Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu >sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit >RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang >pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta >mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada >kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu." > >Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia >menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya : "Ada sesiapa yang >nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. > >Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya >buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan >kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. >Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor. > >"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, >lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. >"Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?", tanya Prof. >Ibrahim. > >Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. >Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof >Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap >mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? > >Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. >RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua >peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum. > > Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering >kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, >ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak >berguna langsung. > >"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda >tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda >tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan >datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi >siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.
__________________________________________________ Do You Yahoo!? Log on to Messenger with your mobile phone! http://sg.messenger.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
