Assalamualaikum wbt :o)
Sebak dada bila membaca email ni....but its good ... Semoga kita insaf
dan
menjadi pelajaran. InsyaAllah...renungan bersama dipagi yg mulia
ini..........
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat
di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa
aku
di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu
kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat
apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang
berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian
pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh.nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang, mengucap .......Asyhaduallailahaillallah........."
ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara
ibu.manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan
nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang
pernah
merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu
suara
abang. Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu
usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara
denganmu.datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah
buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.A ku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu?
kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu
menangis saja.dan kila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku
tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku.Aku tahu itu
suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah
aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi
sakaratul
maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut
datang.Aku di ambang sakaratul maut......
Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak
ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
"Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di
pedulikan.Apa
mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh
kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada
siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu
air??Ini
gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini
ibumu.Air
susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama
yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah
agama
yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku??Atau
suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??"Mengucap
syg,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali
lagi
ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia
berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam.
Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah
sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah
malaikat
maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah
bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat
busuk.
"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari
ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku"."Kau
siapa
wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.
rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut
hijau,kuning,coklat
dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa dipedulikannya......
jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku
hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........". Aku terdiam.Aku tidak mampu
berkata
apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan
ku
pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan
di
jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita
di
alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala
nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua
telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
dahiku.Aku
melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apaini?????
"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam
ini?
Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi
kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu
sebelum
kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi
untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku
diusung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu, kak long, kak ngah
dan
lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku
dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya ditanah
perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa
tangan
memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu."Perlahan-lahan",aku
terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku
seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi
sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya
badanku
di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan
kepada
Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama, makin
kabur
dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi
sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan
......aku kini keseorangan.
"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!
THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN
DEATH.....
"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM
MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."
It's must be ours one time. "Setiap yang hidup, pasti akan menemui mati"
Ingat mengingati antara satu sama lain, ialah tanggungjawab kita
seagama...
Tiada yang lebih daripada mengingati mati...
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah
sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan
kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.
(Hukamak)
Do you Yahoo!?
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
***************************************************************************
Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person
to whom it is expressly addressed and may contain information
that is confidential and legally privileged.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any use, reliance on, reference to, review, disclosure
or copying of the message and the information it contains
for any purpose is prohibited. If you have received this message
in error, please notify the sender by reply e-mail of the
misdelivery and delete all its contents.
Opinions, conclusions and other information in this message
that do not relate to the official business of Malayan
Banking Berhad shall be understood as neither given nor
endorsed by it.
***************************************************************************
***************************************************************************
Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person
to whom it is expressly addressed and may contain information
that is confidential and legally privileged.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any use, reliance on, reference to, review, disclosure
or copying of the message and the information it contains
for any purpose is prohibited. If you have received this message
in error, please notify the sender by reply e-mail of the
misdelivery and delete all its contents.
Opinions, conclusions and other information in this message
that do not relate to the official business of Malayan
Banking Berhad shall be understood as neither given nor
endorsed by it.
***************************************************************************
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
