Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 6 April (Hrkh) - Perkahwinan paling berkat adalah yang
membabitkan mas kahwin paling rendah, bukannya wang hantaran puluhan
ribu ringgit, kata Senator Ustazah Zailah Mohd Yusuf.
Beliau mengulas 'trend' semasa perkahwinan membabitkan beberapa
personaliti televisyen dan orang kenamaan yang mempamerkan gaya mewah
dan keterlaluan.
Katanya, di kalangan orang Melayu sekarang seolah-olah wang hantaran
itu paling utama dan melambangkan satu kemegahan dan kemewahan.
Beliau juga berkata, dalam Islam tidak melarang pasangan pengantin
untuk mengadakan walimatulurus bahkan ia digalakkan bagi mengisytihar
kepada masyarakat di samping menghindari fitnah.
"Tidak kira siapa orangnya sama ada orang kenamaan atau biasa yang
paling penting ialah doa untuk keberkatan dalam majlis tersebut,"
katanya.
Ini katanya, jika wang hantaran diletakkan sebagai hadiah yang terlalu
tinggi merupakan kekangan utama ramai orang lelaki membujang sehingga
melebihi 40 tahun ke atas.
"Masalah ini juga membuat lelaki kurang berduit takut untuk melamar
anak-anak gadis, maklum sajalah anak muda yang baru bekerja tidak
mampu untuk menyediakan wang hantaran RM10,000 yang sekarang ini sudah
menjadi kebiasaan," katanya.
Tambahan pula katanya, dalam situasi kos hidup yang serba meningkat
pada hari ini tidak semuanya lelaki mempunyai pendapatan tetap.
Oleh kerana itu katanya, ramai lelaki sekarang apabila usia mencecah
40-an baru dapat mendiri rumah tangga.
"Apabila berkahwin pada usia yang sudah lewat ia adalah satu kerugian
terutamanya dari segi perkembangan zuriat.
"Sepatutnya dalam lingkungan umur sebegitu anak-anaknya sudah besar
malah ada yang sudah menimang cucu, tetapi jika kahwin lewat anak
masih kecil walaupun sudah pencen," katanya sambil menambah bahawa
dari segi perancangan masa pun tidak tepat.
Oleh sebab katanya, Islam menggalak umatnya berkahwin awal sebagaimana
Rasulullah s.a.w. berkahwin semasa umurnya 25 tahun manakala seorang
isterinya Sayidatina Aisyah dikahwini ketika berusia sembilan tahun.
Berkahwin awal katanya, dapat mengelakkan gejala sosial selain boleh
memberi perhatian lebih kepada pendidikan anak-anak.
Katanya, lagi dalam mencari jodoh yang sesuai ibu bapa sewajarnya
memainkan peranan bukannya seperti mana berlaku sekarang iaitu
anak-anak yang membuat pilihan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada kerajaan mewujudkan kempen
perkahwinan bagi menggalakkan di kalangan mereka yang cukup umur
berkahwin, sekali gus menguntungkan negara.
Dalam pada itu katanya, Islam tidak membataskan seseorang untuk
mengadakan majlis perkahwinan selagi mampu tetapi tidak boleh sampai
ke peringkat pembaziran.
"Islam melarang pembaziran begitu juga ia tidak boleh menunjuk-nunjuk
ataupun riak kerana perkahwinan itu adalah satu ibadah, jika berniat
untuk bermegah-megah majlis tersebut tidak ibadah lagi serta tidak
mendapat pahala," katanya.
Selain itu katanya, budaya bersanding serta adat-adat yang tidak kena
mengena dengan budaya Islam perlu dibanteras.
"Sekarang ini menjadi satu tradisi orang Melayu mula bersanding
kembali sedangkan ia adalah budaya Islam," katanya sambil meminta para
ulama tampil memberi teguran.
Dalam satu hadis katanya, ada menyebut bahawa 'sesiapa yang menyerupai
kaum lain dia termasuk dalam kumpulan kaum itu.'
Sementara itu seorang ustaz yang enggan namanya disiarkan menegur
media massa yang mempromosi 'perkahwinan menunjuk-nujuk' yang penuh
dengan unsur pembaziran kerana ia akan menjadi ikutan masyarakat.
"Sewajarnya media mempromosi cara hidup sederhana yang mengikut
landasan agama dan bukan turut serta dalam 'budaya jahil itu,"
katanya. – lanh
________________________________
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for
FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
Pusat Jualan Utama @ GaMAT TheRaPy
IndahKasturi
Lot 356 2nd Floor Ampang Park Complex
50450 Kuala Lumpur TeL : 03-21669225
H/P : 012-3716395 (Rafidah)
http://indahkasturi.com
.. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang
lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!
Lihat produk di :
http://www.geocities.com/gamat2004
Terima kasih
________________________________
Yahoo! Groups Links
To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/gamatemas/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/