Mengapa Ulama Menentang Kebenaran

Dalam arus kebangkitan Islam masa kini yang bergolak ditengah masyarakat, kita lihat tenaga-tenaga yang menggerakkan kebangkitan ini bukanlah dari golongan para ulama konvensional seperti yang kita kenal tetapi dari golongan orang yang agak eksklusif dari anggota masyarakat biasa.

Mereka mempunyai fahaman agama yang agak mantap dan mendalam walaupun mereka tidak bersijil atau berijazah dalam bidang agama. Ibadah mereka indah dan cantik dan penuh disiplin. Komitmen dan pengorbanan mereka luar biasa. Perpaduan dan kasih sayang di antara mereka sangat teguh. Susunan organisasi mereka agak rapi. Akhlak dan pembawaan mereka agak berlainan dari masyarakat umum dan sangat menyenangkan. Mereka sangat peka dengan pergolakan dan masalah masyarakat. Mereka ini pula tidak habis-habis ditentang dan dimusuhi oleh para ulama konvensional seperti yang tersebut di atas, sama ada yang rasmi dan yang bergaji ataupun yang menganggotai berbagai-bagai parti.

 Mengapakah ini berlaku? Kenapa orang yang masyarakat tabalkan sebagai ulama sangat menentang dan memusuhi kebangkitan yang dibawa oleh golongan ini. Di antara sebab-sebabnya dipaparkan seperti berikut :

Institusi Ulama

        Tidak seperti negara-negara lain di Asia Tenggara, Malaysia telah dijajah oleh Inggeris. Berbeza dengan Belanda dan Portugis, cara penjajahan Inggeris lebih diplomatik, halus dan banyak menggunakan psikologi dari kekerasan. Dalam menangani masalah agama pihak Inggeris tidak mahu terlibat secara langsung. Mereka mengambil ahli-ahli agama bekerja dengan kerajaan dan orang-orang inilah yang mengendalikan urusan dan hal ehwal agama. Pihak Inggeris 'basuh tangan' dan tidak dipersalahkan dalam hal agama yang mereka tahu adalah sangat sensitif.

Maka terbentuk dan berkembanglah institusi agama yang dikendalikan oleh para ulama yang digajikan ini. Mereka mengawal dan menguruskan hal ehwal agama. Lama kelamaan institusi ini semakin berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan. Ia menjadi alat bagi kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar agama. Ulama-ulama ini telah diinstitusikan dan dijadikan sebahagian dari pertubuhan kerajaan.

Namun fungsi dan khidmat institusi-institusi agama ini tidak lengkap dan tidak menyeluruh.[Hanya setakat menjaga hal-hal haji, zakat, nikah-cerai dan isu sijil halal-haram makanan]...Ia lebih banyak dihalakan kepada menjaga kepentingan kerajaan daripada kepentingan agama dan umat Islam itu sendiri. Ia lebih banyak berbentuk mentadbir dan tidak untuk menjalankan kegiatan-kegiatan yang dituntut oleh Islam. Ia sama sahaja dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Dakwah tidak dijalankan. Masyarakat tidak dididik. Ilmu tidak disebar. Cara hidup Islam yang syumul tidak diperjuangkan. Ukhwah dan kasih sayang tidak dipupuk. Masyarakat tidak dipimpin. Bina insan tidak diambil berat. Rakyat tidak dibawa kepada Tuhan. Perpaduan rakyat tidak diambil peduli. Pengisian rohani diabaikan. Padahal ini semua adalah kerja ulama. Ulama-ulama institusi yang bergaji ini puas hati menjadi pegawai tadbir. Walhal hendak mentadbir tidak perlu menjadi ulama.

Apabila institusi agama yang rasmi tidak memenuhi kehendak rakyat dan kehendak Islam dan tanggungjawab ulama kepada masyarakat diabaikan, maka timbullah badan-badan bebas untuk mengisi keperluan tersebut. Tumbuh berbagai-bagai pertubuhan dan jemaah dakwah yang bergerak ditengah masyarakat. Jemaah ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan masyarakat. Mereka bergaul dengan masyarakat. Mereka lebih memahami masalah masyarakat. Kehadiran mereka lebih dirasakan oleh masyarakat. Mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat.

 Anggota-anggota jemaah ini lebih rela berjuang dan bekorban untuk menyampaikan mesej Islam. Mereka rela bersusah-payah, bermusafir, mengorbankan wang ringgit, harta benda, masa, tenaga, fikiran dan sebagainya untuk berdakwah, mendidik dan memimpin masyarakat. Ini yang para ulama institusi makan gaji tidak mampu lakukan. Mereka bukan berjuang, mereka makan gaji. Mereka seperti pegawai kerajaan yang lain juga.

