mohdfazel mohdsalleh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum
Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen mengenai alasan pihak
kerajaan meningkatkan harga minyak, dan yang terbaru dari Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Dato' Mustapha Mohamed. Antara alasan yang diberi ialah
harga minyak petrol kita jauh lebih rendah dari negara-negara Asean yang
lain. Namun perbandingan itu tidak boleh diterima sebegitu sahaja tanpa
penjelasan yang tepat dan menyeluruh. Apakah benar perbandingan itu atau
sekadar menjadi alasan nak
menguatkan hujah?
Bagi saya, alasan sebegitu lemah kerana kita tidak boleh nak bandingkan
harga minyak dengan negara lain selagi tidak mengambil kira faktor politik,
sosio-eokonomi, geografi dan berbagai lagi.
Perbandingan sebegitu tidak kukuh dan tidak sepatutnya dilakukan kerana
sebab-sebab berikut:
1. Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi domestik yang bersandarkan
kepada pengangkutan darat secara intensif.
2. Nilai gaji dan pendapatan penduduk di negara ini yang memiliki kenderaan
adalah rendah jika nak
dibandingkan dengan negara lain, Singapura contohnya.
3. Malaysia mempromosi secara agresif penggunaan keretan nasionalnya, PROTON
dan mendapat sambutan daripada rakyat malah jumlah jualan kenderaan
mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
4. Pengangkutan awam di Malaysia tidak berada di tahap yang memuaskan
walaupun sedang diberi perhatian untuk memperbaikinya, memaksa pengguna
beralih kepada pengangkutan persendirian.
5. Penggunaan kereta sudah menjadi barang keperluan kepada penduduk di
negara ini.
6. Sejarah menunjukkan asas harga petrol dan diesel di negara ini bermula
dari rendah dan ditawarkan pula dengan subsidi.
7. Kemudahan lebuhraya dan jalanraya semakin baik menggalakkan penggunaan
kereta.
Sekian.
Mohd Fazel Salleh
Penganalisis Ekonomi
_________________________________________________________________
Get an advanced look at the new version of MSN Messenger.
http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx
Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
