Dari Aisyah ra Ummul mukminin ra, katanya, wahyu yang mula-mula turun
kepada Rasulullah saw merupakan mimpi-mimpi yang baik sewaktu baginda
tidur. Biasanya mimpi itu dilihat jelas oleh baginda seperti jelasnya
cuaca di pagi hari. Semenjak itu hati baginda tertarik untuk
mengasingkan diri ke Gua Hira.

Di situ baginda beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah
isterinya. Untuk itu baginda membawa bekalan yang secukupnya. Setelah
bekalan habis, baginda kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi
bekalan. Kemudian baginda kembali semua ke Gua Hira.

Sehingga satu ketika datang kepada baginda Al-Haq (wahyu), iaitu
sewaktu baginda masih berada di Gua Hira.

Malaikat datang kepada baginda, lalu katanya, "Bacalah !"

Jawab nabi, "Aku tidak pandai membaca."

Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluk sehingga aku
kepayahan. Kemudian aku dilepaskan dan disuruhnya aku membaca."

"Bacalah !", katanya.

Jawabku, "Aku tidak pandai membaca."

Aku ditarik dan dipeluk lagi sehingga aku kepayahan dan disuruh lagi membaca. 

"Bacalah !", katanya.

Aku menjawab, "Aku tidak pandai membaca."

Aku ditarik dan dipeluknya lagi untuk kali ketiga, kemudian
dilepaskannya seraya berkata, "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq.
Khalaqal insaanna min 'alaq. Iqra' wa rabbukal akram."

(Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia
dari segumpal darah. Bacalah ! Demi tuhanmu yang Maha Mulia.)

Setelah itu nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwalid, lalu
berkata, "Selimuti aku ! Selimuti aku !" Lantas diselimuti oleh
Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.

Kata Nabi saw kepada Khadijah (setelah dikhabarkan semua kejadian yang
baru dialami itu. "Sesungguhnya aku cemas akan diriku (akan binasa)."

Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan tidak sekali-kali
tidak akan membinasakan anda. Anda selalu menghubungkan tali
persaudaraan, membantu orang  sengsara, mengusahakan (mengadakan)
barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang
kesusahan kerana menegakkan kebenaran."

Setelah itu Khadijah pergi bersama-sama Nabi bertemu dengan Waraqah
bin Naufal bin Asab bin Abdul Uzza, iaitu sepupu Khadijah, yang telah
memeluk agama Nasrani pada masa Jahiliyah itu. Dia pandai menulis buku
dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya seberapa banyak Kitab Injil dari
bahasa Ibrani dengan izin  Allah. Usianya telah lanjut dan matanya
telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, "Wahai anak kepada bapa saudaraku !
Dengarlah khabar dari anak saudaramu (Muhammad) ini."

Kata Waraqah kepada Nabi, "Wahai anak saudaraku ! Apakah yang telah
terjadi kepada anda ?"

Lalu Rasulullah saw menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah
dialami baginda.

Berkata Waraqah, "Inilah Namus (malaikat) yang pernah diutuskan oleh
Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu,
iaitu ketika anda diusir keluar oleh kaum anda."

Maka bertanya Rasulullah saw, "Apakah mereka akan mengusirku ?"

Jawab Waraqah, "Ya betul ! Belum pernah seorang jua pun yang diberi
wahyu seperti anda, yang tidak dimusuhi orang. Jika saya sempat
sehingga hari itu, saya akan menolong anda."

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun
terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Sala,ah bin Abdurrahman kepadanya (Aisyah ra),
bahawa Jabir bin Abdullah Al Anshari menceritakan tentang terputusnya
wahyu, katanya Nabi saw berkata dalam hadithnya, "Pada suatu waktu,
ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba kedengaran olehku satu suara
dari langit. Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu.
Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira
dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat
kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, 'Selimuti
aku! Selimuti aku!' Lalu Allah swt menurunkan ayat : 'Ya ayuhal
muddatsir ! Qum, fa andzir ! Wa rab baka fa kabbir ! Wa tsiyaabaka fa
thanhir ! Wa rujza fahjur !'

(Wahai orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berikanlah peringatan !
Dan besarkanlah Tuhanmu ! Dan bersihkanlah pakaianmu ! Dan jauhilah
berhala !)"

Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.


s. Bukhari I :: Wahyu.

-- 



~~ www.myjodoh.net ~~ 
Segalanya bermula di sini

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
A total cure for stroke, cancer and paralyze with just quranic verses. 
Learn how, email to : [EMAIL PROTECTED]
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke