Assalamualaikum

Tuan/Puan yang dikasihi,

 

Di sini saya sertakan maklumat berkaitan perhatian Tuan/Puan dan juga utk 
diperpanjangkan kepada kenalan dan sahabat handai  Tuan/Puan. Insya Allah moga 
diberkati!

 

Merujuk perkara di atas, Help International-TERAS telah mengadakan program 
ziarah dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada anak-anak yatim mangsa Tsunami 
di Lhokseumawe, Acheh pada 15 hingga 21hb Februari 2005 yang lalu.

 

Delegasi seramai 6 orang telah sempat menzairahi beberapa khemah penempatan 
sementara untuk anak-anak yatim Kabupaten Lhokseumawe, Acheh. Didapati bahawa 
kehidupan anak-anak yatim ini yang majoritinya kehilangan ibu, ayah dan 
keluarga mereka ketika berlaku bencana ombak Tsunami pada 26hb Disember 2004 
yang lalu hidup dalam keadaan yang amat dhaif dan serba kekurangan. Psikologi 
mereka juga runcing dalam keadaan trauma akibat bencana tersebut.

 

Help International  TERAS telah berjaya mengumpulkan maklumat latarbelakang 
dan gambar-gambar anak yatim tersebut seramai 56 orang. Pihak kami merancang 
untuk membantu mereka melalui saran hidup dalam tempoh 1 tahun hingga 2 tahun. 
Pihak yang sedang menguruskan anak-anak yatim tersebut ialah dari badan 
sukarelawan Program Kemasyarakatan Peduli Umat (PKPU) Partai Keadilan 
Sejahtera(PKS), Indonesia.

 

HELP International  TERAS telah membuat komitmen untuk membantu anak-anak 
yatim ini dengan cara mencari keluarga angkat untuk mereka samada dari 
individu, syarikat korporat atau jabatan-jabatan kerajaan di Malaysia. Keluarga 
angkat ini berperanan membantu anak-anak yatim melalui penyaraan wang bulanan 
(RM100-150) dari Malaysia untuk perbelanjaan hidup dan pelajaran mereka di sana.

 

Justeru, HELP International  TERAS memohon keperihatinan Tuan/Puan para 
dermawan untuk menyumbang kewangan bagi tabung ini dan mempelawa untuk menjadi 
keluarga angkat bagi anak-anak yatim tersebut dengan menghubungi petugas 
berikut:

 

1)       Ahmad Tarmizi Sulaiman, Setiausaha TERAS

H/P: 019-4264053  e-mail: [EMAIL PROTECTED] atau  [EMAIL PROTECTED]

2)       Faizul Abu Bakar

H/P: 019-4527436  e-mail: [EMAIL PROTECTED]

 

Segala keperihatinan dan budi baik pihak Tuan/Puan didoakan semoga Allah SWT 
memberkatinya.

 

p/s: Kalau ada yang berminat, saya akan e-mailkan secara individu file-file 
tersebut. InsyaAllah!

 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke