|
Assalamualaikum.. Zura nak kongsi citer ngan kawan2 pasal topik2 yang di bicarakan dlm minggu ini antaranya ialah ASTORA JEBAT (AJ), ISLAM HADHARI. Bukannya apa, zura pun rasa kenapa pemimpin kita masih membiarkan org seperti AJ ini memberikan huraian Agama yg sering bercanggah dgn apa yg kita pegang dan fahami. Kupasannya sering membuatkan kita atau zura sendiri tertanya2, apakah tujuan asal beliau. Jika beliau mengharapkan dgn huraian tersebut akan dpt membantu insan2 lain membuat rujukan, itu adalah silap. Apa yg berlaku adalah pemesongan akidah. Di saat ini kita mengharapkan agar Islam terus cemerlang, gemilang dan terbilang tapi bagaimana itu semua akan terlaksana sekiranya umat Islam sendiri mengandun hukum yg ada, mengolah peraturan yg telah sedia tertulis mengikut citarasa sendiri. Hinggakan menimbulkan keraguan di hati org yg membacanya. Bayangkan, kalau yg membacanya adalah insan yg baru belajar Agama, macamana? Zura sendiri pun kadang2 keliru. Nasib baik ada abg2 sendiri yg tugasannya dalam bidang Agama, bolehlah dibuat tempat untuk bertanya, kalau tak! Lagi satu, Islam Hadhari ni. Mmg tujuannya baik tapi masih banyak kurangnya. Zura tertarik dgn artikel dari pembaca kita antaranya ialah "bila kita berbicara ttg Agama Islam, fokus utamanya adalah akhlak. Sedangkan yg lainnya seperti ekonomi, budaya masih lagi cara barat". Mmg betul, zura setuju dgn pandangan penulis tersebut. Ambil satu contoh, hukum ttg SURE HEBOH mmg telah diputuskan oleh Ulama� tapi kenapa ianya masih diteruskan. Sebab kita takut jika dihentikan program nie, negara akan rugi, pendapatan kurang sedangkan kita semua tahu apakah kesannya. Tak salah berhibur, Agama sendiri tak melarang umatnya dari menyintai seni tapi semuanya haruslah dlm lunas2 yg dibenarkan. Islam tak melarang pengikutnya berjaya, tak melarang juga untuk mencari kekayaan tapi semuanya itu harus mengikut ajaran yg Baginda wasiatkan pada kita. Tapi� kita semua lupa, segalanya didahulukan dan Agama adalah cerita yang terakhir. Sebab itu datangnya konsep Agama harus mengikut peredaran Zaman dan bukan sebaliknya. Konsep yg digunakan oleh kebanyakan kita dewasa ini. Konsep jahil dan lemah aturannya. Teman2 yg zura sayangi� zura juga masih belajar dalam meneruskan hidup ini. Belajar utk menjadi insan yg sebetulnya insan. Masih belajar utk memperbetulkan kelemahan diri. Entah amalan zura diterima oleh Allah atau tidak. Harap2 zura menjadi antara makhluk yg ditunggu di sana saat kematian menjemput. Tapi temanku� zura tak suka melihat Islam itu diperlekehkan, dipermainkan oleh mereka yg talam dua muka. Laung Islam sana sini tapi isteri di sebelah masih tidak menutup rambutnya. Maklum la aurat kecil (kata AJ) tapi� perkara yg sebegitu kecil pun tak mampu dilakukan, inikan pula nak buat perkara yg besar. Mmg skrg nie isu hangat wanita bertudung tapi berbaju ketat, wanita bertudung tapi berzina sampaikan ada yg kata buat apa nak bertudung kalau nafsu masih tak di bendung. Kita silap, jika wanita bertudung di tangkap kerana kes khalwatnya atau apa2 saje, kita tak sepatutnya mempunyai pandangan negatif pada mereka. Patutnya kita cuba sedarkan wanita2 yg begini, nasihatkan mereka sebab mereka juga manusia yg ada nafsu. Cuma apa yg zura nak tanya ialah siapakah yg terang2 menentang hukum Allah? Wanita bertudung atau wanita yg tidak bertudung? Marilah kita sama2 fikirkan. Zura bukan nak tunding jari pada sesiapa dan mengatakan zura benar tapi zura kecewa lihat apa yg sedang berlaku skrg nie. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
