Dalam arus kebangkitan Islam masa kini yang bergolak di tengah masyarakat, kita lihat tenaga-tenaga yang menggerakkan kebangkitan ini bukanlah dari golongan ulamak konvensional seperti yang kita kenal tetapi dari golongan orang yang agak eksklusif dari anggota masyarakat biasa.
Mereka mempunyai fahaman agama yang agak mantap dan mendalam walaupun mereka tidak bersijil atau berijazah dalam bidang agama. Ibadah mereka indah dan cantik dan penuh berdisiplin. Komitmen dan pengorbanan mereka luar biasa. Perpaduan dan kasih sayang di antara mereka sangat teguh. Susunan organisasi mereka sangat rapi. Akhlak dan pembawaan mereka agak berlainan dari masyarakat umum dan sangat menyenangkan. mereka sangat peka dengan pergolakan dan masalah masyarakat. Mereka ini pula tidak habis-habis ditentang dan dimusuhi oleh para ulamak konvensional seperti yang disebut di atas, sama ada yang rasmi dan bergaji ataupun yang menganggotai berbagai-bagai parti.
Mengapakah ini berlaku? Kenapa orang yang masyarakat tabalkan sebagai ulamak sangat menentang dan memusuhi kebangkitan yang dibawa oleh golongan ini. Di antara sebab-sebabnya dipaparkan seperti berikut:
1. Institusi ulamak
Tidak seperti negara-negara lain di Asia Tenggara , Malaysia telah dijajah oleh Inggeris. Berbeza dengan Belanda dan Feringgi , cara penjajahan Inggeris lebih diplomatik, halus dan banyak menggunakan psikologi dari kekerasan. Dalam menangani masalah agama, pihak Inggeris tidak mahu terlibat secara langsung. Mereka mengambil ahli-ahli agama bekerja dengan kerajaam dan orang-orang inilah yang mengendalikan urusan dan hal ehwal agama. Pihak Inggeris basuh tangan dan tidak dipersalahkan dalam hal agama yang mereka tahu adalah sangat sensitif.
Maka terbentuk dan berkembanglah institusi agama yang dikendalikan oleh para ulamak yang digajikan ini. Mereka mengawal dan menguruskan hal ehwal agama. Lama-kelamaan institusi ini semakin berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan. Ia menjadi alat bagi kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar agama. Ulamak-ulamak ini telah diinstitusikan dan dijadikan sebahagian dari pertubuhan kerajaan.
Namun fungsi dan khidmat institusi agama ini tidak lengkap dan tidak menyeluruh. Ia lebih banyak dihalakan kepada menjaga kepentingan kerajaan daripada kepentingan agama dan umat Islam itu sendiri. Ia lebih banyak berbentuk mentadbir dan tidak untuk menjalankan kegiatan yang dituntut oleh Islam. Ia sama sahaja dengan jabatan-jabatan lain dalam kerajaan.
Dakwah tidak dijalankan. Masyarakat tidak dididik. Ilmu tidak disebar. Cara hidup Islam yang syumul tidak diperjuangkan. Ukhwah dan kasih sayang tidak dipupuk. masyarakat tidak dipimpin. Bina insan tidak diambil berat.Rakyat tidak dibawa kepada Tuhan. Perpaduan rakyat tidak diambil berat. Pengisisan rohani diabaikan. Padahal ini semua adalah kerja ulamak. Ulamak-ulamak institusi yangh bergaji ini puas hati menjadi pegawai tadbir. Walhal untuk mentadbir tidak perlu jadi ulamak.
Apabila institusi agama yang rasmi tidak memenuhi kehendak rakyat dan kehendak Islam dan tanggungjawab ulamak kepada masyarakat diabaikan, maka timbul badan-badan bebas untuk mengisi keperluan tersebut. Tumbuh berbagai-bagai jemaah, pertubuhan dakwah yang bergerak di tengah masyarakat. Jemaah ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan masyarakat. Mereka bergaul dengan masyarakat. Mereka lebih memahami masalah masyarakat. Kehadiran mereka lebih dirasakan oleh masyarakat. Mereka menjadi sebahagian dari masyarakat.
Anggota-anggota jemaah ini relka berjuang dan berkorban untuk menyampaikan mesej Islam. Mereka rela bersusah payah, bermusafir, mengorbankan wqang ringgit, harta benda, masa, tenaga, akal fikiran dan sebagainya untuk berdakwah, mendidik da memimpin masyarakat. Ini yang para ulamak institusi makan gaji tidak mampu lakukan. Merka bukan berjuang. Merka makan gaji. Mereka seperti pegawai kerajaan yang lain.
Dengan tumbuhnya pertubuhan dan jemaah dakwah seperti ini, maka institusi ulamak rasmi merasa tercabar. Lebih-lebih lagi rakyat sangat memihak kepada jemaah tersebut dan mula membelakangkan institusi agama. Kerana hasad dengki, pertubuhan dan jemaah dakwah bebas ditentang, dcari kesalahan dan diharamkan. Apa-apa kebaikan yang terdapat pada jemaah tersebut langsung tidak diambil peduli.
Di waktu yang sama berlaku berbagai-bagai salah laku dan skandal dalam institusi agama. Pecah amanah, salah guna wang zakat, kutipan zakat tidak diagihkan kepada asnaf. Pencegah maksiat ditangkap basah. Ulamak-ulamak gila dunia, gila berpolitik dan macam-macam lagi. Institusi ulamak rasmi hilang wibawa. Rakyat hilang keyakinan terhadap mereka.
Dipetik dari [EMAIL PROTECTED]
Discover Yahoo!
Stay in touch with email, IM, photo sharing & more. Check it out!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
