada suami. Patutnya kita halakan pada
diri,
>masalah aku bagaimana? Seperkara yang kita perlu ingat, soal adil ni,
ada
>seorang isteri kena adil. Dua isteri pun kena adil. Soal adil ini
luas, dan
>tak perlu tunggu poligami baru timbul soal adil.
>
>S: Bukan apa ustaz, saya dah sayang pada dia. Tak gamak saya nak
lepaskan
>dia pada orang lain.
>
>J: Nak betulkan sedikit..Bukan lepaskan terus. Ia sekadar berkongsi
kasih
>sayang. Kalau dulu kita seorang sahaja yang menyayanginya atas nama
isteri.
>Tetapi kali ini sudah ada orang lain, yang juga menyayanginya atas
nama
>isteri. Nak tanya, apa erti sayang? Sayang ertinya pengorbanan. Jangan
>sebut
>sayang atau cinta selagi tidak berkorban. Sanggupkah kita mengorbankan
>kasih
>kita itu? Kalau boleh, barulah bermakna sayang kita. Seperkara lagi,
erti
>sayang itu ialah bila kegembiraan dia juga menjadi kegembiraan kita.
>Kesedihan dia pula menjadi kesedihan kita. Patutnya hati kita selari
dengan
>suami kita. Kalau suami kita nak berpoligami, tumpang gembiralah. Itu
>kesukaan suami kita dan syariat pun membenarkannya. Tapi tak nafilah,
yang
>lain mungkin senang. Tapi bab ini susah sedikit.
>
>S: Saya bimbang ustaz dengan isu yang digembar-gemburkan dalam akhbar
>tentang lelaki yang berpoligami menganiaya isteri.
>
>J: Jangan sebut begitu, sekali lagi ditekankan di sini, berbaik
sangkalah
>dengan Tuhan. Jangan kita samakan nasib kita dengan orang lain.
Bergantung
>haraplah dengan Tuhan. Yakinlah kita dengan Tuhan, Dia yang menentukan
>segalanya. Oleh itu, mintalah kebaikan dari Dia. Tambahan pula, kisah
>rumahtangga porak peranda tak semuanya berlaku pada poligami. Yang tak
>poligami pun biasa kita dengar, porak peranda juga. Tinggal lagi,
akhbar ni
>suka highlight yang poligami sahaja. Bahkan banyak kes yang tak
poligami,
>suami menganiaya isteri. Ini tak dipaparkan.
>
>S: Dengan saya seorang pun, dia susah ustaz. Jadi macammana poligami
ni,
>takkah nanti lagi susah hidup dia.
>
>J: Itulah yang disebutkan tadi, segalanya dari Tuhan. Yang mula-mula
Puan
>kahwin dengan dia dulu, ada tak fikir tentang hidup susah. Mestilah
atas
>dasar yakin yang boleh hidup senang. Segalanya ketentuan Tuhan. Rezeki
itu
>dari Tuhan. Yang ibu-ibu boleh melahirkan anak, kerana mereka yakin
rezeki
>Tuhan pada anak-anak. InsyaAllah, ada rezeki untuk orang yang
berpoligami.
>Sejarah juga membuktikan sahabat-sahabat dan para tabiin berpoligami
tetapi
>mereka tidaklah mati kebuluran kerana berpoligami. Susah senang ni
bukan
>pada ukuran poligami. Ada yang isteri seorang pun merempat juga.
Sebaliknya
>ada juga yang isteri 4, boleh hidup senang. Tak perlu tunggu dia gaji
>RM10,000. Memang Tuhan dah janjikan sebegitu.
>
>S: Baiklah ustaz, tapi apapun dia kena minta izin saya dahulu. Saya
isteri
>pertama dia, kalau saya tak izinkan, mana boleh dia poligami.
>
>J: Itu undang-undang syariah negeri tapi tak ada sebut pun dalam
Al-Quran
>mahupun hadis. Soal keizinan tak timbul sebab dalam Quran, Allah dah
>izinkan. Rasulullah pun dah izinkan malah diamalkannya pula. Jadi,
siapa
>kita? Takkan kita pula tak izinkan? Boleh nampak tak?
>
>S: Memang berat ustaz. Baiklah�Saya mengaku saya tak mampu menghadapi
semua
>ini.
>
>J: Inilah jalan untuk wanita seperti Puan meningkatkan darjat Puan.
Kalau
>setakat ada suami dan Puan pun pergi kerja balik kerja, mungkin hidup
Puan
>tak ada banyak ujian. Tapi bila poligami, Puan kena banyak mujahadah.
>Maksudnya ada ujian. Puan ada rasa tercabar. Puan perlu banyak
bersabar. Di
>sinilah peningkatan untuk Puan, insyaAllah. Mana yang lebih besar,
Suami
>Puan atau peningkatan Puan di sisi Tuhan? Di sini baru terserlah
kebaikan
>poligami sebab ia satu cara nak meningkatkan taqwa. Kalau dengan
ibadah
>mungkin prosesnya lambat. Tetapi dengan poligami, ia jadi cepat.
>
>S: Terima kasih ustaz. Berikanlah nasihat akhir ustaz pada saya.
>
>J: Mengapa Puan jadi begini sebab selama ini bagi puan, suami itu
adalah
>segala-galanya. Itu perlu diubah. Suami bukan segala-galanya.
Sebaliknya,
>Tuhan adalah segala-galanya. Ketahuilah kita, selama ini kita telah
>membesarkan yang kecil. Suami itu sekadar hadiah dari Tuhan untuk
kita. Dia
>boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Tetapi jangan sampai Tuhan
kita
>pinggirkan. Atau kita kesampingkan. Kalau tak berlaku poligami, kita
tak
>nampak ini. Usahakan supaya kita kuat dengan Tuhan, insyaAllah nanti
kita
>akan kuat menghadapi perkara dunia seperti poligami. Berdoalah pada
Tuhan
>begini:, �Ya Tuhan! Aku hendak redhaMu Tuhan. Kalaulah dengan poligami
ini,
>aku dapat redhaMu, aku bersedia. Namun, aku lemah Tuhan, aku tidak
mampu.
>Kau bantulah aku Tuhan menghadapi poligami ini. Bantulah aku untuk aku
>berbaik-baik dengan maduku. Dan bantulah aku untuk sentiasa dapat
>menyenangkan suamiku. Juga, bantulah suamiku untuk menjadi kuat
denganMu
>Tuhan, moga-moga dengan itu, dia dapat berlaku adil kepada
>isteri-isterinya.
>Moga-moga dengan itu, kami sekeluarga mendapat kebahagiaan yang hakiki
>dariMu.�
>
>Sekian, semoga mendapat ilmu.
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
