Assalamualaikum
 
It is obvious, anywhere in the muslim world, whenever there is a so-called "democracy/liberal movement" the culprit will always be the comdemned christian who will always trying to weeken the muslim countries and its people...
 
previously in Sudan (fueled by christian in southern sudan), ambon (christian slaughtering muslim) and now in Lebanon, fueled by minorities christian...
 
Islahonline
 
(sorry, article below in Malay)
 
 
----- Original Message -----
Kenapa Tentera Syria, Tidak Israel?

Bukan demokrasi yang berarak di Timur Tengah
Posted on Thursday, March 10 @ 23:24:47 MYT
Topic: Bush Sharon

Selama berminggu-minggu golongan Barat merayakan terbitnya fajar baru kebebasan di Timur Tengah, yang didakwa hasil daripada perang Iraq. Tony Blair mengalu-alukan perubahan tersebut, yang dibawa oleh AS dan Britain, yang telah membawa demokrasi kepada bumi umat Islam.


Mulanya rakyat Palestin, kemudian rakyat Iraq akhirnya berpeluang untuk memilih pemimpin mereka, dan ia dikatakan hasil dari campurtangan Barat, manakala diktator seperti Mesir dan Arab Saudi sedang berdemokrasi di bawah tekanan Amerika. Dan kemudian di Lubnan, seolah-olah sedang berbaris, hasil dari pembunuhan bekas Perdana Menteri Bulan lalu telah membangkitkan protes di jalanraya menentang kehadiran tentera Syria yang menjatuhkan kerajaan pro Damsyik dalam jangka masa yang singkat.

Akhirnya berlaku satu revolusi demokratik untuk menyaingi rakyat Ukraine yang disokong oleh AS dan untuk menayangkan kebenaran dakwaan Bush bahawa rakyat adalah bersama-sama dengannya. "Kebebasan akan menyerlah di Lubnan", dakwa Bush minggu lalu, menjanjikan kepada penunjuk perasaan yang anti-Syria bahawa Amerika berpihal kepada mereka. Setiausaha Luar UK, Jack Straw, dijangkakan akan menyertai kumpulan sorak demokrasi Arab dalam satu ucapan pada hari ini dan memberi amaran kepada golongan kiri agar tidak mempertahankan status quo kerana anti-Amerikanisme.

Penolakan pertama kepada dongengan ini telah dikemukakan di Beirut pada hari Selasa, apabila seramai sekurang-kurangnya 500,000 - ada yang menganggarkan lebih dari satu juta - penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan untuk menunjukkan sokongan kepada Syria dan menolak campurtangan AS dan Eropah di Lubnan. Digerakkan oleh Hizbullah, Gerakan Islam Syiah dan jumlah mereka melebihi tunjuk perasaan yang dilakukan oleh golongan anti Syria lebih dari sepuluh kali ganda. Bush cuba mengabaikan mereka.

Tetapi perarakan Hizbullah melakukan lebih dari menolak dakwaan kesatuan nasional disebalik mendesak pengunduran segera Syria. Ia juga mendedahkan kepalsuan apa yang dinamakan sebagai gerakan pro-demokrasi di Lubnan. Tunjuk perasaan anti Syria didominasikan oleh golongan kristian dan golongan minoriti Druze dan bukannya menyeru ke arah demokrasi yang sebenar, tetapi semata-mata untuk pilihanraya di bawah konfessional yang menyeleweng yang memberikan kelebihan kepada golongan kristian separuh dari kerusi parlimen dan bermakna tiada seorangpn umat Islam boleh menjadi Presiden. Salah seorang jaguh politik dalam protes anti Syria, Pierre Gemayel dari parti sayap kanan Kristian Phalange (di mana anggota militianya terkenal dengan pembunuhan 2,000 pelarian Palestin di Sabra dan Shatila dalam tahun 1982), baru-baru ini mengadu bahawa pilihanraya bukan hanya perkara berhubung dengan majoriti, tetapi kualiti pengundi. Jika sekiranya berlaku pilihanraya yang berdemokratik yang sebenar, Gemayel dan rakan-rakannya psti akan disapu bersih oleh kerajaan pimpinan Hizbullah.

Untuk meneutralisasikan Hizbullah, yang telah berjaya dalam menghalau Israel keluar dari Lubnan dalam tahun 2000, merupakan salah satu dari matlamat utama dari kempen AS untuk menghalau Syria dari Lubnan. AS telah melebelkan Hizbullah, sebuah parti terbesar di parlimen Lubnan dan angkatan utama di kalangan Syiah, mazhab terbesar di Lubnan sebagai sebuah pertubuhan pengganas tanpa sebarang justifikasi yang serius. Tetapi tekanan ke atas syria mempunyai banyak motif yang lain lagi: pengundurannya akan melemahkan satu-satunya regim Arab yang bebas dan akan membuka kemali jalan untuk pengaruh Barat dan Israel di Lubnan dan mengurangkan kekuatan Iran.

Ironiknya, Campurtangan Syria di Lubnan adalah digalakkan oleh AS semasa perang saudara dalam tahun 1976, bertujuan untuk menghalang demokratisasi di negara tersebut bagi kepentingan kuasa minoriti kristian. Kehadiran Syria telah lama menyebabkan kemarahan, walaupun ia tidak dianggap sebagai penjajahan kuasa asing oleh sebahagian besar rakyat Lubnan. Tetapi pengundurannya akan memberi ruang kepada bahaya yang lebih besar kepada negara yang amat rapuh dengan keamanan itu.

Apa yang dikempenkan oleh AS adalah jelas bukan untuk mempromosikan demokrasi samada di Lubnan atau Syria, dimana altenatif yang paling perpengaruh bagi Assad ialah kumpulan Islam yang dikatakan radikal. dalam pengumumannya yang berupa sindiran, Bush berkata pada hari Selasa bahawa Syria mesti mengundurkan tenteranya dari Lubnan sebelum pilihanraya yang akan diadakan pada bulan Mei ini "untuk membolehkan pilihanraya tersebut diadakan secara bebas dan jujur". Kenapa fakta yang sama tidak dikenakan pada pilihanraya Iraq - di mana tentera AS telah meletakkan seramai 140,000 tenteranya meronda dujalanraya berbanding 14,000 tentera Syria yang berada dipergunungan Lubnan - atau di Palestin, yang tidak dapat diperjelaskan. Dan kenapa resolusi PBB mengesa agar Syria keluar dari Lubnan mesti dilaksanakan serta merta, manakala desakan agar Israel keluar dari Palestin dan wilayah Syria diabaikan selama 38 tahun.

Dakwaan yang mengatakan bahawa demokrasi sedang berarak di Timur tengah adalah dakwaan palsu. Yang berarak bukanlah demokrasi, tetapi tentera AS yang sedang berarak. Pilihanraya Palestin dalam bulan Januari berlaku kerana kematian Yasser Arafat - ia boleh diadakan lebih awal jika AS dan Israel pasti bahawa Arafat akan memenanginya. Pilihanraya Iraq mungkin kelihatan berjalan lancar di kaca TV dan membenarkan puak Kurdish dan Syiah memperbaiki tawaran mereka untuk mendapat kuasa, tetapi jutaan rakyat Iraq tidak boleh dan tidak mahu mengundi, kuasa politik utama tidak dimasukkan, nama-nama calon dirahsiakan, penipuan tersebar dengan meluas, keseluruhan sistem dibentuk untuk mengekalkan penguasaan AS dan rakyat Iraq tidak boleh mengundi untuk mengakhiri penjajahan. Demokrasi yang dibawa ke Iraq tidak lebih dari pilihanraya yang dikendalikan oleh AS di Vietnam dalam tahun 1960 dan 1970. Dan untuk adjustmen kosmetik oleh regim seperti Mesir dan Arab Saudi, tidak terdapat sebarang tanda bahawa mereka akan mengadakan pilihanraya yang bebas, yang boleh membawa kerajaan anti Barat dari berkuasa.

Apa yang sebenarnya berlaku semenjak 9/11 dan peperangan Iraq adalah merupakan sambungan kepada penguasaan AS (Salibiyah) ke atas Timur Tengah (Islam), di mana ancaman ke atas Syria adalah sebahagian daripadanya. Amerika (tentera Salib) kini telah meletakkan tenteranya di Arab Saudi, Iraq, Amiriah Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Oman dan Qatar - dan tiada satupun kerajaan negara tersebut mengundang mereka masuk. Sudah tentu, orang-orang Arab mahu mengakhiri regim yang zalim, di mana keanyakannya telah disokong oleh kumpulan Ahzab iaitu AS, Britain dan Peranchis: yang merupakan sumber yang menyebabkan umat Islam yang anti Barat menjadi marah. Para diktator tersebut kekal berkuasa di bawah lesen AS, yang boleh ditumbangkan pada bila-bila masa saja - dan melaksanakan pilihanraya telah digunakan sebagai satu mekanisme untuk mengekalkan regim pro-Barat dan bukannya untuk menyebarkan demokrasi.

Jack Straw amat benar tentang satu perkara: di sana tiada sebarang masa depan yang mengembirakan dalam status quo regional. Kerajaannya boleh memainkan peranan yang penting dalam membantu mempromosikan program yang sebenar tentang kebebasandan demokrasi di Timur Tengah: ia perlu dimasukkan kommitmen untuk membenarkan kebebasan media seperti al-Jazeera untuk tumbuh; berakhirnya sokongan ketenteraan dan kewangan untuk memerintah; dan pengunduran kesemua tentera asing dari rantau tersebut. Pasti ia akan menyiarkan fajar sebenar mengenai kebebasan.




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke