----- Original Message -----
From: Arland
Sent: Thursday, March 24, 2005 1:33 PM
Subject: "IHYA' ULUMIDDIN" KITAB RAHASIA BERSUCI (8/9)

INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
 
KITAB RAHASIA BERSUCI (8/9)
---------------------------------------------
 
 
Tata-tertib dalam bilik mandi
       
      Tidak salah bermandi di tempat-tempat mandi umum (kolam renang) asalkan
      menjaga tata-tertibnya. Sahabat-sahabat Rasulullah pernah bermandi di
      tempat-tempat mandi umum di negeri Syam.
      
      Ada pepatah yang berkata: Sebaik-baik tempat ialah tempat mandi. Ia
      membersihkan badan dan mengingatkan tentang api neraka. Kata-kata ini
      diriwayatkan dari Abu Darda� dan Abu Ayub al-Anshari r.a. Ada yang lain
      berkata pula: Seburuk-buruk tempat ialah tempat mandi di mana para
      pemandinya mendedahkan aurat dan orang ramai sudah kehilangan malu.
      
      Perbedaan di antara dua tempat mandi ini, ialah yang pertama mendedahkan
      bagi kita faedahnya yang kedua pula mendedahkan bencananya. Tidak
      mengapalah kita mengambil faedah dari tempat mandi itu, dalam pada itu
      jangan sampai kita tercebur kepada bencananya pula.
       
      Selain dari itu, atas orang yang menggunakan tempat mandi itu adalah pula
      tugas-tugasnya dari perkara-perkara yang disunnatkan dan yang diwajibkan.
      Ada dua kewajiban atas pengguna tempat mandi umum untuk memelihara
      auratnya dan dua kewajiban yang lain untuk memelihara aurat orang lain.
      
      Dua kewajiban untuk memelihara auratnya ialah, menjaga agar auratnya
      jangan sampai ternampak oleh orang lain dan menjaganya juga dari disentuh
      oleh mereka. Jangan sampai dibiarkan diperlakukan sesuatu ke atasnya, atau
      dibersihkankan kotoran daripadanya melainkan dia yang melakukannya
      sendiri. Kalau ada orang yang membantu menggosok, maka jangan sampai
      dibenarkan menyentuh bahagian paha dan bahagaian  diatasnya hingga ke
      pusat.
      
      Dua kewajiban untuk melihara aurat orang lain, ialah menutup mata dari
      memandangnya seraya melarang orang itu dari mendedahkan auratnya, sebab
      melarang orang dari mendedahkan auratnya adalah wajib hukumnya. Ia wajib
      mengingatkan orang itu, tetapi bagi orang yang diingatkan itu tidak wajib
      menurut pula.
      
      Adapun perkara sunnatnya, di antaranya ialah niat. Maka janganlah
      hendaknya ia masuk ke tempat mandi kerana sesuatu maksud dunia , atau
      untuk bermain-main atau suka-suka saja, akan tetapi hendaklah ia meniatkan
      bersuci yang dituntut oleh agama, kerana menyediakan untuk bersembahyang.
      
      Hendaklah ia masuk dengan kaki kiri, dan janganlah ia tergesa-gesa masuk
      ke dalam tempat mandi yang panas, melainkan sesudah ia keluar peluh pada
      tempat mandi yang pertama. Jangan banyak membuang (membazir) air, malah
      wajib ia mengambil air sekadar hajat saja, sebab itulah yang diizinkan
      kepadanya kalau hendak diperhitungkan. Mengambil air lebih dari yang
      dihajati akan menyebabkan penjagaan tempat mandi itu tidak rela, kiranya
      ia mengetahui, terutama sekali dari air panas. Sebab perbelanjaannya
      tentulah besar dan menggunakan lebih dari yang diperlukan akan menyusahkan
      pemilik tempat mandi itu.
      
      Dan hendaklah ia mengingat pula betapa panasnya api neraka itu kelak kalau
      dibandingkan dengan panasnya air tempat mandi itu. Dianggapnya pula
      dirinya seolah-olah sedang dalam penjara yang berhawa panas ketika itu,
      kemudian diperbandingkan juga dengan Neraka Jahannam yang kira-kira sama
      tempat itu dengan tempat di Jahannam, yakni api dari bawahnya dan
      gelap-gelita dari atasnya na�uzu billahi min zalik (kita berlindung kepada
      Allah dari keadaan itu).
       
      Tidak menjadi salah untuk berjabat tangan dengan rakan yang baru masuk ke
      tempat itu atau berkata: Tuhan memberikan kepadamu afiat. Boleh dibiarkan
      badannya digosok oleh orang lain, begitu juga belakangnya dan tangan serta
      kakinya dipicit-picit oleh orang lain juga.
      
      Sebaik-baik saja dia keluar dari tempat mandi itu, segeralah dia mengucap
      syukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat yang baru dikecapnya tadi, sesudah
      itu jangan pula disiram kepalanya dengan air sejuk ketika hendak keluar
      atau meminum air sejuk, kerana yang demikian itu bertentangan dengan
      peraturan kesihatan.
      
      Orang-orang perempuan, makruh pergi ke tempat-tempat mandi, melainkan
      kerana sesuatu dharurat, dan itu pun dengan menjaga tutup badan dengan
      rapi.
 
(bersambung)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke