Tuntutan harta sepencarian
Soalan
Suami saya baru meninggal dunia. Sekarang
adik-beradiknya sibuk bertanyakan tentang harta
pusaka. Tetapi, setahu saya, sebelum harta pusaka
dibahagikan, saya berhak untuk menuntut harta
sepencarian saya terlebih dahulu.
Bagaimanakah caranya saya hendak membuat tuntutan ini
sebelum habis harta suami saya direbut oleh
adik-beradiknya. Buat pengetahuan SIS, kami tidak
mempunyai anak dan waris yang tinggal hanyalah dua
adik lelaki suami saya.
Fifi,
Banting, Klang.
Jawapan
Mengikut hukum syarak, apabila seseorang itu
meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut sistem
faraid. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah
al-Nisaa' menggariskan panduan berkenaan waris-waris
yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus
diperoleh setiap waris. Seperti yang terkandung dalam
surah al-Nisaa' ayat 12, ``Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu
tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi
kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang
kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu
wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu'',
bahagian puan ialah seperempat daripada harta pusaka
suami.
Namun, sebelum harta pusaka suami dibahagikan mengikut
sistem faraid, puan berhak untuk menuntut harta
sepencarian terlebih dahulu.
Maka, salah satu hak yang bergantung terhadap harta
itu termasuklah harta sepencarian yang perlu
diselesaikan terlebih dahulu. Untuk menuntut harta
sepencarian ini, puan hendaklah mengenalpasti mana
satu harta pusaka suami yang merupakan harta
sepencarian. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga
Islam (Selangor) 2003, ss 2 mentafsirkan harta
sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh
suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut
syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.
Walaupun harta itu atas nama suami puan, tetapi jika
ia merupakan harta sepencarian, maka puan berhak ke
atasnya.
Untuk menuntut hak puan ini, apa yang perlu puan
lakukan ialah memfailkan kes puan ini di Pejabat
Daerah yang berdekatan di Bahagian Harta Pusaka Kecil,
jika harta pusaka suami tidak melebihi RM600,000. Puan
dikehendaki untuk melengkapkan Borang A untuk
mendapatkan Suratcara Kuasa Mentadbir. Suratcara ini
akan memberi kuasa kepada penama untuk membahagikan
harta pusaka si mati. Sesiapa yang mempunyai
kepentingan dalam harta pusaka si mati boleh memohon
untuk menjadi pentadbir, termasuklah puan. Tetapi,
jika ingin mengelakkan pertikaian, puan dan adik
lelaki puan boleh menjadi pentadbir bersama dalam
prosiding ini.
Di sini juga puan hendaklah menyatakan bahawa puan
ingin membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta
pusaka si mati. Jadi, sebelum Suratcara itu
dikeluarkan, tuntutan harta sepencarian puan akan
ditentukan terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah.
Menurut ss 122 Enakmen, Mahkamah mempunyai kuasa untuk
mengeluarkan perintah pembahagian harta sepencarian.
Apa yang puan perlu buktikan di sini adalah puan ada
membuat sumbangan terhadap pemerolehan harta tersebut
dan sebanyak mana takat sumbangan puan ke atas harta
itu.
Jika puan ada membuat apa-apa bayaran terhadap harta
sepencarian tersebut, maka bukti-bukti seperti
resit-resit pembayaran, arahan potongan gaji,
perjanjian pinjaman perlulah disertakan untuk
menyokong kes puan. Selain daripada itu, sumbangan
selain dari wang ringgit seperti tenaga yang
disumbangkan juga akan diambil kira oleh Mahkamah
untuk menentukan kadar sumbangan puan. Adalah lebih
elok jika puan dapat membawa saksi untuk menyokong kes
puan ini.
Setelah Mahkamah Tinggi menentukan hak puan ke atas
harta sepencarian, maka ia akan mengeluarkan perintah
bahawa harta tersebut adalah milik puan dan hanya
bakinya dibahagikan menurut sistem faraid.
Berdasarkan ayat 12, surah al-Nisaa' di atas, puan
berhak ke atas seperempat daripada harta pusaka si
mati. Bakinya hendaklah dibahagikan kepada kedua-dua
adik lelaki suami puan.
Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dilakukan
sebelum harta pusaka dibahagikan antara waris-waris
kerana jika selepas harta itu selesai dibahagikan
kepada waris-waris, maka puan akan dianggap tidak mahu
atau melepaskan hak puan ke atas hak harta
sepencarian.
Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada.
Panel Peguam Sisters In Islam di alamat No 25, Jalan
5/31, 46000, Petaling Jaya, atau telefon 03-79606122
pada hari Isnin dan Jumaat sahaja atau faks
03-79604737 atau e-mail:[EMAIL PROTECTED]
jaring.my''.
__________________________________
Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
http://sg.info.mail.yahoo.com
__________________________________
Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
http://asia.yahoo.com/meetic
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/