Bismillahirrahmanirrahim
Kedaulatan dan kekuatan umat Islam ada hubungan dengan pemimpinnya, dengan jemaahnya dan dengan kawan-kawan dalam jemaah atau kawan seperjuangan.
Saya hendak menceritakan tentang pemimpin Islam supaya kita faham, ciri-ciri jemaah Islam, ciri-ciri pemimpin dan pengikut jemaah yang haq.
Pemimpinnya bukan sekadar guru, ulama atau ustaz. Tetapi sikap ustaz, sikap guru atau sikap ulama yang ada pada pemimpin itu. Ertinya pemimpin itu mesti mempunyai ciri-ciri lebih dari seorang ulama atau ustaz.
Di antara ciri-ciri pemimpin kebenaran ialah:
Jadi mujaddid itu, walau hanya dia yang tahu dia itu dipilih Tuhan tetapi jangka panjang orang akan tahu juga kerana orang yang sayang padanya, sangat sayang manakala yang benci, terlajak benci. Kedua-duanya fanatik dan seolah-olah tidak siuman. Kalau kita lihat seorang pemimpin itu ada 2 jenis orang yang bersikap terhadapnya, itulah tanda dia mujadid.
Saya ambil contoh mujadid kedua iaitu Imam Syafie. Jarak dia dengan kita sudah 1300 tahun. Kalau sudah 1300 tahun, bukan saja sudah jauh jaraknya, tidak pernah berjumpa pula tu. Kita mengaji pun bukan dari kitab asal Imam Syafie tetapi dari kitab-kitabnya yang telah disaring. Cuba gambarkan orang yang sezaman dengannya. Begitulah orang yang dilantik Tuhan. Orang yang benci, benci sangat. Ada orang yang benci, kata Imam Syafie sesat. Yang sayang, sampai mabuk.
Imam Ghazali juga disesatkan orang, begitu juga yang lain-lain. Sebab itu ada ulama yang tidak menerima kitab Ihya Ulumuddin sebab menganggap hadis-hadis di dalam kitab itu adalah hadis maudu' (rekaan) Tapi Imam Ghazali dibukakan Arasy dan boleh melihat tulisan hadis itu diLuh Mahfuz. Cuma tidak boleh dibuktikan perawi. Dia tengok yang asal, lagi sahih. Kerana itu dia disesatkan orang.
Itulah sunnah. Hakikatnya sunnah yang Tuhan turunkan kepada Rasulullah dan diberikan sedikit kepada orang-orangNya.
Kemudian yang dikatakan sunnah lagi, pemimpin itu, dialah guru yang memberi ilmu, dialah pemimpin yang membuat arahan, dialah kawan, dialah ayah dan ibu. Pemimpin yang dilantik oleh jari, ada yang berwatak begitu?Tetapi kalau ada pemimpin yang walaupun dia bukan Rasul, yang dia tidak ada sesiapa yang melantik, jangka panjang pengikut-pengikutnya dapat ilmu, dapat keyakinan, dapat kawan, dapat ayah dan ibu, itulah pemimpin yang ditunjuk Tuhan. Pengikutnya sangat sayangkan dia walaupun dia tidak buat peraturan begitu.
Itu adalah antara ciri-ciri asas pemimpin dalam Islam.
Ciri-ciri pengikutnya:
2.Di siang hari, mereka macam singa-singa yang aktif berjuang. Yang berekonomi, membangunkan pendidikan, berdakwah, aktif dibidang kebudayaan, pentadibiran dan perhubungan. Macam singa-singa yang aktif mencari mangsanya.
3.Selain itu,antara satu sama lain, keakraban mereka, bagaikan adik beradik yang lahir dari satu ibu dan satu ayah. Tabiatnya seolah-olah lahir dari ibu dan ayah yang satu. Kasih sayang, perasaan bersama dan bekerjasama, bertolong bantu, bela membela, padahal kenyataannya mereka bukan dari mak dan ayah sama. Etnik dan bangsanya pun tidak sama. Tetapi oleh kerana Tuhan beri kekuatan pada pemimpin itu, dia boleh jadikan pengikut-pengikutnya, yang walaupun tidak ramai tetapi bagaikan satu ibu dan satu ayah.
Ciri-ciri jemaahnya pula:
Rasulullah SAW bersabda, "Jemaah itu rahmat, berpecah itu azab" Bukan sahaja azab di akhirat bahkan di dunia lagi.Mengapa kita katakan jemaah itu membawa rahmat?
1.Adalah kubu untuk pertahankan iman
Sebab itu Rasulullah kata, adanya jemaah itu rahmat dari Tuhan. Kalau ikut berjemaah tetapi hendak cari ilmu, kena cari di luar jemaah, apabila hendak minta bantu, terpaksa minta bantuan di luar, maka jemaah itu bukan rahmat lagi.
Ramai orang bercakap tentang kebenaran tetapi realitinya tidak berlaku. Amalannya tidak berlaku. Sekadar bercakap dan berslogan. Sekadar berseronok. Dalam jemaahnya tidak wujud. Bila hendakkan sesuatu, terpaksa cari diluar. Itu bukan jemaah kebenaran.
Selain itu jemaah kebenaran itu sentiasa diuji. Buatlah apa saja, jemaah tidak akan hancur. Sekadar untuk menapis ahli. Walaupun jemaah Islam itu diuji tetapi tidak sampai ia hancur. Kalau boleh sampai dihancurkan itu bukan jemaah kebenaran. Kalau kita dapat jemaah, kita dapat pemimpin, dapat guru, dapat ibu, dapat ayah, dapat ilmu, dapat kawan, dapat ekonomi dll, itulah dimaksudkan jemaah itu rahmat.
Jadi jemaah itu bersama pemimpin, kasih sayangnya seolah-olah dilahirkan oleh satu ibu dan satu ayah. Senang ke hendak buat begitu? Senangkah untuk letakkan peraturan dalam jemaah supaya semua hidup macam adik beradik? Peraturan macam itu bolehlah ditulis tetapi tidak berbuat.
Jadi kelompok tadi yang ada ciri-ciri itulah, yang macam adik beradik, yang pemimpinnya bagaikan mak ayah, bagaikan guru, kawan dan pemimpin, ia lebih kuat mengamalkan Islam dari orang lain. Mereka tahan diuji. Itulah dimaksudkan sunnah yang bagai memegang bara api. Kalau Tuhan tidak tolong, tidak boleh buat.Kelompok atau jemaah ini walaupun tidak ramai, lahir pembangunan insaniah dan material. Akhirat mereka utamakan, dunia mereka tidak diabaikan. Puak ini berlaku di setiap zaman tetapi tidak begitu dikenal orang, mereka dianggap orang dagang dan asing dizamannya..orang-orang Gurabak.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
