Monday, May 23 @ 15:07:46 MYT
Oleh M Khaleel Kas
KISAH seorang ayah yang terdesak sehingga sanggup mempertaruhkan anak dalam kandungan untuk dijual bagi mengatasi masalah membiayai anak yang menderitai penyakit jantung berlubang menimbulkan pelbagai 'rasa' pada penulis.
Dalam sebuah akhbar tempatan hari ini (23 Mei) disiarkan kisah; seorang bapa dari Kampung Semabok, Melaka sanggup menjual �anak� dalam kandungan isterinya yang berusia enam bulan pada harga RM30,000 bagi menampung kos pembedahan jantung berlubang anak lelakinya yang berusia tujuh bulan.
Penulis dalam keadaan ini, timbul pelbagai 'rasa' bagi sebuah negara seperti Malaysia yang terkenal dengan 'Islam'nya, serta rakyat yang ramah dan penyayang kerana berasakan tidak wajar kejadian seperti ini berlaku.
Pertama, penulis kecewa sungguh dengan si'ayah' tadi yang sanggup mempertaruhkan anak sendiri. Memanglah, siapa yang tidak sayangkan anak. Tetapi dalam keadaan seperti ini, sebagai hamba Allah SWT kita wajar berikhtiar dan tindakan si'ayah' itu bukanlah sebagai satu jalan penyelesaian.
Masih banyak lagi saluran ikhtiar yang tersedia ada. Dan kenyataan "Kami serik meminta pertolongan orang ramai kerana ada yang mencaci dan menuduh duit sumbangan digunakan bagi tujuan hiburan" bukanlah alasan yang kukuh untuk mematikan pelbagai kaedah dalam mencari dana untuk mengubati penyakit anaknya.
Kedua, sebagai sebuah negara yang sentiasa prihatin dengan laungan kemanusiaan seperti pelbagai bantuan yang diberikan untuk golongan yang malang seperti Aids, tsunami, golongan kurang upaya dan sebagainya, agak pelik apabila tiada pihak yang mampu tampil untuk membantu.
Agak pelik apabila, si'ayah' tadi menceritakan kisah anaknya yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang telah disahkan penyakitnya sejak akhir tahun 2003 lagi, ditambah dengan sebelum ini sudah dua kali beliau telah berulang ke IJN bagi pemeriksaan penyakit anaknya dan peliknya di sini, bagaimana pihak berkuasa dan berwajib terabai sehinggakan status diri si'ayah' yang tidak mampu dalam menyediakan dana untuk merawat anaknya boleh tercicir dari fail dan rekod pihak berkenaan.
Sebelum ini, kita pernah terdengar pelbagai kisah sedih dan tragis pesakit kronik yang memohon bantuan tetapi tidak sempat untuk dirawat kerana Allah lebih awal menjemput mereka.
Dan lanjutan dari kisah-kisah tragis itu, timbul pula pelbagai isu sehinggakan pelbagai pihak menuding jari antara satu sama lain demi melepaskan diri dari realiti sebenar.
Apakah dalam keadaan pesakit yang hampir menghadapi maut barulah para pengamal dasar 'bantuan pesakit kronik' bergegas untuk meluluskan bantuan, sedangkan segala rekod dan fakta pesakit telah lama dan lebih awal berada dalam sistem ciptaan mereka sendiri?
Bukanlah penulis dalam catatan ini ingin menunjuk pandai, atau menuding jari tetapi rasanya insiden dan kisah tragis sebegini sudah makin kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Kisah dari Kampung Semabok hanyalah antara cebisan kisah sedih masyarakat yang berjaya dibawa untuk tatapan umum. Tetapi di luar sana, masih ramai lagi yang ternanti dan menunggu untuk merasai satu nikmat hidup yang lebih baik.
Kita tidak mahu hanya menang dalam menyorakkan Malaysia negara Islam, Islam Hadhari, negara maju, negeri maju, wawasan 2020 dan pelbagai canangan lain yang hanya lunak di telinga tapi 'hampas' dalam pelaksanaannya.
Jangan hanya kerana inginkan pengiktirafan, kita menggadaikan nasib dan masa depan rakyat negara ini seperti insan-insan di kawasan-kawasan pedalaman yang masih jauh ketinggalan dari arus kemajuan.
Biarlah kisah di Kampung Semabok adalah kisah terakhir untuk ke sekian kalinya. Selepas ini, pihak berwajib perlu menilai, memperkemaskan dan menutup terus segala 'lubang-lubang birokrasi' yang menyempitkan dada para pesakit dan cebisan harapan keluarga mereka.
Bagi rakyat di luar sana, yang tidak pernah merasai apa itu perit derita pesakit kronik dan keluarga mereka, hulurkanlah tangan anda untuk mem'bunga'kan harapan dalam diri mereka.
Setidaknya, derita rasa pesakit kronik terubat sejenak dengan 'tangan-tangan putih' yang masih sudi membantu tanpa mengenal batas sempadan ideologi, bangsa dan budaya.
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
