Info Kesihatan : Virus bronkiolitis serang bayi
Oleh DR ASMUNNI YAHYA Pakar Perunding Paediatrik)

NUFERA : http://www.maynetwork.net/nufera/ (013-3014262)

JANGKITAN bronkiolitis adalah jangkitan pada sistem pernafasan yang 
biasanya (lebih 80 peratus kes) terjadi kepada bayi berusia antara 
dua hingga 12 bulan.

Ia berpunca daripada serangan virus ke atas saluran pernafasan 
bronkiol di paru-paru yang menyebabkan inflamasi ke atas saluran 
pernafasan dan seterusnya saluran pernafasan menjadi sempit.

Melalui kajian di Barat, virus RSV dikenal pasti sebagai penyebab 
utama jangkitan bronkiolitis (lebih 90 peratus).

Selebihnya disebabkan virus seperti parainfluenza, adenovirus dan 
rhinovirus.

Pada peringkat awalnya, kanak-kanak yang mendapat jangkitan 
bronkiolitis akan menunjukkan simptom seperti selesema, batuk dan 
demam. Kemudian, batuk semakin teruk dan kanak-kanak sukar bernafas 
dan kemungkinan nafas mereka kedengaran seperti bunyi lelah.

Sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami masalah hilang selera makan 
dan sukar tidur akibat masalah lendir yang menyumbat saluran 
pernafasan. Masalah nafas berbunyi mungkin pulih selepas lima hari, 
tetapi masalah batuk berkemungkinan berterusan sehingga sebulan 
lamanya.

Di negara Barat, ada sekumpulan bayi yang dikenal pasti mempunyai 
risiko tinggi jika mengalami serangan virus bronkiolitis sehingga 
mereka mungkin memerlukan alat bantuan pernafasan jika mendapat 
masalah bronkiolitis teruk.

Ini termasuk bayi yang lahir tidak cukup bulan, ada masalah penyakit 
paru-paru kronik (CLD-Chronic Lung Disease), masalah jantung 
kongenital dan bayi berusia kurang empat bulan.

Kadar kematian disebabkan masalah bronkiolitis juga tinggi. Kajian 
menunjukkan jika bayi mendapat masalah bronkiolitis ketika peringkat 
bayi, mereka berisiko untuk mendapat asma (lelah) apabila besar.

Malah, risiko mendapat masalah bronkiolitis bertambah jika bayi 
berkenaan terdedah kepada asap rokok dan habuk (seperti rumah di 
tepi jalan atau kuari), bayi yang dihantar ke rumah asuhan, tinggal 
di rumah sempit dan ramai anggota keluarga serta bayi yang tidak 
pernah mendapat susu ibu.

Masalah bronkiolitis dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Bayi 
yang mendapat masalah bronkiolitis akan mengalami selesema, batuk, 
demam dan masalah pernafasan.

Doktor akan dapat mengesan sama ada masalah bronkiolitis itu ringan, 
sederhana atau teruk. Bagi masalah bronkiolitis yang sederhana dan 
teruk, bayi perlu mendapat rawatan susulan di wad.

Namun, bagi kes bronkiolitis yang ringan, cukup sekadar rawatan di 
rumah diikuti rawatan susulan di klinik.

Walaupun biasanya bronkiolitis hanya terjadi sekali ketika peringkat 
bayi, ia boleh berulang. Kebiasaannya kanak-kanak akan pulih dalam 
tempoh seminggu hingga 10 hari.

Bawa anak anda berjumpa doktor jika dia mengalami masalah 
pernafasan, kurang selera makan dan tidur terganggu. Rawatan 
seterusnya seperti cecair intravena (jika kurang minum) dan rawatan 
oksigen mungkin diberi diikuti pemantau pernafasan secara rapi.

Walaupun jangkitan virus bronkiolitis tiada rawatan khusus, kanak-
kanak berkenaan mungkin diberi rawatan gas Ventolin untuk membantu 
pengembangan saluran pernafasan yang menyempit akibat kesan 
inflamasi virus ke atas saluran pernafasan bronkiol.

Kepada bayi berisiko tinggi, rawatan pencegahan melalui pemberian 
immunoglobulin mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat 
bronkiolitis teruk.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nufera sebagai Pembasmi kuman semulajadi

Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di 
Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria 
sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa 
dara.

Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti 
virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi 
kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan 
untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman.

Kebanyakan virus dan bakteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak 
luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara 
Nufera boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh 
DNA virus dan bakteria. 

Naklumat lanjut & testimoni pengguna produk NUFERA sila lawat ke : 
http://www.maynetwork.net/nufera/ (013-3014262)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke