Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sememangnye ini jawapan atau reply yang saya harapkan. Saya rasa, orang
buta pun boleh nampak kesongsangan Islam Hadhari. Yang tak nampak cume
orang buta hati. Tak ingat dah kes Jeslina Hashim yang tak sampai pun
stengah tahun berlalu? Orang yang mendedahkan aurah mendapat pembelaan yang
sangat hebat. Bahkan mereka yang nahi munkar pula dihukum di dalam media &
mesyuarah kabinet?
Bagaimana dengan kasino di Genting Highland? Kedai judi 4 nombor ekor?
Mengapa tak diharamkan? Konon orang Islam tak dibenarkan. Tapi kalau
penguasa Hukum Syariah ditemplak, siape yang dapat tegakkan hukum syariah
lagi? Bagiamana dengan dasar perbankan kita? Cukup Islam? Bank Islam pun
ambik interest. Padahal, sepatutnya bukan interest tapi dibenarkan dijual
dengan harga tinggi sedikit atas alasan pembayaran tertangguh.
Bagimana dengan pembelian saham? Mana barangnye? Rujuk kitab2 mazhab Shafie
(atau apa2 mazhab pun). Adalah HARAM penjualan tanpa kelihatan barangnya.
Ni tetiba kerajaan buat Amanah Saham plak. Islam sangat la tuh? Pastuh bab
rasuah. Nape orang yang amalkan politik wang (name lain bagi rasuah) semasa
pemilihan agong UMNO lepas tak di dakwa di mahkamah civil kalaupun taknak
didakwa dengan hukum Islam?
Bagaimana dengan Isteri Pak Lah? Sibuk mempromosikan minggu fesyen
sedangkan suaminya mempromosikan Islam Hadhari. Pak Lah dengan Endon gaduh
ke sampaikan bercakap berlainan bahasa? Tak. Dorang tak gaduh. Sebaliknye
memang Islam Hadhari menyokong pendedahan aurah. Ini cume antara perkara2
yang saya berminat nak recap. Untuk maklumat lanjut, boleh baca balik
posting2 dari Roslan SMS. Kalau nak rujuk kat mainstream newspapers pun
boleh. Dorang tak selindung ni sebab dorang tau memang Islam Hadhari NAHI
MAKRUF AMAL MUNKAR.
Saya pelik di mana ulama'2 keduniaan yang menyokong Islam Hadhari ketika
perkara2 di atas berlaku? Di mana orang yang buat buku tentang Islam
Hadhari? Kenapa dengan rela membiarkan Islam dirogol bergilir2 oleh Yahudi,
Kristian dan golongan munafiq dalam Islam sendiri? Kenapa mereka tak buat
kenyataan yang mengutuk Jeslina, si perasuah2 & yang lain2 tu? Sebab, mulut
dah kena sumbat berlian. Kalau bercakap, gugur lak berlian tuh.
Tiada matlamat menghalalkan cara dalam posting saya yang lepas. Sebaliknye,
matlamat menghalalkan cara terdapat dalam Islam Hadhari. Atas nama
kemajuan, biarlah pendedahan aurah berleluasa asalkan nama Melaysia
GEMILANG. Biarlah judi berkuasa asalkan ekonomi kita CEMERLANG. Biarlah
pelaku rasuah dilindungi asalkan kepimpinan Malaysia terus TERBILANG.
Inilah Islam Hadhari. Semoga Allah memberi hidayahNya kepada kita semua dan
ternampak kita cahaya kebenaran.
p/s: Saya rasa Isam Hadhari akan tetap berjaya kerana memang telah
dijanjikan dunia akhir zaman ni, PERKARA MUNGKAR AKAN BERLELUASA DAN
MENDAPAT SOKONGAN RAMAI! Seharusnya kita istiqamah terhadap perjuangan kita
memperjuangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan
Hadith2... Tegakkan Rukan Iman & Rukun Islam bukan 10 prinsip Pak Lah.
Wallahu'alam...
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakuh.
