from some one;
Renungan
1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan
waktu mula kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI
jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih
dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor
di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah
ini salah faham
namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di
saat perang ini
TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok
yang dibuat oleh
orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga
di kalangan kita
yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem
Amerika yang kaya
dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan
perang. Di satu
sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita
penyokong dan
pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi
sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka
berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI
bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu
siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah
dari rakyat
Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil
masa berbulan- bulan
walaupun mendapat publisiti meluas melalui media
massa. Mana yang
lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar
atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan
membuang bayi merata- rata
seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan
terharu bila
ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya
dengan tidak
mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti
mengenalkannya Allah,
sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan
sebagainya agar tidak
didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka.
Bukankah penderaan
bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan
buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka?
Mana lebih hina
buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api
Neraka? Anak
yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk
Neraka kalau dia
hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna
akan rosak hidupnya
yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima
kasih pada sesiapa
yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai
bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang
tak terhitung
banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang
rasa terhutang
budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang
dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang
yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan
yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi
SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat
jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri
namanya. (Kalau
perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin
lain. )
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang
suami TETAPI ramai
juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar
rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap
sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak
berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih
baik dari kahwin
2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin
1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI
kahwin 1 lebih
baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih
baik dari 4 jika tak
mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau
ketiga-tiganya atau
keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum
pilih yang mana
satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling
kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang
sama juga di pentas
yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor
peperangan
memotong tali persaudaraan.
11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak
betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali
rasa aku jahat,
aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku
dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
_________________________________________________________
Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.
http://mail.yahoo.com.sg
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/