Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh...
1stly, saya nak tegur sikit subjek email saudara. Bunyiknye macam syahadah
lak. Saya faham maksud saudara tapi bukankah syirik itu terletak pada
perkataan, perbuatan & hati? Takpe... Saya rasa ramai faham. Jadik, takyah
besar2kan hal ni.
Saya bukan nak kritk tapi nak sokong 1000%. Ini adalah sebuah artikel atau
posting yang cuuuuukup baik. Saya berdoa kepada Allah agar memiliki daya
pemikiran & kebolehan menulis seperti saudara. Isi yang padat & tepat.
Masalah da'wah antara Islam & Kristian memang jauh berbeza. Mereka tak
perlu solat, puasa, zakat & pergi hajj. Tu tak susah nak buat bagi yang dah
biasa. Malah kalau ade yang baru convert, dorang pun tak rasa berat nak
buat. Yang menjadik masalah ialah orang yang memang dilahirkan Islam yang
selalu menganggap ibadah2 wajib ni sebagai berat.
Konsep da'wah sebenarnya mudah. Saya berpegang kepada da'wah adalah kerja
fardhu ain. Sebenarnya kalau nak berda'wah, salah satu elemen terpenting
ialah memastikan kita berperwatakan yang baik & terpuji. Biar orang kafir
tengok pun terpikat. Ikut sunnah seberapa kuat yang boleh. Itu asas yang
paling asas.
Tapi kalau dah orang Islam tak buat ibadah asas, minum arak, dedah aurat &
macam2 lagih, ade kumpulan da'wah terkuat pun susah nak jadik sebab pernah
orang kafir tanya saya "kenapa si polan tu tak pernah sembahyang? You kata
sembahyang wajib." Tergaru saya nak jawab... Tambah parah kalau kerajaan
yang ngaku Islam menyokong perbuatan munkar.
Saya cadangkan kepada diri saya sendiri dan setiap dari kita supaya mulalah
berda'wah kepada diri sendiri. Cari ilmu & betulkan. Bukan setakat carik
ilmu, pastikan juga dengan siapa kita timba ilmu. Ada orang, bila nama
mengajar pendidikan Islam, tambah lagi kat U yang ternama, main terima
bulat2. Muslim yang baik sebenarnya yang takkan berdiam diri ketika
kemungkaran berlaku. Kalau dah dia sendiri bukan muslim yang baik, camne
nak ajak orang jadik baik?
Golongan Kristian di dunia nih seramai 1.1 bilion manakala Mukmin seramai
1.2 bilion. Tapi dari 1.2 bilion tuh, berapa ramai yang Muslim? Fikirkan...
Sekian,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[EMAIL PROTECTED]
.na.xom.com To:
[email protected]
Sent by: cc:
[EMAIL PROTECTED] Subject: Bismillah
[hidayahnet] Jesus is our Lord??? maszlee
s.com
06/03/2005 08:27 AM
Please respond to
hidayahnet
From: Maszlee Malik
Date: Wed Jun 1, 2005 4:07am
Subject: Jesus is our Lord??? maszlee
"JESUS IS OUR LORD" dan Kefahaman ummah
Maszlee Malik
"Jesus is our Lord", "Jesus is God", "We are the lamb of Jesus" dan
bermacam-macam lagi stiker kereta berbunyi seperti ini atau seakan
ini dapat ditemui di dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.
Sudah tentu sang empunya kereta-kereta yang mempunyai pelekat-
pelekat tersebut merupakan penganut agama Kristian. Itu merupakan
hak mereka, dan amat tidak wajar jika ada di kalangan umat Islam
yang bersuara untuk menghalang mereka memperagakan stiker sedemikian
rupa dengan apa alasan sekalipun. Mungkin ada yang ingin menjadi
juara Islam dengan berdalilkan artikel 11 di dalam perlembagaan
persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi untuk
membantah stiker-stiker yang sedemikian, itu bukanlah tindakan yang
bijak, malah bersikap tidak profesional. Sebagai penganut sesuatu
agama, mereka berhak untuk mempamerkan apa sahaja yang menjadi
identiti kepada agama mereka. Hanya satu persoalan yang mungkin
timbul, adakah perbuatan sedemikian dikira sebagai satu cara
berdakwah kepada agama Kristian yang mungkin mengguris hati majoriti
umat Islam di Malaysia?
Niat yang suci
Nyata sekali, kebanyakan mereka yang menganut agama Kristian
merasakan satu kewajipan untuk membawa orang-orang lain kepada
kecintaan terhadap Jesus (baca: Nabi Isa A.S.) yang telah
mengorbankan nyawanya untuk mengampunkan dosa mereka. Jesus
merupakan anak Tuhan yang begitu bersimpati terhadap manusia telah
menebus dirinya dengan nyawanya semata-mata untuk mengampunkan dosa-
dosa manusia yang mereka warisi daripada Adam A.S. dan Hawa A.S.
Maka untuk mendapatkan keampunan Tuhan bapa, manusia hendaklah
mengiktiraf ketuhanan Jesus dan juga mencintainya di samping beriman
dengan peristiwa penyaliban Jesus sebagai penebus dosa manusia. Jika
seseorang telah beriman dengan akidah tersebut, Volla, dia akan
masuk syurga!, mudah bukan?, logik atau tidaknya perkara tersebut,
itu bukan persoalannya, yang penting hanya kecintaan pada Jesus dan
juga iktikad terhadap akidah "Salvation" yang telah disebutkan tadi.
Yang menariknya, agama yang hanya berteraskan emosi dan jauh dari
fakta saintifik ini telah berjaya membuatkan para penganutnya
berbangga dengan agama tersebut. Tidak cukup sekadar itu sahaja,
mereka bermati-matian untuk menyebarkan agama itu, demi
menyelamatkan manusia di seluruh dunia. Sebagai bukti, bukan hanya
sekadar stiker-stiker yang boleh dilihat di kereta-kereta mereka
sebagai promosi percuma untuk agama itu, malah usaha-usaha dakwah
yang berterusan yang mereka jalankan. Lihatlah pertubuhan-pertubuhan
kemanusiaan, badan-badan kebajikan, pendakwah-pendakwah mereka di
bandar-bandar, di kawasan-kawasan perumahan, di hospital-hospital,
di pusat-pusat dialisis, di pusat-pusat membeli-belah, di IPT-IPT
dan di merata tempat. Itu semua menunjukkan keimanan mereka dan juga
komitmen mereka terhadap akidah yang mereka anuti.
Ke manakah umat Islam?
Pelik bin [EMAIL PROTECTED], ke manakah perginya umat Islam? Bukankah
umat Islam mempercayai bahawa merekalah umat yang terbaik (maksud
surah al Imran, ayat 110) diutuskan kepada sekelian manusia?,
Bukankah umat Islam meyakini bahawa Islamlah agama yang paling benar
dan tiada agama lain yang sebenar Islam?, Bukankah juga al-Quran
sebagai kitab rujukan umat Islam itu sarat dengan bukti-bukti
saintifik, sejarah dan juga hujah-hujah yang menandakan kebenaran
kitab tersebut?, bukankah juga al-Quran sebagai sumber rujukan umat
Islam sarat dengan ayat-ayat yang menyeru agar umat Islam mengajak
orang lain kepada Islam ataupun dalam bahasa yang mudahnya,
melakukan dakwah? (sekadar misal, surah al Imran, ayat 104, al-Nahl,
ayat 125 dan lain-lain dalil samada dari al-Quran dan juga al-
Sunnah). Ironisnya, mengapa umat Islam tidak seagresif orang-orang
Kristian?, adakah mereka hilang keyakinan dengan agama mereka?,
ataupun mereka merasakan bahawa suruhan berdakwah sudah tidak lagi
relevan @ telah dimansukhkan di zaman moden ini?
Ini merupakan satu gejala yang patut dirisaukan oleh umat Islam.
Realitinya, penerusan agama Islam dari satu generasi ke generasi
yang lain, dan juga survival agama Islam itu sendiri terletak pada
usaha dakwah yang dijalankan oleh umat Islam sendiri. Di dalam
membicarakan tentang tanggung jawab melaksanakan dakwah, Dr. Abdul
Karim Zaydan di dalam bukunya "Usul al-Da'wah" telah membawakan
perbincangan para ulama tafsir berkaitan hukum berdakwah berdasarkan
ayat 104 dari surah al Imran. Beliau telah mengemukakan dua pendapat
utama para ulama berhubung ayat tersebut. Pendapat yang pertama
mengatakan kerja dakwah merupakan fardhu 'ain ke atas setiap muslim,
manakala pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
Walaupun beliau cenderung kepada pendapat yang mengatakan bahawa
tanggung jawab berdakwah merupakan fardhu kifayah, namun dalam
realiti hari ini apabila pihak berwajib tidak menjalankan tugas
dakwah secara intensif seperti kerajaan-kerajaan Islam yang lampau,
maka tanggung jawab berdakwah merupakan tugas setiap muslim.
