-----Original Message-----
From: Azni Aziz
Sent: Thursday, June 02, 2005 9:42 AM
To: Abu Bakar Rahmat; Din Hezri Hashim; hanifah; jamaludin; mzaki
Subject: FW: Renungan..............
Assalammualaikum....
Untuk renungan ...
Barangkali ada di antara kita yang pernah mendengar satu anekdot
kira-kiranya berbunyi: (ini versi ciptaan pakdi)
Pada satu hari, seorang peniaga otak sedang mempromosikan koleksi otak
terpakai yang terdapat di kedainya kepada seorang pelanggan. Lalu
diperkenalkanlah otak-otak terpakai yang ada dan nilaiannya sekali.
"Ini otak orang Jepun, harganya RM 50."
"Ini otak orang Jerman, harganya RM 500."
"Ini otak orang Perancis, harganya RM 5 000."
"Ini otak orang Amerika, harganya RM 50 000."
"Dan ini otak orang Melayu, harganya RM 5 juta."
Si pelanggan terkejut kerana otak terpakai orang Melayu paling mahal.
Lalu
ditanyakan kenapa.Maka jawapan si peniaga otak terpakai adalah kerana
otak
terpakai orang Melayu masih banyak mempunyai ruang yang boleh digunakan
lagi berbanding otak terpakai bangsa lain.
Pakdi tidak tahu siapa yang mencipta anekdot ini,tetapi Pakdi pernah
mendengarnya sejak dari sekolah rendah lagi mengenai sifat orang Melayu
malas berfikir.
Ada pensyarah Pakdi yang begitu anti kepada pelajarnya yang berkemampuan
mendapat markah yang tinggi tetapi tidak boleh menjawab soalan berbentuk
kritikal. Bila dilontarkan persoalan yang berada di luar buku teks,
maka mulalah menggelabah mencari jawapan sedangkan jawapan tersebut
sebenarnya mereka sudah tahu cuma soalannya sahaja berbelit-belit.
Pensyarah-pensyarah sebegini amat menghargai jawapan yang tidak
menggunakan ayat-ayat buku atau seperti yang pernah disebut oleh salah
seorang dari mereka, 'bookish answer.' Tetapi ada juga pensyarah yang
tidak boleh tidak, jawapannya mesti sama seperti dalam nota yang
diberinya.
Berfikir itu seronok. Apatah lagi kalau memikirkan sesuatu yang baru dan
bermanfaat untuk diri sendiri. Berfikir itu juga mudah. Tetapi tidak
ramai juga orang yang benar-benar menggunakan otaknya untuk berfikir.
Barangkali orang yang tidak berfikir ini adalah orang yang tidak tahu
memanfaatkan kelebihan akal yang telah dianugerahkan. Langkah pertama
untuk berfikir adalah kita perlu membuka kerangka minda kita
seluas-luasnya atau dalam erti kata lain, melakukan anjakan paradigma.
"Mind is like a parachute, it will be useful when it is opened."
Bila sebiji epal jatuh ke atas kepala orang yang tidak berfikir, dia
akan
terus memaki dan marah-marah. Tetapi orang yang berfikir akan menemui
teori graviti, seperti Isaac Newton. Orang yang tidak berfikir juga
akan hanya melihat air berlalu begitu sahaja bila dicurahkan ke atas
daun
keladi, tetapi orang yang berfikir akan mencipta peribahasa;
-Bagai mencurah air di daun keladi- dan orang yang berfikir lebih jauh
akan
menjadikannya sebagai asas penciptaan visor helmet yang kalis air.
Orang tidak berfikir akan membaca al-Quran sama seperti membaca bahan
bacaan lainnya. Tetapi orang yang berfikir, dia akan membaca al-Quran
sambil mentadabbur makna dan isi kandungannya lalu dijumpakan
olehNya penemuan-penemuan sains yang menakjubkan yang telah termaktub di
dalam al-Quran.
Manusia diciptakan dengan otak manusia terletak di bahagian yang paling
atas sejajar dengan pengiktirafan Allah swt terhadap manusia yang
dijadikan sebaik-baik kejadian. Tetapi ramai juga manusia meletakkan
otaknya di kepala lutut malah lebih teruk lagi di bawah tapak kaki.
Allah telah mengumpamakan manusia lebih teruk daripada binatang
sekiranya mereka tidak memanfaatkan anugerah akal.
Pejuang wanita aliran liberal seperti Sisters In Islam selalu mengatakan
hukum memakai tudung bagi wanita itu adalah diskriminasi.
Tetapi penemuan pasangan penyelidik, Allan dan Barbara Pease yang
mengkaji
perbezaan lelaki dan wanita dalam bukunya,Why Men Can't Listen And Women
Can't Read Maps serta Why Woman Cry and Men Lie telah menyatakan bahawa
pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model wanita adalah
lelaki.
Dan pengunjung terbanyak laman web pornografi model-model lelaki juga
adalah lelaki. Penonton teramai Miss Universe adalah lelaki, tetapi yang
menonton Mr Universe itu tidak ramai, dan amat sedikit wanita yang
menontonnya.
Kerana menurut mereka, lelaki itu memang akan berasa ghairah cukup
melalui
pandangan. Tetapi wanita perlu dahulu dibelai dahulu untuk meransang
mereka.
Justeru, melihat bahan lucah, bagi kebanyakan wanita, ia adalah
perbuatan yang jijik. Tetapi bagi lelaki ia adalah seronok lagi
menghiburkan.
Sebab itulah kadang-kadang Tok Imam dan Pak Bilal pun mengeluh,
"Kalau camni, mau terangkat kopiah aku...."bila melihat wanita berbaju
ketat dan berseluar sendat lalu di hadapan mereka.
Maka sebab itulah wanita perlu memakai tudung, memakai pakaian yang
labuh,
kerana secara fitrahnya lelaki akan boleh terus teransang bila melihat
kecantikan wajah wanita, bentuk tubuh badan wanita dan lenggok
suara mereka. Tetapi lelaki cukup untuk menutup bahagian antara pusat
dan
lutut kerana tidak ada wanita yang teransang melihat rambut lelaki dan
melihat lelaki memakai seluar. Malah keseluruhan badan
lelaki pun belum tentu dapat mengghairahkan kebanyakan wanita.
Mempertikaikan hukum Allah yang sabit nas yang qatie adalah tindakan
orang
yang tidak berfikir. Persoalan kasihan kepada pencuri yang dipotong
tangannya adalah kata-kata orang yang tidak berfikir.
Seharusnya yang perlu dikasihankan adalah orang yang dicuri barangnya
bukan yang mencuri barang orang lain.
Dan pencuri yang mencuri disebabkan kemiskinan tidak akan dipotong
tangannya kerana bercampurnya perkara syubhah.
Seterusnya,mempertikaikan persoalan pewarisan harta 2:1 antara anak
lelaki
dan perempuan juga menunjukkan mereka tidak berfikir jauh.
Dalam Islam, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anak.
Justeru, mendapat 2 bahagian pewarisan harta sekalipun, adakalanya
bahagian yang dinikmati oleh si suami tidak sampai 1 bahagian pun
setelah harta tersebut digunakan untuk menyara keluarga. Berbanding
wanita, mereka tidak wajib menyara keluarga, justeru dah dapat 1
bahagian
pewarisan adalah mencukupi. Yang salah bukannya hukum Islam, tetapi
sikap suami-suami yang menzalimi para isteri, dan mereka mempersoalkan
hukum.
Kenapa orang murtad perlu dibunuh? Ia melanggar hak asasi manusia.
Begitulah kira-kira dakwaan mereka dengan secara jahil menggunakan hujah
"Tiada paksaan dalam beragama." (al-Baqarah: 256)
Islam itu bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah satu cara hidup yang
sempurna. Mempunyai sistem kehidupan yang lengkap dalam semua aspek.
Sejahat-jahat kumpulan samsengmahupun along dan tonto, mereka juga patuh
kepada sistem yang menjadi teras aktiviti jenayah
mereka. Tetapi kenapa Muslim dihalang mengikut sistem hidup yang
digariskan? Kalaulah isu hak asasi manusia itu penghalang,
kebebasan peribadi itu dan ini, maka sudah tentu jabatan askar, polis,
bomba juga mesti dikecam oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi
manusia membabi buta ini. Mereka dimestikan memakai pakaian seragam
hampir sepanjang waktu.
Tidak ada askar dihantar kemedan perang dengan jersi bola sepak. Tidak
ada
polis trafik menjaga lalu lintas dengan baju Melayu lengkap bersampin.
Tidak ada bomba memadamkan kebakaran dengan berbaju punk mahupun hip
hop.
Sedangkan mereka juga ada hak peribadi untuk memakai jersi, baju
kebangsaan dan baju yang mereka minati pada bila-bila masa.
Lalu jawapan mereka sudah pasti itu adalah kerana undang-undang,
peraturan,sistem dan tugas mereka sudah begitu. Lantas tidak ada
salahnya pada jabatan-jabatan tersebut. Manakala apabila Islam mahu
melaksanakan undang-undang, segala sistem dan peraturannya ia dihalang
dengan pelbagai alasan yang tidak masuk dek akal.
Seterusnya untuk berfikir dengan matang, kita adakalanya perlu berfikir
dari luar kotak diri sendiri. Think outside the box. Kalau kita pelajar,
cuba fikir sebagai guru dan pensyarah. Kalau kita bos, cuba berfikir
sebagai pekerja bawahan. Kalau kita bapa, cuba berfikir sebagai anak.
Kalau kita menteri,cuba berfikir sebagai rakyat biasa. Kerana manusia
selalunya tidak nampak gajah di depan mata tetapi boleh melihat kuman
nun jauh di kutub selatan.Kita adakalanya perlu berfikir di luar dari
kelompok dan golongan kita sahaja. Kadang-kadang kita dah rasa cukup
bagus, tetapi sebenarnya tidak. Akibatnya, kita rasa kita sahaja yang
betul
dan orang lain itu semuanya salah. Sedangkan konsep yang perlu kita
pegang adalah keseluruhan manusia itu saling lengkap melengkapi antara
satu sama lain.
Orang yang suka berfikir tidak dapat dibodoh-bodohkan sewenangnya. Orang
yang boleh membenarkan dirinya diperbodoh, dipergunakan dan
dieksploitasi
itu adalah orang yang tidak dapat berfikir dengan normal.
Pelajar undang-undang akan menemui kes Geron Ali. Kes pembunuhan yang
berlaku di Calcutta India pada tahun 1941. Kerana mempercayai membunuh
orang boleh membawa ke syurga, dia akhirnya telah memenggal kepala
seorang
pemuda dan anak perempuannya kemudiannya tanpa rasa bersalah membawa
kedua-dua kepala itu di khalayak ramai dan seterusnya menyerahkan
kepala-kepala tersebut kepada ketuanya. Akhirnya, mahkamah telah
mendapati dia seorang yang tidak dapat berfikir dengan normal.
Itu kisah orang yang memang gila. Tetapi bagaimana pula orang yang boleh
berfikir tetapi masih membenarkan diri mereka dipergunakan? Seperti
diberi
jawatan mufti, imam besar dan qadhi lalu dikehendaki berceramah dan
berkhutbah mengikut selera pemerintah semata-mata bukannya bercakap
berlandaskan kebenaran.Diberi jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan
lalu tugasnya hanya menurunkan tandatangan di bawah kata-kata,"Saya Yang
Menurut Perintah." Bukannya tidak boleh berfikir. Tetapi perihal duit
selalu menjadi penghalang kepada mereka yang sudah
bekerja untuk berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Kerana itulah
bekerja sendiri itu jauh lebih baik dari makan gaji.
Orang yang berfikir dan berani bertindak selalunya digelar aktivis. Sama
ada aktivis pelajar, aktivis buruh dan lain-lain. Mereka ini adalah
golongan
yang perlu dibendung dan disekat oleh pemerintah yang mengamalkan kuasa
pemerintahan aliran seni kediktatoran. Kalau dipandang sekali imbas, apa
yang nak ditakutkan kepada manusia yang masih membeli buku dengan duit
ibu
bapa ini? Apa yang nak digeruni kepada manusia-manusia yang bekerja
bagai
nak rak 24 jam sehari semalam ini? Tetapi bila difikirkan pengaruh
dan kuasa tersembunyi yang ada pada mereka, lalu diperkenalkanlah segala
macam akta serta peraturan biar mereka takut untuk berfikir jauh serta
kritis
supaya tidak ada penentangan yang berlaku terhadap seni kediktatoran
mereka.
Negara-negara maju tidak pernah menghalang kebebasan berfikir terhadap
rakyat mereka. Lalu mereka terus maju dan maju. Tetapi negara-negara
mundur dan membangun begitu takut kepada rakyat mereka yang boleh
berfikir secara kritis. Lalu berterusanlah mundur dan terbantut dan
tidak
maju-maju.
Rasulullah saw tidak menyukai sahabat-sahabat besar bertanyakan hal-hal
kecil kepada baginda. Kerana dalam perkara-perkara cabang, berfikir
sendiri
pun mereka sudah boleh mendapat jawapannya sendiri berdasarkan
prinsip-prinsip umum yang digariskan baginda. Malah, baginda sendiri
banyak mengamalkan syura dengan para sahabat, sedangkan baginda adalah
nabi yang sentiasa boleh meminta wahyu dari Allah. Tetapi untuk
menggalakkan budaya berfikir, maka suasana yang sihat perlu diwujudkan
dengan saling berbincang, tegur-menegur dan mengkritik secara baik.
Sekiranya semua perkara itu perlu kepada penurunan wahyu yang
khusus, sudah tentu Islam tidak akan berkembang dengan baik selepas
kewafatan Nabi saw.
Justeru, jadilah ubi berisi dan bukannya tong kosong.Fikirlah
seluas-luasnya selagi mana ia tidak bertentangan dengan batasan syariat.
Sesungguhnya keseronokan berfikir ini hanya dikecapi oleh orang-orang
yang sudah melaluinya sahaja. Berfikir membebaskan diri kita dari
budaya jumud dan taklid.Orang yang berfikir tidak akan membiarkan
dirinya
dipergunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Wallahua'lam.
-Pakdi-
------------------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
