BADAN kita memproses karbohidrat di dalam makanan dan menukarnya
kepada glukos, iaitu makanan utama untuk sel badan. Diabetes atau
kencing manis pula berlaku apabila badan kita kekurangan hormon yang
dikenali sebagai insulin.
Insulin membantu tisu dan organ untuk menggunakan glukos di dalam
saluran darah. Oleh itu apabila insulin berkurangan di dalam badan,
paras glukos akan meningkat dalam saluran darah, sekali gus
memungkinkan seseorang menghidap diabetes.
Sebenarnya, diabetes dapat dikesan melalui ujian glukos dalam darah.
Ada dua jenis diabetes:
Pertama: Dikenali sebagai Insulin-dependent diabetics melitus
(IDDM). Ia keadaan kekurangan insulin di dalam badan. Ini
kebanyakannya berlaku di kalangan remaja dan peringkat awal dewasa.
Kedua: Dikenali sebagai Non-insulin dependent diabetics mellitus
(NIDDM. Ia keadaan insulin tidak dapat diterima oleh badan. Ini
kebanyakannya berlaku di kalangan orang dewasa dan ia sering
dikaitkan dengan masalah kegemukan dan tekanan darah tinggi.
Antara gejala diabetes ialah berasa dahaga yang keterlaluan dan
kerap membuang air kecil.
Tanda-tanda diabetes jenis kedua mungkin boleh dikesan di peringkat
awal antaranya:
Berat badan turun tiba-tiba.
Berasa kebas pada kaki, jari kaki dan tangan
Luka yang lambat sembuh
Lemah dan tidak berdaya
Rasa mual dan muntah-muntah
Harus diingat, diabetes boleh merosakkan saluran darah yang kecil di
dalam badan, menjejas fungsi ginjal (buah pinggang), mata, kulit,
sistem saraf, otot dan jantung. Ujian menunjukkan bahawa apabila
pesakit kencing manis menghidap tekanan darah tinggi, kemungkinan
besar mereka juga mengalami kerosakan ginjal.
Tambahan pula protin dalam air kencing adalah antara sebab utama
pesakit kencing manis menghidap kerosakan ginjal.
Pesakit diabetes juga perlu mengawal tahap gula dalam darah untuk
mengelakkan sebarang masalah. Oleh itu, mengesan dan mengawal
tekanan darah tinggi dan mengurangkan protein dalam air kencing
melalui perubatan adalah sangat penting bagi pesakit kencing manis.
Antara golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal ialah:
Mereka yang mengalami berat badan berlebihan.
Mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit diabetes dan penyakit
ginjal di dalam sejarah ahli keluarga.
Berusia lebih daripada 40 tahun.
Pesakit yang tidak mengawal diabetes dengan baik.
Pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi, air kencing berprotein
atau paras kolestrol yang tinggi.
Kurang pengawalan diabetes boleh menyebabkan masalah perubatan
seperti buta, penyakit ginjal, mandul, gangguan sistem saraf dan
kehilangan anggota badan akibat terpaksa dipotong.
Testimoni � Kencing Manis
Nama : Puan Fatimah bt Safran
Umur : 52 tahun
Alamat : FELDA Sungai Tengi, Hulu Selangor, Malaysia
Pekerjaan : Surirumah
Masalah : Saya akan pergi mengerjakan ibadat Haji pada bulan
Disember 2003 ini. Setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan,
didapati tahap kencing manis saya terlalu tinggi iaitu 21. Ini
menyebabkan pihak Tabung Haji menahan saya dari pergi mengerjakan
ibadat Haji atas sebab kesihatan.
Cara Makan : Dua hingga tiga sudu sehari
Maklumbalas : Anak saya telah memperkenalkan Nufera VCO tetapi agak
keberatan untuk memakannya kerana saya sukar untuk mempercayainya.
Walaubagaimanapun saya amat terdesak untuk menunaikan ibadat Haji.
Setelah memakan hanya dua botol Nufera VCO, segalanya berubah. Tahap
kencing manis saya telah turun dengan mendadak dari 21 kepada 11.
Kini tahap sakit saya menjadi 5 sahaja dan kembali normal. Saya
telah di sahkan oleh Tabung Haji dapat pergi menunaikan ibadat Haji
pada hujung tahun ini. Saya amat bersyukur dan gembira tidak
terhingga kerana telah ditemukan dengan Nufera VCO.
Nota: Testimoni ini adalah berdasarkan pengalaman yang dialami oleh
individu di atas. Kesan yang dialami mungkin berbeza antara seorang
dengan seorang pengguna yang lain.
Maklumat lanjut : http://nufera-vco.2ya.com (012-9250789)
Minyak Kelapa Dara Nufera : http://nufera-vco.2ya.com
Discover Yahoo!
Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more. Check it out!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