Sayangnya kesedaran ini tidak difahami oleh majoriti umat Islam,
terutamanya di Malaysia ini.
Puncanya
Jika diselidiki apakah puncanya umat Islam gagal memahami tanggung
jawab mereka yang utama ini sepertimana orang-orang Kristian
memahami tugas mereka, ianya kembali kepada dua punca utama. Yang
pertamanya ialah tidak menghayati Islam, dan yang keduanya salah
memahami Islam. Sebab yang pertama inilah yang melata di Malaysia
ini. Islam tidak menjadi maudu' utama untuk dihayati oleh majoriti
umat Islam. Hiburan yang terlampau dan melampau telah menjadikan
umat Islam lena dalam bius yang berpanjangan. Jika seseorang itu
langsung tidak ambil kisah tentang agamanya, dan tidak pula
mengamalkannya, apakah hendak diharap daripadanya untuk berdakwah?,
jauh panggang dari api! Seperti kata pepatah Arab, " Faqidu al-Syai'
La Yu'tihi" (orang yang tiada sesuatu tidak akan dapat memberikan
sesuatu). Sebab itulah jika dilihat kebanyakan pemikir-pemikir Islam
yang menulis tentang dakwah akan mengatakan bahawa "kefahaman"
tentang Islam itu merupakan pra syarat utama untuk berdakwah.
Kefahaman memerlukan ilmu dan penghayatan. Sebab yang pertama inilah
yang menjadi faktor utama usaha dakwah kurang rancak di kalangan
orang-orang muda.
Sebab kedua pula tidak kurang bahayanya. Ini adalah faktor yang
banyak melanda generasi tua. Ramai dari kalangan generasi tua yang
mula kembali untuk menghayati agama kerana merasakan hari-hari yang
bakal mereka lalui semakin sedikit. Sebab itulah ramai audien kuliah-
kuliah Maghrib di masjid-masjid merupakan golongan yang telah
pencen. Sayangnya kefahaman tentang Islam yang mereka terima dan
yang mereka sudi terima hanyalah Islam yang berbentuk
individualisme. Sendiri buat, sendiri dapat pahala. Jika perlu
hendak melakukan amalan, hanyalah yang mempunyai fadhilat-
fadhilatnya sahaja. Lebih menarik lagi, majoriti daripada fadhilat-
fadhilat tersebut datangnya dari hadis-hadis maudhu' dan bukan
berasal dari Islam pun. Islam juga hanya dilihat dari sudut
kerahibannya sahaja. Dakwah tidak pernah pun dilihat sebagai elemen
yang penting, tanpa mereka menyedari bahawa usaha dakwah merupakan
jalan untuk menggandakan pahala mereka.
Viagra
Rasanya sudah sampai masanya untuk umat Islam, terutamanya
masyarakat Islam di Malaysia disuntikkan dengan viagra kefahaman
Islam yang sebenar. Islam yang melihat kewajipan berdakwah sebagai
salah satu elemen penting dalam pengamalan seseorang individu
muslim. Bagi yang telah pun memahami Islam dan juga kewajipan untuk
melakukan dakwah, maka satu langkah ke hadapan perlu dilakukan.
Kefahaman tersebut hendaklah dikongsikan bersama dengan rakan-rakan
se"syahadah" mereka. Gunakanlah 1001 wasilah yang diiktiraf syarak
untuk mempromosikan Islam dengan teman-teman manusia di seluruh
dunia. Mereka yang belum lagi Islam juga mempunyai hak untuk hidup
dengan keindahan Islam, dan juga hidup sekali lagi di syurga kerana
rahmat Allah kepada umat Islam. Jadi apa tunggu lagi?, jom kita
berdakwah...May the force (Allah's force) be with you!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/