Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar bin Yaakob 16. Ringkasan setakat ini.
Sebelum saya meneruskan perbincangan lanjut mengenai usaha-usaha penyelewengan dalam Islam, berikut disimpulkan ringkasan tema-tema asas yang telah saya sentuh dalam siri ini. i. Islam adalah agama yang ditegakkan berdasarkan kefahaman, bukan ikutan semata-mata. ii. Setiap perkara adalam Islam mesti bersumberkan sumber yang primer atau asasi ; al-Quran dan As-Sunnah. iii. Terdapat sumber lain seperti Ijma', Qiyas, istihsan, 'uruf dan seumpamanya; ada yang disepakati ada yang tidak. iv. Hadis yang dijadikan hujah mestilah dipastikan kesahihannya. v. Hadis maudhu' (palsu) atau dha'if tidak boleh dijadikan hujjah agama. vi. Penyebaran hadis palsu dan dha'if mengundang dosa kerana kemungkinan berbohong atas nama Rasulullah. vii. Penyebaran hadis palsu dan dha'if juga mengkhianati usaha dan jerih payah para Imam hadis yang telah menapis dan menyaring hadis daripada penipuan dan penyelewengan. viii. Sumber-sumber asasi al-Quran dan Hadis ditafsir dan ditakwil oleh Imam-imam dan ulama yang dipercayai menggunakan kaedah-kaedah yang diyakini. ix. Mereka menterjemahkan hadis ke dalam kehidupan praktik semasa. Kita perlu berpegang kepada tafsiran dan pandangan mereka atas prinsip mereka membantu kita memahami sumber asasi. Tanpa mereka, kita mungkin tersasar dalam memahami sumber-sumber ini. x. Walaubagaimanapun Ulama' tidak maksum. Oleh itu, kata-kata mereka tidak boleh dinaiktaraf seperti hadis atau melebihinya. Pendapat mereka boleh diterima atau ditolak tanpa merendahkan peribadi mereka. xi. Bermazhab adalah manifestasi penerimaan kita kepada mana-mana Imam. xii. Tidak ada salahnya bermazhab asalkan tidak taksub kepada mazhab sehingga memperkecilkan mazhab atau pandangan ulama lain. xiii. Perbezaan pendapat dalam maslah khilafiah seperti dalam bab permasalahan fekah adalah tabii dan tidak perlu digusarkan. xiv. Kita perlu berlapang dada, hormat menghormati pandangan asalkan semua mempunyai hujjah dan dalil yang kukuh. xv. Mengikut sunnah sekiranya terdapat dua perkara yang sesuai dengan syarak, eloklah memilih pendapat yang memudahkan. ... bersambung inshaAllah.. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
