Very interesting article, but as usual the �orang
puteh� found the significance and the beauty of
everything in islam .
Last month I attended �ceramah� given by one lecturer
physics from UKM. He said, sape kata ustad2 aja boleh
masuk syurga, sape kata orang kaya tak masuk syurga?
after the ceramah ramai ustazah and ustad
terkedu...Tepuk dada tanya iman.


Kelebihan berjemaah mengikut Teori Fizik
SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat
satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang
disyariatkan dalam Islam. 

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. 

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita
merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. 

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di
minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat
berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan
orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas
dalam badan kita. 

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf,
bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan. 

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara
tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada
di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali
cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila
cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif
akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan
ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini
berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah
berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi
proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang
yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam
tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas
yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada
kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti
yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat
Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah
lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang
berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut
mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan
mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam
solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan
tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan
tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam. 

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan
menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga
untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat
(qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah
agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan
suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat
untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau
merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya
Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Log on to Messenger with your mobile phone!
http://sg.messenger.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke