Date: Mon, 30 May 2005 11:10:51 +0800
From: Mohd Yusof Mat Atan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: NWR(A) - hidup bermasyarakat. <bU>
Assalamualaikum................
Harap sangat Tuan moderator dap luluskan posting ini. TQ
Bosan.
Hidup ini memang sering adakalanya sangat membosankan sehinggakan apa
sahaja yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh tubuh kita sendiri.
Kebosanan itu mungkin berpunca dari persekitaran kita yang penuh dan
sarat dengan keadaan yang tiada makna. Saya cukup malas sebenarnya untuk
menceritakan keadaan sebenar saya yang mempunyai persekitaran yang tidak
sihat.
Five (5) M - Mengata, Mengutuk, Mengumpat, Memfitnah, Menghukum.
5 M ini jika tidak diatasi dengan pemikiran yang baik dan jati diri yang
kuat, pastinya kita akan rebah di pangkuan mereka yang mempunyai 5 M
ini.
Kadangkala kesalahan yang tiada kena mengena dengan mereka menjadi punca
yang tiada makna untuk mereka melakukan 5 M. Memang hakikat hidup
bermasyarakat di Malaysia ini khususnya mereka yang menggelarkan diri
mereka melayu tidak dapat tidak 'rahsia dalaman' setiap individu itu
menjadi satu kisah yang patut dipertontonkan dan diceritakan serta
dihujahkan sesama mereka ahli 5 M.
Adakah itu realiti hidup bermasyarakat? Mestikah hakikat itu patut
diterima? Selayaknya mereka yang berbangga dengan pekerjaan, pendidikan
akademik dan agama, berusia emas, berakhlak mulia dan yang penting
kononnya berbudi serta berbahasa tidak patut melakukan 5 M.
Tapi saya penuh kehairanan mengapa budaya sebegini kurang adanya pada
kaum yang lain seperti kaum cina dan mereka yang berbangsa Eropah. Jika
persoalannya diajukan pada mereka ahli2 5 M ini pastinya jawapan mereka,
biasalah hidup bermasyarakat...............
Secara baiknya, mereka ahli 5 M ini patut dijauhi oleh mereka yang tak
mahu berdebat dan terlibat secara lansung mahu tidak lansung. Biarlah
kita dikatakan tidak bercampur gaul dengan orang. Tiada faedah lansung
jika bercampur dengan mereka ahli 5 M ini. Lebih menyakitkan jika kita
sahaja yang mereka nampak salahnya sedangkan perbuatan mereka lebih
teruk.
biasalah hidup bermasyarakat.............
Susah tak ada siapa yang nampak, bila senang kitalah yang dia nampak.
Mungkin mereka yang tiada lansung niat nak buat 5 M ini memang lebih
suka menyendiri. Kata nabi, diam itu lebih baik dari berkata-kata.Orang yang makin banyak berkata-kata lebih banyak sebenarnya menghampiri dan melakukan dosa.Lebih baik berdiam diri kerana kita tahu diri kita yang sebenarnya dan berdiam diri adalah tindakan yang bijak dan terpuji dari terus mengucapkan kata-kata yang kadangkala semakin lama semakin banyak versinya.
O.klah sekian sahaja untuk pertama kalinya.Sekadar mengisi masa
kosong...............
Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