"Abd. Rahim"
<[EMAIL PROTECTED] To: [EMAIL PROTECTED]
> cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: Bismillah
[hidayahnet] Kiamat Urusan Allah
05/04/2005 06:50 AM
Asm
Yang tak seronok baca catatan tuan ialah mengenai remarks tuan Islam
hadhari menghalalkan riba itu dan ini..... mana ada macam tu.....harap
fikir 2 atau 3 kali sebelum membuat akusasi.... tak baik....jangan cuba
halakan cara demi nak capai matlamat...
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji-pujian buat Allah, Tuhan sekalian alam. Dialah Tuhan yang
menjadikan matahari, langit & bumi serta mengatur pergerakanya. Dan Dia
jualah Tuhan yang akan menghancurkan semuanya. Selawat serta salam ke atas
junjungan kita Nabi Muhammad SAW, pengakhir segala nabi yang mebawa
risalah
dari Allah dalam bentuk firman dengan perantaraan Jibrail.
Sesungguhnya mati itu benar, siksa kubur itu benar, sa'ah (detik
kehancuran) itu benar, qiamah (kebangkitan selepas sa'ah) itu benar &
hisab
itu juga benar. Ketahuilah bahwa tiada di antara kita yang tahu tarikh
sebenar akan berlakunya sa'ah (atau biasa dipanggil kiamat) walaupun Nabi
Muhammad yang mulia. Dan ingatlah bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah
diberi
kelebihan akan pengetahuan tentang kejadian akhir zaman...
Mengapa mesti dipersoalkan kahadiran Nabi Isa AS di skhir zaman ini?
Mengapa mesti dipertikaikan kewujudan Imam Mahadi? Sedangkan Nabi Muhammad
pernah bersabda kepada Saiyidina Ali RA bahawa daripada sulbinya akan
lahir
seorang pemuda yang membela umat akhir zaman. Dan pemuda itu dinamakan
Imam
Mahadi.
Betul, Allah boleh menjadikan kiamat itu berlaku samada dengan atau tidak
kehadiran Nabi Isa dan Imam Mahadi. Akan tetapi, kedua-dua kejadian ini
adalah disabdakan oleh Nabi SAW melalui lidahnya yang mulia. Sekiranya
Allah menjadikan kiamat tanpa kejadian ini, maka Allah akan mendustakan
Nabi Muhammad, nabi kesayangan & kekasihNya. Adalah ini yang dimaksudkan?
Saya tak pasti kisah ini benar atau tidak, tapi seseorang pernah
bercerita.
Diriwayatkan pada ketika Isra' & Mikraj, kaum kafir Quraisy telah bertanya
bukti Baginda Nabi telah ke Al-Aqsa dalam satu malam. Maka baginda
mengatakan baginda telah terserempak dengan sebuah kabilah yang dalam
perjalanan ke Mekah. Dan kabilah itu akan sampai sebelum matahari terbenam
hari tersebut.
Akan tetapi, ketika matahari hampir terbenam, kabilah tersebut masih belum
sampai. Maka Allah telah memberhentikan matahari & menahannya dari
terbenam
sehinggalah kabilah itu sampai ke Mekah. Begitu sekali. Semata-mata kerana
tidak mahu mendustakan Nabi SAW. Apa mungkin Allah mendustakan Nabi SAW
dalam hal Imam Mahadi & Nabi Isa?
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja Nabi Akhir Zaman. Malah baginda adalah
penutup segala nabi. Risalah yang dibawa baginda adalah pelengkap kepada
kesemua risah yang turun sebelum baginda. Tidak timbul soal lengkap atau
tidak urusan Nabi Isa AS ketika diangkat ke langit kerana apabila Allah
berfirman bahawa telah lengkap agama Islam, maka lengkaplah juga segala
ajaran yang dibawa oleh nabi2 terdahulu.
Mengapa Nabi Isa turun kembali? Diriwayatkan, Nabi Isa AS telah bertanya
kepada Allah akan adakah lagi nabi lain selepasnya? Maka Allah memberitahu
bahawa akan hadir seorang nabi bernama Muhammad seraya menceritakan bahawa
syurga itu diciptakan untuk umat nabi tersebut. Nabi Isa AS begitu kagum &
telah meminta untuk menjadi umat Nabi SAW & permintaannya dikabulkan.
Nabi Isa bukan turun sebagai nabi. Sebaliknya hanya sebagai pembantu Imam
Mahadi dalam hal memusnahkan Dajjal. Hanya Imam Mahadi yang akan mengenali
Nabi Isa AS. Ketika suatu solah berjemaah, Imam Mahadi akan meminta Isa AS
utk mengimamkan solah tersebut. Tetapi Isa AS akan menjawa bahawa "ada
orang yang telah ditakdirkan menjadi imam pada waktunya". Ini menjelaskan
kedudukan Isa AS.
Kemudian beliau akan memusnahkan Dajjal. Terdapat berbagai riwayat tentang
kemusnahan Dajjal tetapi yang paling popular ialah Isa AS akan berdoa
kepada Allah agar mencepit kaki Dajjal ke tanah bagi memudahkan urusannya
(saya perolehi ini dari penceritaan dalam sessi kuliah, bukan pembacaan).
Kemudian beliau akan berjumpa dengan kaum Nasrani & bertanya ketika
bilakah
beliau mengaku sebagai anak Tuhan...
Kehadiran Nabi Isa AS pada akhir zaman bukan sebagai Nabi. Sebaliknya
kehadirannya adalah untuk memperbetulkan kesesatan yang telah dicipta oleh
orang2 Yahudi & Nasrani. Jadi, Nabi Muhammad SAW tetap kekal sebagai Nabi
Akhir Zaman. Khatimul Anbiyak. Penutup segala nabi & risalah yang
dibawanya
adalah sempurna bahkan menyempurnakan ajaran sebelum baginda. Jangan lari
dari aqidah ini.
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang membuat hukum berdasarkan
al-Quran, Sabda2 & perbuatan2 Nabi SAW (sunnah Rasulullah) & para sahabat.
Manakala untuk perkara yang tiada boleh diqiaskan. Dan yang mengqiaskan
adalah ulama2 yang tinggi ilmunya & tidak dibuat bersendirian. Sebaliknya
bermesyuarah & muzakarah. Inilah Sunnah wal jamaah.
Imam Syafie, Maliki, Hambali & Hanafi, kesemuanya adalah ahlus sunnah.
Kesemua mereka mengamalkan Islam yang sama. Uruf yang terdapat hanyalah
pada perkara2 yang kecil terbergantung kepada masa, tempat & keadaan. Yang
menjadi sesat ialah mereka yang menolak al-Quran & sunnah atau salah satu
darinya. Contohnya ialah Wahabi yang menolak hadith2 Nabi SAW. Sedangkan
wajib beriman dengan hadith2 Nabi SAW.
Yang tambah sesat bila ada kaum yang mengatakan sahabat lebih mulia dari
Nabi SAW sendiri iaitu syiah yang menganggap Ali yang paling mulia. Selain
itu mereka juga mengada-adakan hukum yang tiada seperti kahwin mutaah.
Sedangkan Nabi tidak pernah bermutaah. Dan Saiyidina Ali tidak dibenarkan
mengahwini perempuan lain selepas Fatimah. Mereka ikut siapa?
Dan satu lagi yang salah ialah Islam Hadhari. Mereka bukan saja
menghalalkan yang haram seperti riba', judi, zina dan arak malah
mengharamkan yang halal sperti membela pembuka aurah & ahlu maksiat. Ini
adalah perbuatan menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran sekaligus
bererti menentang Allah. Apakah hukum menentang Allah? Samalah macam kaum
Quraisy...
Sama2 kita perkuatkan iman kita. Sa'ah akan berlaku bila2 masa selepas
berlaku tanda2 yang telah Nabi SAW sampaikan. Bila pun ia berlaku, yang
penting persiapkan diri untuk hadapi Qiamah. Pada hari itu kita akan
dihisab. Setiap amalan, perbuatan & pertuturan akan dipersoal. Jangan cuba
menafikan apa sahaja yang Allah & Nabi SAW perintahkan.
Marilah kita persiapkan diri untuk menhadapi kiamat & Qiamah. Marilah kita
berdoa untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Berimanlah dengan
sepenuhnya kepada Allah, Malaikat, kitab2 Allah, rasul2 Allah, Qiamah
serta
Qada & Qadar. Semoga dengan kebajikan & amalan soleh, kita akan beroleh
kemenangan & ditempatkan bersama2 mereka yang Dia kasihi. Sekian buat kali
ini.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/