Assalamualaikum...
 
Sebenar-benarnya, saya dah anggap 'case close'. Saya dah tulis kepada yang lain bahawa saya tidak lagi ingin memanjangkan lagi isu ini. Tak ingin saya sambung lagi, nanti berlarutan. Nanti jadi debat, saya tak prefer. Bagi saya, debat-debat ni kalau boleh, elakkan lah.
 
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (QS Al-Anfal: 46)

Nampaknya, saya tidak hantar emel itu kepada saudari. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa inilah emel saya yang terakhir membincangkan mengenai hal ini.

Sememangnya saya membuat generalisasi dalam hal ini berkaitan dengan lelaki dan wanita, iaitu lelaki dan wanita mempunyai karakter yang berbeza beza. Saya juga percaya setiap lelaki dan wanita itu unik, seperti yang anda katakan. Walau bagaimanapun, ada sifat-sifat tertentu yang dikongsi bersama oleh kebanyakan lelaki atau kebanyakan wanita, dan itulah yang saya unjurkan dalam tulisan saya yang terdahulu.

Dalam tulisan saya yang terdahulu juga, memberikan contoh 'Aplikasi bagi Pihak lelaki' dan juga 'Aplikasi bagi Pihak Wanita', berdasarkan penyesuaian karakter. Di sini saya ingin memberikan contoh bagi pihak suami isteri yang tidak memahami karakter pasangannya.

'Tanpa Aplikasi' oleh Pihak Wanita

suami yang baru balik office, tie pun tak betul, muka berserabut. Isteri hidangkan air, urut dia lap peluh dia tanya everything ok kat off. Fikiran suami makin berserabut untuk menjawab soalan yang bertalu-talu. Rentetan dari kisah ini boleh berakhir dengan pertengkaran.

Mengapa kisah ini berakhir dengan pertengkaran?

Pihak suami hanya ingin bersendirian buat seketika ketika itu. Didalam pikirannya, he, (the husband), simply said 'i wish she just leave me alone'. Tetapi si isteri menganggap suaminya berkarakter seperti dirinya atau rakan rakan perempuannya yang lain, iaitu memerlukan teman ketika dalam keadaan gundah. Miskomunikasi telah berlaku.

'Tanpa Aplikasi' oleh Pihak Lelaki'

Wife pulak balik dalam keletihan, muka berserabut. Apabila nampak keadaan ini, suami terus start motor pi mamak stall. Kisah ini menyebabkan isteri sedih kerana isteri menganggap suami tidak memperdulikannya. Si isteri berfikiran - 'saya naklah dia (suami) tanya kenapa, letih ke nak abang urut ke?' Situasi ini boleh menyebabkan kepada terjadinya pertengkaran.  

Mengapa isteri sedih? Kerana isteri memerlukan teman ketika menghadapi masalah. Namun pihak suami menganggap si isteri berkarakter seperti dirinya atau rakan lelakinya yang lain, iaitu perlu diberi ruang apabila menghadapi masalah. Miskomunikasi telah berlaku.

Kalaulah saudari katakan 'teori' yang saya kemukakan adalah salah sama sekali, perlu saya beritahu, secara praktikalnya, situasi seperti ini pernah berlaku secara eksperimentasi kepada satu pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 10 tahun. Teori generalisasi ini telah di alami-fikir oleh satu pasangan seperti yang diceritakan oleh seseorang dalam group ini iaitu SAUDARI SENDIRI.

Suria Wrote:

diadakan lagi. dari kursus yang lalu, fasilatator
menunjukkan gambar suami yang baru balik office, tie
pun tak betul, muka berserabut,ditanya pada isteri apa
reaksi dia kalau lihat suami dalam keadaan begini? she
said saya akan hidangkan air, urut dia lap peluh dia
tanya everything ok kat off. bila gambar yang sama
ditjukan pada si suami, and asked what do u expect yr
wife to do in this situation? he simply said i wish
she just leave me alone? then another pic showed to
them this time gambar wife pulak balik dalam
keletihan, asked the husband what u normally do? he
said start motor pi mamak stall? asked the wife what
do u expect yr husband to do? she siad saya naklah dia
tanya kenapa, letih ke nak abang urut ke? see they
have been married for more than 10 years. at the end
of the seminar they said thankyou for open our mind.
we threw 10 years of our marriage for something not
worth it. communication. gtg time is very limited.

Untuk pengetahuan saudari, saya hanya membaca berkenaan tulisan saudari itu hanya setelah menghantar emel yang terdahahulu. Jadi apa yang saya hantar sebelum ini tidak dipengaruhi oleh apa yang ditulis oleh saudari sebelumnya. Nampaknya dalam hal ini, dart yang saya baling secara tak sengaja 'hits bull's eye'. Dalam kes tersebut, teori generalisasi mengarah spesifik kepada satu pasangan yang telah berkahwin selama 10 tahun. Dan saya yakin, ia bukanlah hanya satu kes yang remote. Banyak lagi kes-kes yang sedemikian.

Perlulah di pahami, apabila dikatakan pihak lelaki itu memerlukan ruang, bukanlah bermakna kita harus membiarkannya selama-lamanya. Hanya sedikit masa for him to ponder with his ownself. Masa untuk dia mengeluarkan 'angin-angin' yang ade. Jikalau anda provoke dia di waktu tersebut, itulah yang boleh meletup. Macam belon lah pula yer. Cuba cucuk dengan jarum waktu tengah full load, mesti berbeza dengan cucuk jarum semasa quarter load.

Jadi, bergantunglah. Saudari boleh 'melawan arus' atau 'mengikut arus'. 'Melawan arus' dengan mengharapkan pihak yang sugul atau bermasalah itu sendiri kena memahami pasangannya yang tidak bermasalah; atau 'mengikut arus' dengan mengharapkan pihak yang tidak bermasalah kena memahami pasangannya yang sugul atau bermasalah. 

THE CHOICE IS YOURS.

Sekarang, bergantunglah apa yang saudari ingin simpulkan. Sama ada saya betul ada salah dimata saudari itu tidaklah menjadi hal. Yang penting bagi saya, saya telah berkongsi apa yang saya rasakan perlu dikongsi, moga memberi manfaat.  

Yang Baik Datang Daripada Allah, Yang Khilaf Disebabkan Kelemahan Saya Sendiri.

Wassalam.

suria insani <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Assalamualaikum,

Saranan yang saudara berikan memang baik,

Cuma nak comment sikit, each and every individual is unique. Dalam erti kata lain tidak ada insan yang serupa. Dan saudara telah membuat generalisasi umum terhadap lelaki dan wanita. Tidak semua lelaki dan wanita seperti yang saudara tuliskan. Pepatah melayu pun ada berkata, rambut sama hitam hati lain-lain. Kena hati2 tulis ni keluar pepatah inggeris lagi kena kutuk.

Anyway, back to the earliest point, setiap manusia punya keunikan tersendiri walau pun si kembar, setiap mereka punyai cirri-ciri unique ness ( sorry tak jumpa perkataan melayu untuk ni) yang tersendiri. Oleh itu adalah salah bagi saudara melabelkan wanita dan lelaki mengikut penerangan yang diberi.

Bagi pasangan yang dah lama berkahwin sekali pun masih belum memahami pasangan masing-masing, inikan pula nak menyamakan setiap lelaki dan wanita dengan satu acuan yang sama.

Sebelum ni saya penah bagi contoh ( true story) pasangan yang dah bekahwin 10 tahun tapi masih tidak mengenali hati budi masing-masing kerana kurangnya kemahiran komunikasi.

Saya beri contoh satu lagi satu pasangan kalau orang lain mungkin rasa pelik. Mereka ni saya kategorikan keluarga bahagia. Kalau tengok cara mereka settle problem pasti ramai yang tak percaya.

Mereka membeli dua lot rumah teres, wife beli corner, husband beli sebelahnya. So masing2 ada ruang masing2, bilik tidur pun ada sorang satu. Ada pintu di buat meyambungkan kedua2 rumah ni. Bila ada conflict masuk bilik masing-masing, tak payah tengok muka antara satu sama lain. Ruang tamu bila orang datang sebelah sini, untuk mereka lepak anak beranak sebelah sana. Dry kitchen sebelah sini, wet kitchen sebelah sana. No problem what so ever, even time tidur pun tidur bilik masing2, see ada orang ( ni both ni memang rimas tidur berdua) memang tak suka belaian or touching ni, but they are a happy couple. Believe me.saya tengok si isteri relax aja, take things so easy..hari rabu lepas dia  bagi tau saya aku tak basuh pinggan sejak hari ahad lagi..terkejut saya, husband tak kata apa? tak adalah dia siap cakap tak larat tak payah buat, penat tak larat masak beli kedai...dah dua2 kerja

Conclusionnya yang saya nak tambah, setiap suami mesti tahu hak isteri dan anak-anak, isteri juga kena tahu hak suami dan anak-anak terhadapnya, anak-anak juga kena tahu hak ibu bapa terhadap mereka dan hak mereka terhadap ibu bapa. Maka tunaikanlah hak masing-masing.

Seorang yang cemerlang dan berkesan, dia tidak akan membawa pulang masalah di tempat kerja di rumah. Masa di rumah adalah untuk isteri, anak-anak dan jiran tetangga.

Hak jiran tetangga ni jika dijemput kenduri, atau majlis keramaian, maka perlu kita tunaikan hak jiran dan masyarakat setempat. Jika masalah keja dibawa pulang, maka hak anak-anak dll telah diabaikan oleh si suami dan sebaliknya. Jika terpaksa membawa pulang kerja ke rumah, minta lah izin dari keluarga, malam ni terpaksa abaikan mereka tidak memberi hak mereka yang sepatutnya untuk menyiapkan tugasan.

Bukannya susah beritahu hal sebenarnya saya pasti isteri dan anak2 akan lebih memahami instead of berkurung dalam �gua yang ada naga�.

 

Yang baik dari Allah, yang kurang kelemahan saya sendiri

 

Wasssalam.



[EMAIL PROTECTED] wrote:
(resend due to error previously)
 
Assalamualaikum...
 
     Saya sebenarnya tertarik pada tulisan Saudari Suria. Bercakap mengenai Psikologi suami isteri. Bercakap berkenaan Communication. Berkenaan Perkongsian. Bercakap berkenaan perihal apa yang semestinya suami buat, dan isteri perlu lakukan -jika tidak  tak berbahagia lah suami isteri. Bagaimana lelaki harus mengurangkan EGO nye, dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, satu perkara yang ingin saya simpulkan- anda masih lagi belum berfikiran secara ADIL. The Principle of Communication that you brought forward is still UNJUST.
     Jangan marah ya kalau saya katakan sedemikian. sila teruskan membaca.
Adil diertikan sebagai - Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Lawan kepada adil ialah Zalim. Jika keadilan ditegakkan maka baiklah natijahnya. Jika kezaliman diperlakukan maka buruk lah padahnya. Jadi kita dituntut agar berlaku adil didalam dalam setiap perkara. Sebagai contoh, katakanlah sesebuah keluarga itu mempunyai 2 orang anak. Yang sulung belajar di IPT dan yang bongsu belajar di Sekolah menengah. Duit poket buat anak yang sulung mungkin berbeza dengan yang bongsu kerana keperluan bagi yang sulung lebih berbanding dengan yang bongsu. Jadi, walaupun si bongsu tidak mendapat lebih, dia tidak boleh berkata ibubapanya tidak adil kerana tidak mendapat jumlah yang sama, kerana keadilan dalam konteks ini adalah berdasarkan keperluan dan bukannya berdasarkan kesamaan nilai.
     Dalam soal hubungan suami isteri juga kita harus berlaku adil. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri harus berlaku adil terhadap suami. Barulah bahagia. Yang menjadi persoalannya, adakah cara tindakan seorang suami itu berlaku adil terhadap isteri sama seperti tindakan isteri berlaku adil terhadap suami? Jika kedudukan dan pemikiran mereka sama bolehlah, namun kita tahu, asal cara kejadian lelaki dan wanita itu sememangnya berbeza, tambah lagi pemikiran mereka- sudah tentulah berbeza.
     Dalam pandangan psikologi pun, Lelaki dan Wanita itu tidak sama. Setiap satu mempunyai pemikiran dan characteristic yang berbeza-beza. Setiap satu berbeza dari segi pergaulan, minat, percakapan, emosi dll. Oleh yang demikian, untuk kehidupan alam rumahtangga yang bahagia, si suami dan si isteri harus memahami pemikiran dan karakter pasangannya untuk bertindak adil dalam pergaulan mereka.
 
Di sini saya sediakan sedikit contoh perbezaan antara lelaki dan wanita.
 
Pemikiran Lelaki
Orang lelaki straight forward. Cakap direct to the point. Bila orang lelaki bersedih atau mengalami masalah mereka mahu bersendirian. Kadang orang lelaki ni ada secluded room untuk lepak (even dalam rumah- contohnya bilik studi) Mana yang takde bilik mereka cari tempat kat luar (contohnya gerai makan). Bila mereka bila mereka bersendirian, ia bermaksud mereka ingin bersendirian. TIDAK MAHU DIGANGGU! Kalau mereka menyatakan masalah mereka kepada seseorang, ia bermakna mereka mahukan jalan penyelesaian( bukan sekadar ingin didengar).
 
Pemikiran Wanita
Orang wanita bersifat kiasan. Bila inginkan sesuatu, dia tak bercakap terus, tetapi lebih kepada sesuatu yang lain yang akan menjurus kepada maksud yang asal. Bila dalam kesedihan atau mengalami masalah, mereka perlukan teman untuk berbual. Apabila mereka menyatakan masalah kepada seseorang, ia bermakna mereka ingin didengar. Mereka tak inginkan penyelesaian. Cukup sekadar teman mendengar luahan hati.
 
Itu cuma sedikit sebanyak perbezaan antara lelaki dan wanita. Komunikasi yang baik adalah berdasarkan satu pihak memahami karakter pihak yang lain dan bertindak mengikut kesesuaian pemikiran. Jikalau anda melakukannya, anda meletak tindakan anda sesuai pada tempatnya - jadi Insya-Allah natijahnya juga baik. Tetapi, sekiranya anda melawan arus, itulah puncanya kepada konflik.
 
Aplikasi Bagi Pihak Wanita
Kekadang suami kita balik rumah dalam keadaan tegang. Bila di tanya sekali mukanya mencuka dan jawab acuh tak acuh. Itulah masanya anda memberikan ruang kepada suami anda. Biarkan dia bersendirian buat seketika. Bagi dia ruang tengok tv atau melepak dalam bilik studi. Selepas waktu tertentu dia akan keluar daripada tempat menyoroknya. Waktu itu dia mencari jalan penyelesaian dengan menceritakan apa yang berlaku kepada seseorang. InsyaAllah orang itu adalah anda. 
 
Aplikasi Bagi Pihak Lelaki
Bila balik dari kerja orang suami melihat isterinya dalam keadaan sugul. Sisuami harus mengambil berat dengan bertanya kepada isterinya apa yang berlaku. Jika tidak si isteri akan menganggap suaminya tidak mengambil kisah. Apabila si isteri menceritakan, si suami hanya perlu mendengar, mendengar dan mendengar dengan perhatian yang mendalam. Tidak perlu beri jalan penyelesaian. Apabila selesai menceritakan apa yang terbuku dihati, si isteri akan kembali tenang. Tanpa disedari si isteri tertidur dalam dakapan suami.
 
       Begitulah yang saya saya paham. Cara komunikasi sesama jantina tidak sama dengan cara komunikasi dengan jantina yang berlainan. Suami harus melayan isteri sebagai seorang wanita dan bukan seperti yang dia biasa lakukan dengan rakan-rakan lelaki seperti ketika zaman remaja dahulu. Dan si isteri pula harus memahami suaminya sebagai seorang lelaki dan melayannya bukan seperti  rakan-rakan perempuannya. Jikalau suami serkap jarang sahaja menganggap isterinya berkarakter sama seperti rakan-rakan lelakinya, atau si isteri juga berpendirian yang sama, maka konflik sudah tentu akan timbul.  
     Sedikit sebanyak apa yang saya utarakan antaranya adalah berdasarkan kepada pembacaan sebuah buku agak lama dulu. Bukunya bertajuk Men Are from Mars, Women Are from Venus: The Classic Guide to Understanding the Opposite Sex by John Gray. Bagi saya, buku ini amat relevan untuk kita sedikit sebanyak memahami pasangan.Dan bila saya membaca tulisan saudara Ruzaihan dan Shahrizal, sedikit sebanyak saya merasakan ia adalah aplikasi daripada cara komunikasi yang baik seperti yang dicadangkan dalam buku tersebut. Kalau sesiapa yang rasa susah betul nak memahami pasangan mereka, saya suggest buku ini.  Cuma, bila baca buku-buku barat ni, perlu FILTER lah sedikit sebanyak. Religion is not their prime agenda.  
     Cukup Setakat di Sini.
 
Yang Baik Datangnya Dari Allah, Yang Khilaf disebabkan Kelemahan saya sendiri.
 
Wassalam.
 


Do you Yahoo!?
Make Yahoo! your home page


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


Yahoo! Messenger
- Log on with your mobile phone!


Do you Yahoo!?
Make Yahoo! your home page


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke