Markas Tarbiyah Darul Islah perlu dibaiki, rayu bantuan
Wednesday, May 04 @ 14:13:23 MYT


TEMERLOH, 4 Mei (Hrkh) - PAS cawangan Kampung Paya Kecik merayu orang ramai menyalurkan sumbangan bagi membantu proses membaik pulih dan membesarkan Markas Tarbiyah PAS Darul Islah yang menelan belanja kira-kira RM15,000.

Menurut ketuanya, Hashim Abdullah kegiatan PAS telah mula dipertingkatkan di markas sejajar dengan keperluan mempertingkatkan tarbiyah dan pendidikan ahli parti dan masyarakat.

�Berdasarkan keperluan yang semakin meningkat untuk menampung program sama ada di peringkat cawangan mahupun kawasan kita dapati markas ini perlu dibaik pulih dengan sedikit struktur penambahan maka kami merayu ada pihak yang sudi menyumbang dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit atau peralatan,� katanya kepada Harakah, di sini, baru-baru ini.

Harakahdaily difahamkan Markas PAS Darul Islah Kampung Paya Kecik merupakan satu-satunya markas PAS yang terawal didirikan di negeri Pahang bagi keperluan program parti khususnya tarbiyah.

Sumbangan kewangan atau sebagainya boleh dihantar atas nama Bendahari PAS Cawangan Kampung Paya Kecik di alamat: Darul Islah, Kampung Paya Kecik, 28000, Temerloh Pahang Darul Makmur atau menghubungi talian 019-9701153. - HA/lanh


Yahoo! Messenger - want a free & easy way to contact your friends online?


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke