|
----- Original Message -----
From: Hafiz Firdaus.
Sent: Saturday, May 14, 2005 3:09 AM
Subject: Laporan dari Shah's
Village
Sedikit laporan tentang wacana atau diskusi yang saya hadir semalam di hotel Shah's Village, PJ, jam 08.30 malam yang berjudul: "Islam, Negara dan Hak Peribadi." Ia dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) Malaysia. Masing-masing speaker diberi masa 15 minit untuk bercakap. Diikuti dengan sesi soal-jawab. Kemudian di akhir diskusi, masing-masing speaker diberi masa 5 minit untuk membuat rumusan. Diskusi berakhir jam 11.00 malam. Speakar yang memberi diskusi dan komen saya tentang mereka: [1] Mujahid Yusuf Rawa. Komen: Sangat mendukacitakan: [a] Tidak ilmiah dan tidak mampu menerangkan konsep Islam yang sebenar dalam isu kenegaraan dan hak peribadi. Yang ada hanyalah sentuh-sentuhan yang kecil. [b] Sentuhan besar adalah dalam hal politik. Menganggap diskusi semalam ialah antara PAS vs UMNO. Dengan itu isu yang banyak disentuh oleh beliau ialah tentang apa yang negatif berkenaan UMNO. [c] Tidak berjaya menawan para hadirin kerana apa yang dia cakap dipandang ramai sebagai versi PAS dan bukan versi Islam. [2] Kamarul Hisham. Komen: Beliau seorang peguam. Akan tetapi saya tak faham sangat apa yang dia cakap kerana banyak istilah teknikal yang berkaitan dengan draf undang-undang dan perlaksanaannya oleh pihak berwajib dan mahkamah. [3] Zainah Anwar Komen: Pertama kali dapat mendengar orang Sister's in Islam bercakap. Pada mulanya saya memiliki jangkaan yang tinggi terhadap beliau memandangkan perjuangan SIS berjaya mendapat tempat di kalangan orang ramai di Malaysia. Akan tetapi: [a] Beliau tidak berucap tetapi hanya membaca teks yang telah disediakan. Macam pembaca berita. Jadi awal-awal lagi markah sudah menurun. [b] Tidak ada hujah, jauh sekali dalil. Yang ada hanya teori-teori demokrasi, pendapat majoriti dan keadilan yang diasas berdasarkan nilai-nilai Barat. [c] Apabila mendengar beliau bercakap, terasa seolah-olah Islam di menurut SIS hanyalah satu agama yang diasaskan oleh seorang filosof atau ahli fikir. [d] Nampaknya SIS berpijak di atas poin [b] & [d] di atas. Oleh kerana itulah mereka berjaya mendapat tempat di kalangan orang ramai sehinggakan umat Islam juga. [4] Khalid Komen: Beliau ialah pengerusi majlis dan nampaknya sealiran dengan SIS. Terdapat beberapa perkara menarik dalam diskusi semalam: [1] Jumlah hadirin dari kalangan bukan Islam agak ramai. Ini menunjukkan isu-isu Islam sudah mendapat tempat di sisi orang bukan Islam. Sayang sekali speaker Islam semalam tidak dapat memprioritikan dirinya semalam antara Islam dan PAS. [2] Hadirin daripada kalangan bukan Islam ini juga membuka mata saya. Selama ini kita berinteraksi dengan orang Islam berkenaan isu-isu Islam. Sekarang kita juga perlu berinteraksi dengan orang bukan Islam berkenaan isu-isu Islam. Nampaknya banyak lagi ilmu dan usaha yang diperlukan. [3] Dalam diskusi tersebut diedarkan booklet atau risalah yang menangani isu Islam Liberal. Antara artikel yang ada di dalamnya ialah apa yang ditulis oleh s2s dan UmmZiyaad, nampaknya diambil daripada al-firdaus.com dan bukanliberal.org [4] Sempat berjumpa dengan beberapa student Univ. Malaya yang mengucapkan terima kasih atas pembinaan al-firdaus.com. Banyak manfaat yang telah mereka peroleh dari sana. Sebagai student, memang sedikit tersepit untuk membeli buku-buku. Tahniah kepada team al-firdaus.com [5] Sempat berbincang dengan student Univ. Malaya dan IIS (bro Shah Kirit) agar diadakan debat secara terus dengan SIS mengikut format yang digunakan oleh Ahmad Deedat dan Zakir Naik. Insya-Allah hal ini akan dibincangkan dalam pertemuan akan datang. Wassalam. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
