Thursday, May 19 @ 15:21:52 MYT
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menyerahkan memorandum membantah tindakan mencemarkan al Quran yang berlaku di pangkalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo Bay, Cuba kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Beberapa pimpinan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketuanya sendiri, Salahuddin Ayub dijadual akan menyerahkan memorandum tersebut ke Pejabat PBB cawangan Kuala Lumpur dekat Jalan Dungun, Damanasara pada jam 12 tengah hari esok. (Jumaat, 20 Mei 2005).
Manakala pada hari yang sama, satu perhimpunan aman turut diadakan oleh Salahuddin dan Pemuda PAS bertempat di perkarangan masjid Kampung Baru sejurus selesai solat Jumaat .
Salahuddin ketika dihubungi Harakahdaily berhubung tindakan diambil oleh pihaknya itu bertegas, perbuatan menghina al Quran oleh pegawal penyisat AS itu menimbulkan kemarahan umat Islam diseluruh dunia.
"Saya meminta orang ramai supaya hadir bersama dalam perhimpunan esok untuk membuktikan keperibadian kita mempertahankan kesucian al-Quran," katannya.
Sebelum ini edisi terbaru majalah Newsweek melaporkan, penyiasat yang menjalankan siasatan mengenai penderaan di penjara tentera AS di Teluk Guantanamo mendapati penyoal siasat AS telah meletakkan naskhah al-Quran di atas mangkuk tandas dan sekurang-kurangnya dalam satu kes, mengepam kitab suci itu ke dalam tandas.
Berhubung pendedahan tersebut, beberapa perhimpunan mengutuk tindakan AS telah diadakan oleh umat Islam termasuk di Afghanistan dan Indonesia. - SH/mns
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