Dengan tumbuhnya pertubuhan-pertubuhan dan jemaah dakwah seperti ini maka institusi ulama yang rasmi merasa tercabar. Lebih-lebih lagi rakyat sangat memihak kepada jemaah-jemaah tersebut dan mula membelakangkan institusi-institusi agama. Kerana hasad dengki, pertubuhan dan jemaah dakwah bebas ditentang, dicari kesalahan dan diharamkan. Apa-apa kebaikan yang ada pada jemaah-jemaah tersebut langsung tidak diambil kira. Begitulah penyakit hasad dengki ini, memang dahsyat.

Di waktu yang sama berlaku berbagai-bagai salah laku dan skandal dalam institusi agama. Pecah amanah, salah guna wang zakat, kutipan zakat tidak diagihkan kepada asnaf. Pencegah maksiat ditangkap basah. Ulama-ulama gila dunia, gila politik dan bermacam-macam lagi. Institusi agama dan ulama makan gaji hilang wibawa. Rakyat hilang keyakinan terhadap mereka. Orang mula benci kepada ulama seperti ini. Rasa hormat pun hilang. Bagi rakyat, ulamak dan institusi ulama tidak ada apa-apa manfaat dan kebaikan, hanya menyusahkan. Institusi ulama tidak sedikit pun menguntungkan Islam atau umat Islam. Mereka jadi tidak relevan

Fahaman Yang Tercemar

Yahudi tahu penjajah umat Islam perlu kepada ulama. Kalau ulama itu baik dan memimpin umat Islam, ini sangat membahayakan mereka. Penjajah terutama Yahudi yang sikapnya macam iblis merancang bagaimana hendak merosakkan umat Islam. Orang Yahudi dalam hendak menjajah umat Islam, banyak menggunakan psikologi. Mereka faham manusia ini di segi psikologi, sangat menghormati dan menganggap besar siapa yang menguasai dia. Dia kagum.

Penjajah terutamanya Yahudi tahu anak jajahan memandang besar kepada penjajah. Mereka mengambil kesempatan ini dengan menubuhkan sekolah agama. Ada sekolah agama rakyat dan ada sekolah agama kerajaan. Dan mereka benarkan anak jajahan mengendalikannya sendiri. Kemudian dicetuskan universiti itu dan ini. Anak jajahan akhirnya mengaji agama di sekolah tersebut. Akhirnya di hantar sehinggalah keluar Negara. Mereka mengambil pengajian Islam tetapi menyambung pelajaran di Oxford University, Kent University, University of Canterbury dan macam-macam lagi. Mereka mengambil ijazah agama daripada guru yang bukan Islam.

Cuba kita lihat di mana letaknya respect masyarakat sekarang. Mana yang lebih dipandang besar. Oxford atau Azhar? Tentulah orang pandang lebih kepada Oxford. Liciknya penjajah membuka sekolah dan umat Islam masuk sekolah tapi akhirnya balik membawa pandangan dan fahaman Yahudi. Kemudian mereka bercakap dan menulis buku berdasarkan pandangan-pandangan dari polan, polan, polan, yang semuanya dari Barat.

Walaupun di bidang tasawuf, mereka rujuk kepada Barat. Rasa bangga kalau bercakap Islam merujuk kepada Barat. Ada ulama yang lahirnya nampak hebat, pakai serban jubah, pandai bersyarah tapi kalau dia bercakap Islam, semua dikutip daripada Barat sehingga mentafsir soal iman pun merujuk kepada Barat. Apakah orang yang melihat Islam dari kacamata barat mampu baiki diri? Mudahkah? Jawablah sendiri

Ada pula ulama yang fahaman mereka tentang pengajian agama agak berlainan. Mereka mengajar ilmu Islam dalam semua bahagiannya baik Tauhid, Feqah, mahupun Tasawuf. Tetapi mereka hanya mengajar dan menyampaikan ilmunya sahaja, tidak disiplinnya. Sesudah mengajar bab sembahyang contohnya, mereka tidak pun mendisiplinkan pelajar supaya bersembahyang. Hendak sembahyang, sembahyanglah. Tak mahu sembahyang tak apalah. Ini bukan cara pendidikan Islam. Islam itu ialah ilmu dan amal.

Ada pula ulama-ulama yang keluar dari pondok-pondok, sekolah-sekolah tahfiz, sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah-sekolah agama kerajaan yang cara mereka belajar hanya satu hala sahaja. Tidak ada perbincangan dua hala antara murid dengan guru. Guru mengajar dan murid hanya mendengar. Tidak boleh soal. Kalau ada pendapat atau pandangan murid yang berbeza dengan guru, pendapat itu ditolak dan tidak boleh diterima. Akal tidak terbuka. Murid-murid terikat dengan satu fahaman yang tidak boleh diubah-ubah. Inilah fahaman yang mereka bawa kemana-mana. Bila berhadapan dengan realiti hidup, ulama seperti ini menjadi beku dan kaku. Ilmu dan fahaman mereka tidak dapat digunakan dan tidak relevan dalam hidup. Jauh sekalilah untuk memperjuangkan agama.   

PENULIS: Mejar [R] Abu Dzar

 



Cintai Tuhan, Sayangi Manusia
 


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke