Saya bersetuju juga.

Sebenarnya punca barat dapat ilmu adalah dari titik sejarah kerajaan Islam Andalusia di singkirkan. Disitu ada banyak sumber rujukan penting.

Kalau kita tengok di zaman Perang Salib I, II, III dan seterusnya, barat hanya terpegun dengan kekuatan peribadi dan takwa. Hal material tu tak berapa menonjol.

Negara Turki di sekularkan hanya untuk memudahkan mereka masuk dan mengambil rujukan.

Apa yang jelas, mereka menjadi orientalis untuk mengkaji lebih mendalam.

Kalau kita nak mempertahankan diri, bukan setakat pertahanan diri dan masyarakat atau sempadan negara sahaja. Kita perlu memikirkan cara untuk menundukkan serangan mereka dan seterusnya menyerang balas.

Tindakan membalas serangan halus dengan serangan nyata hanya akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk melabelkan kita sebagai pengganas.

Hajat para mujjahid sememangnya murni, kita perkukuhkan dengan kaedah lain.

Cuba fahamkan pepatah Inggeris, ' Fight Fire with Fire'. Ada kebenaran alam disini

Ahmad Fadzli wrote:
  Saya bersetuju .

  Orang2 Barat sepatutnya berterima kasih kepada
orang2 Islam kerana jika tiadanya tamadun Islam yang
gemilang pada masa dahulu ; maka belum tentu lagi
orang2 Barat itu dapat meniru teknologi & ilmu2 serta
kemahiran umat Islam pada zaman tersebut.

 Islam adalah pengasas kepada segala2 bidang di dunia
ini ( berlandaskan Al-Quran ) ; spt bidang Matematik,
Sains, Perubatan,Ilmu Alam , Fizik , Ekonimi dsbg;
semuanya 'INVENTED' by pakar2 Ilmuan Islam' yang bukan
saja terer dlm bidang keduniaan ; tetapi juga terer
dlm hukum Agama, Hafiz Al-Quran dan merupakan seorang
yg alim lagi warak.

 Sebenarnya inilah yang kita mahukan. Sebagai seorang
Islam , kita mengejar AL-FALAH , yakni KEJAYAAN HIDUP
DIDUNIA & KEJAYAAN DI AKHIRAT . 

 Oleh itu, jika ada sesiapa yg ingin berbicara soal
kemajuan; janganlah berlandaskan kemajuan orang kafir
. Kita cuma boleh mengiktiraf kejayaan kita jika kita
berjaya didunia, berjaya di akhirat. 

 Apalah ertinya kemajuan , jika kita kaya dgn wang
berjuta2; harta melimpah ruah; tapi at the end kita
dicampakkan ke neraka .......

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

  
Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Aku
bersaksi bahwa tiada Tuhan
melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya
dan aku bersaksi bahawa
Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Selawat
serta salam buat Nabi
Junjungan Nabi Muhammad SAW yang memiliki
keperibadian yang mulia dan
terpuji & wajib menjadi ikutan umat-umatnya.

Ekoran posting saya mengenai psikologi suami isteri,
seseorang telah
replied personally kepada saya. Antara yang tidak
dipersetujui ialah
kalimah bodoh, bengap & bengang yang saya tujukan
kepada orang putih yang
kafir. Maka saya jelaskan bahawa orang kafir memang
bodoh kerana telah
sampai kepada mereka ilmu tapi mereka menolak.

Kemudian dia membalas lagi dengan mengatakan kalau
orang putih itu bodoh,
mengapa mereka lebih maju dari orang kita di sini?
Itulah pertanyaan yang
menarik bagi saya. Saya telahpun menjawab kepadanya
tetapi tiba2 saya
terdetik untuk berkongsi dengan rakan2 di group ni.
Kerana itulah saya
menulis (type) posting ini sekaligus merupakan
posting terakhir saya buat
trip ini.

Mari kita tanyakan. Apa takrif kemajuan sebenarnye?
Siapa yang kita katakan
maju? Amerika Syarikat? Jepun? United Kingdom?
Singapore atau Malaysia
sendiri? Saya percaya, kebanyakan orang kita, secara
tipikalnya mengatakan
kemajuan itu sebagai bangunan yang tinggi2. Ye la.
Sebab tu orang cakap KL
tu maju. Sebab tu orang kata JB tu pesat membangun.
Padahal... Hampeh.

Sedangkan bangunan yang tinggi2 itu tanda kiamat.
Sabda Rasulullah SAW
"Setiap bangunan itu adalah beban kepada seseorang
melainkan yang dibina
atas sebab keprluan atau pun terpaksa" (Abu Daud).
So? Boleh ke kita label
tempat yang banyak bangunan tinggi2 tu sabagi maju?
Sedang Rasulullah SAW
mengelak lalu rumah seorang Ansar yang membina kubah
sehinggalah kubah
tersebut dibinasakan.

Ada gak yang kata orang barat tu maju sebab dorang
banyak ilmu. Teori2 yang
merapu. Okla. Ada ilmu yang berguna. Tapi ilmu dalam
perubatan, matematik,
fizik malah dalam bidang angkasalepas pun sebenarnya
dipelopori orang
Islam. Hanya selepas Perang Salib baru dorang mampu
sampai ke tahap tu
dengan mencuri karya2 agung saintis2 kita. Maju ke
kalau ilmu pakai curik
punye?

Sedangkan orang kita ramai yang menguasai ilmu
al-Quran. Bukankah al-Quran
itu ibu segala ilmu? Jadik, siapa yang lebih
bertamaddun? Kita menerima
ilmu dari Yang Memilki ilmu tersebut. Tidakkah kita
ni umat yang dimuliakan
bahkan umat yang paling maju sebab kita dah tau asal
kejadian janin sebelum
omputih gila tu pernah pegang test tube. Siapa lagi
maju?

Kalau maju tu dikira dari kekayaan, sabda Nabi SAW
"Wahai orang muhajirin
yang miskin! Bergembiralah dengan nur yang sempurna
pada Hari Qiamah.
Sesungguhnya kamu akan memasuki syurga setengah hari
lebih awal dari orang
kaya dan setengah hari itu umpama lima ratus tahun."
(Abu Daud). So,
mundurkah orang yang miskin sedangkan orang miskin
dimuliakan Allah?

Saya ada definisi saya sendiri untuk istilah maju.
Saya mengatakan diri
saya maju kerana ada perubahan atau anjakan dalam
diri saya. Beberapa tahun
dahulu saya adalah pemuda yang mengejar kekayaan &
kegembiraan. Saya
terlalu cintakan maksiat. tetapi Alhamdulillah, atas
berkat kasih
sayangNya, Allah telah memberi hidayahNya kepada
saya. Maka saya mula
kembali mendekatkan diri kepadaNya.

Kerana ada perubahan saya katakan saya orang yang
maju. Dan orang yang
paling maju adalah orang yang paling hampir kepada
Allah. Bukanlah orang
yang kaya atau pemimpin yang negerinya banyak
bangunan tinggi2 dan mewah2
atau orang yang banyak ilmu dunianya. Sebaliknya
orang yang paling maju
ialah orang yang 'radhiAllahuanhum waradhuanh' iaitu
orang yang redha Allah
ke atasnya dan dia juga meredhai Allah.

Majukah New York kalau ramai lagi orang miskin di
dalamnya? Bukan setakat
miskin malah bersepah2 homeless. Makcik saya yang
bekerja di sana sebagai
guru BI yang cerita. Saya tak sampai sana lagi.
Takde duit ma.... Baik gi
Mekah! Bukan setakat tapi tuh kejadian curik,
rompak, rogol, bunuh, berlaku
hampir setiap saat. Macam cara hidup orang jahiliyah
je.

Seorang kawan saya pernah dihantar berkursus di
Jerman. Balik2 sini, dia
citer kat sana, ada promosi filem lucah. Dia citer
la camne pelakon pompuan
tu buat aksi. Selamba je dia. Pastu orang beli video
tape & mintak dia
autograph. Wow! How civilized! Betapa pandainya
omputeh2 yang saya nih. Dah
tuh diaa terap nilai2 jahiliyah tu dalam jiwa orang
kita lak. Cerdik sangat
la tu? Dorang buat pompuan tu macam hape je. Biadap!

KL juga menuju ke arah ini. Saban hari ade je cerita
tangkapan maksiat di
buat atas pelaku2 maksiat. Lebih menyedihkan pelaku
maksiat lak yang
dibela. Mungkin untuk menuju sebuah negara maju &
cerdik dari kacamata
kafir2 laknat tuh, kita perlu korbankan agama. Maka
berteraburanlah
pencinta neraka di bumi kita. Kita hanya biarkan
atas alasan inilah
kehidupan dunia moden. Inilah kemajuan.

Langkah kerajaan menaikkan harga minyak sebagai
menampung subsidi juga
sebenarnya atas desakan kemajuan. Kerajaan ade
budget tapi terpaksa
digunakan untuk membina Islamic Civilization Theme
Park yang berharga RM400
juta dan Masjid Islam Hadhari dari kristal yang
berharga RM18 juta (mesti
lebih punya tu). Ntah la Pak Lah. Nabi SAW kata
seburuk perbelanjaan ialah
yang dibelanjakan pada bangunan. Ntah Nabi mana
Paklah ikut. Lantak...

Saya hanya ingin mengingatkan diri saya dan saudara2
semua. Kita adalah
umat termaju. Takyah lah pandang mulia kepada orang2
kafir tu selagi mereka
masih tak beriman kepada Allah & Nabi Muhammad.
Dorang mungkin nampak bijak
dengan teori itu dan ini padahal kita telah DIBERI
ilmu yang turun dari
langit. Kitalah umat yang paling bijak dan kitalah
umat yang paling maju.

Zaman Nabi dulu, kita dah ada sistem perundangan
yang cukup lengkap. Kita
ada segala jenis undang2 sebelum omputeh tu pandai
pegang pen. Tapi bila
tiba2 omputeh pandai menulis, kita buang undang kita
yang nyatanya lebih
sempurna sebab nak kemajuan & ikut undang2 yang ntah
hape2 tuh. Bodohkah
kita atau cerdikkah kita? Dan adakah kita lebih maju
dari Nabi SAW sebab
pakai undang2 bodoh omputeh tuh?

Kalau nak maju berdasarkan perspektif barat dan
Islam Hadhari, kita kena
korbankan agama kita dan langgar perintah Nabi SAW.
Sedangkan kalau kita
pilih kemajuan berdasarkan perspektif Nabi SAW dan
para sahabat, tiada apa
yang perlu dikorbankan. Terpulang pada saudara2ku
sekalian. Pilih harta
atau pilih Tuhan. Saya tak tau. Yang saya tau, pagi
nih naik helikopter
balik darat. InsyaAllah malam nih dapat main2 dengan
anak.

Wallahu'alam...


    
=== message truncated ===


Ahmad Fadzli bin Ahmad Saleh
 



		
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




  




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke