Surah 24: Al-Noor.
Cahaya    1 - 64

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1.        Sebuah surah yang kami telah turunkan, dan kami telah mendekrikannya sebagai undang

       undang. Kami telah turunkan didalamnya revelasi revelasi yang terang, supaya dapat kamu

       mengambil peringatan.

Perzinaan.

2.        Perempuan perempuan dan laki laki yang berzina mestilah kamu sebat setiap dari mereka itu

       seratus sebatan. Janganlah kamu terbawa bawa dengan merasa belas kasihan untuk menjalani

       hukum Allah, jika kamu adalah orang yang benar benar percaya kepada Allah dan Hari Akhirat.

       Dan hendaklah sekumpulan orang orang yang percaya menyaksikan hukuman mereka.*

3.        Penzina penzina lelaki berakhir dengan mengahwini penzina penzina perempuan ataupun

       penyembah pujaan, dan penzina penzina perempuan berakhir dengan mengahwini penzina

       penzina lelaki ataupun penyembah pujaan. Mereka ini dilarang untuk mengahwini orang orang

       yang percaya.

4.        Orang orang yang menuduh wanita wanita yang sudah berkahwin itu berzina, dengan tidak

mengadakan empat orang para saksi, kamu mestilah sebat mereka lapan puluh sebatan, dan

janganlah menerima sebarang testimoni dari mereka, mereka itu adalah orang orang yang zalim.

5.        Jika mereka bertaubat selepas itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah sajalah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

6.        Bagi orang orang yang menuduh pasangan pasangan sendiri, dengan tidak mempunyai saksi

       saksi, dan testimoninya boleh diterima jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali

       yang dia itu berkata benar.

7.        Sumpahan yang kelima adalah untuk menerima kutukan dari Allah baginya, jika dia berbohong.

8.        Dia (isteri) akan didapati tidak bersalah jika dia bersumpah dengan Allah sebanyak empat kali

yang dia (suami) adalah pembohong.

9.        Sumpahan kelima adalah untuk mendapat kemurkaan dari Allah terhadap (isteri) jika dia

       (suami) berkata benar. 

10.     Ini adalah limpah kurnia Allah dan belas kasih untuk kamu. Sesunguhnya Allah Maha

Penyelamat lagi Maha Bijaksana.

_________________________________________________________________________

*24:2 Tekanan dari masyarakat, contohnya, sekumpulan manusia menyaksikan hukuman itu, ini

sepatutnya menjadi asas bagi hukuman (lihat juga 5:38), sebatan hanyalah sebagai simbolik saja,
bukanlah sehingga sampai mengancamkan nyawa sipenzina.

__________________________________________________________________________

Bagaimana Hendak Mengatasi

Desas Desus Dan

Tuduhan Yang Belum Terbukti

11.     Sekumpulan dari kamu mengadakan pembohongan yang besar.* Jangan difikirkan yang

ianya itu tidak baik bagi kamu; sebaliknya, itu adalah baik untuk kamu. Sementara itu, tiap

tiap seorang dari mereka akan mendapatkan bahagian dari kesalahan itu. Bagi orang yang

menginisiasikan seluruh peristiwa ini, dia telah mendapat hukuman yang dahsyat.

12.     Apabila saja kamu mendengarnya, orang orang lelaki yang percaya juga orang orang

perempuan yang percaya sepatutnya mempunyai pemikiran yang baik berkenaan diri masing

masing, dan sepatutnya berkata, "Ini adalah jelas satu pembohongan yang benar." 

13.     Hanyalah jika mereka membawa empat orang para saksi (kamu boleh mempercayai mereka).

Jika mereka tidak dapat mengadakan para saksi, maka mereka itu, mengikut Allah, para

pembohong.

14.     Jika tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu, dan belas kasihNya didalam dunia ini

       dan diAkhirat, tentu kamu akan mengalami hukuman yang benar disebabkan peristiwa ini.

15.     Kamu mengada adakannya dengan lidah lidah kamu sendiri, dan yang lainnya diantara kamu

mengulanginya dengan mulut mulut kamu dengan tidak mempunyai bukti. Kamu kira ianya

hanyalah perkara mudah, padahal ianya, mengikut Allah, dosa yang sangat besar.

Apa Mesti Dibuat.

16.     Apabila kamu mendengarnya, kamu sepatutnya berkata, "Kami tidak akan mengulangi ini.

Maha Suci Engkau. Ini adalah penipuan yang besar."

17.     Allah menegur kamu supaya jangan kamu mengulanginya lagi, jika kamu adalah orang orang

percaya.

18      Lantas, Allah menerangkan revelasi revelasi kepada kamu. Sesungguhnya, Allah Maha

Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

19.     Orang orang yang suka melihat ketidak kebaikan merebak diantara orang orang yang percaya

telah menerima hukuman yang menyakitkan didunia ini dan juga diAkhirat. Sesungguhnya

Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahui.

20.     Allah telah mencucuri kamu dengan limpah kurnia dan belas kasihNya. Sesungguhnya Allah

       Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang.

Syaitan Menggalakkan

Tuduhan Yang Tidak Berasas.

21.     Wahai orang orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah langkah syaitan. Sesiapa

yang mengikuti langkah lankah Syaitan, mestilah mengetahui yang dia menggalakkan

kejahatan dan kemungkaran. Jika ianya tidak kerana limpah kurnia Allah terhadap kamu,

dan belas kasihNya, tidak ada satu pun dari kamu dapat disucikan. Tetapi Allah menyucikan

sesiapa saja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi

Maha Mengetahui. 

Sesiapa dari kamu yang telah dirahmati dengan harta dan kekayaan mestilah menjadi

dermawan terhadap saudara mara mereka, orang orang miskin, dan orang orang yang

berhijrah kerana Allah. Mereka mestilah melayani mereka itu dengan baik dengan bersifat

toleransi; tidakkah kamu suka untuk mendapatkan pengampunan dari Allah? Sesungguhnya,

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dosa Besar.

22.     Tentu sekali, orang orang yang membuat tuduhan palsu kepada wanita wanita yang sudah

       berkahwin yang percaya lagi bertakwah telah menerima kutukkan dikehidupan ini dan diAkhirat;

       mereka akan menerima hukuman yang amat sangat azabnya.

_______________________________________________________________________________

*24:11 Ini mengingatkan kita tentang peristiwa yang berlaku semasa isteri nabi Aisha yang telah tertinggal

dipadang pasir dengan tidak disengajakan, dan akhirnya ditemu oleh seorang pemuda yang menolongnya

dan menghantarnya kekaravan nabi. Ini menyebabkan satu peristiwa yang terkenal "Pembohongan yang
besar" terhadap Aisha.

p/s: sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh...nauzubillah....__

______________________________________________________________________________

Yahoo! Messenger
- Log on with your mobile phone!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke