|
From: safwan :o)
Al Aqsa Hampir Kepada Fasa Paling Bahaya Rabu , 11/05/2005 -Setiausaha agung
Gerakan Islam di Palestin, Kamal Al Khatib mengingatkan bahawa masjid Al Aqsa
sedang menghampiri fasa paling bahaya dalam sejarah
apabila Zionis-Yahudi sedang giat menyiapkan rancangan penghancuran masjid Al
Aqsa.
Seperti yang dikeluarakan oleh Markaz filistini lili�lam, Khatib menegaskan, menurut Yahudi, jika al-Aqsa tidak dirobohkan dan dan digantikan dengan haikal mereka, maka Tuhan tidak akan mengampuni mereka Sementara itu, Mufti Al Quds, Ikrimah Shabri menyatakan bahawa Al Aqsa ketika ini sedang berada dalam keadaan amat kritikal. Beliau menyatakan, bahawa Zionis-Israel menjaga masjid Al Aqsa hanya bertujuan untuk menguasai kawsan itu Beliau turut menolak prosedur Zionis-Israel yang menghalang kaum muslimin di bawah usia 50 tahun untuk dating beribadah di sana. Ini bertujuan mengepung Al Quds dan akan memberi kesempatan kepada kumpulan Yahudi ekstrim menguasai masjid Al Aqsa. Dalam satu kejadian lain, radio Zionis-Israel menyebutkan, bahawa ratusan
rakyat Palestin tiba di masjid Al Aqsa untuk solat zuhur. Dalam keadaan itu,
terjadi kejadian serangan antara pemuda Palestin dengan polis Israel sehingga
menyebabkan beberapa orang polis Zionis-Israel dan pemuda Palestin mengalami
kecederaan. Kempen JOM BEBASKAN PALESTIN KARISMA International
Uniting Beyond
borders afan
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
