I'm with you. Aku sokong pandangan bernas walaupun tengah panas.
ruzaihan.junit wrote: >Assalamualaikum warahmatullah... > >Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi >bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan >sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. >Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai >keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin >& orang2 yang beramal soleh... > >Kalau sekali baca tajuk kat atas tuh, pasti ade yang terkejut. Gilo ko apo? >Erm... Tapi nih memang terjadik. Kalau biasa kita dengar kat kenduri2 >kawin, ortang cakap "Jemput makan..." atau "Silakan masuk... " atau >"tambahla nasik lagih!". Tapi skang nih Kementerian Kesihatan ubah teknik >sikit. "Silakan berzina...", "Jemput isap dadah..." dan "tambahla jarum >lagi!" > >Pelik kan? Tapi benar. Sebab dorang nak edarkan kondom dan jarum suntikan >kepada penagih dadah & pasangan remaja. Untuk banteras HIV konon. Tapi >sebenarnya dorang merosakkan institusi kekeluargaan. Dorang tak sedar ke? >Dorang merosakkan keturunan. Allah melaknati perzinaan. Sehinggakan lelaki >atau perempuan mukmin yang telah berkahwin itu berzina, dia akan dihukum >mati - rejam dengan batu sampai mati! > >Mengapa begitu sekali zina dilaknati? Kerana zina meruntuhkan susunan >kekeluargaan. Lihat saja di negara kafir terutamanya Amerika Syarikat yang >sesetengah orang kita bangga dengan dorang punya so called kemajuan. Berapa >ramai anak tanpa bapa yang dilahirkan? Mereka akhirnya menggunakan nama >maiden ibunya. Jadi masalah bila sampai bab merebut harta pusaka. > >Sedangkan sebuah perkahwinan yang tersusun, yang berul2 memenuhi ciri >Islam, tidak akan berlaku hal ini. Selain pengantin lelaki dan pengantin >perempuan, mesti ada wali. Gadis tidak dibenarkan memilih suami sendiri >kerana mereka tiada pengalaman. Itu hak wali. Melainkan janda yang >dibenarkan memilih calon sendiri. Kerana janda dah ada pegalaman kecuali >janda berhias (yang masih dara). Ini bukan hendak menafikan hak si gadis >sebaliknya melindungi mereka. > >Yela... Berapa ramai kite tengok anak gadis kawen dengan Bangla, pastu >jadik hamba (ye ke tidak. Ntah2 NGO buat2 citer je. Bangla kan Islam...). >Tuh tanpa izin wali biasanya. Ha... Kan dah tersiksa sendiri. Tu la... >Taknak ikut hukum Islam. Percaya sangat kat SIS. Dorang tuh tau hape. Tanye >nape tak pakai tudung, dia jawab yang penting pakaian taqwa. Taqwa sangat >la tuh kalau tak tutup aurat? Ape jenis pemikiran ntah. Taraf2... Taknak >cakap. Nanti ade orang marah. > >Keduanya mesti ade saksi. Ditetapkan pulak saksi mesti lelaki yang waras, >boleh dipercayai, tidak pelupa dan tidak melakukan dosa besar termasuk >meninggalkan solat. Pastu ijab dan qabul iaitu lafaz serah dan terima. >Hm... Kan dah cukup lengkap tu. Terutama saksi. So kalau ade ape2 terjadi >kemudian hari, ade tempat nak rujuk. Selain tuh disunahkan membuat walimah >urus... > >Cuba bandingkan dengan perzinaan. Kalau terhasil anak, dahla dipanggil anak >haram. Anak tuh kehilangan hak atas segala perkara. Tak sian ke? Pastu >penyebaran penyakit berjangkit berleluasa. HIV la. Sifilis la... O... Sebab >tuh pakai kondom... Bodoh! Geram aku. Nak pilih jalan singkat je. Patutnya >kalau nak basmi penyakit, basmi la dengan mencegah kemungkaran. Basmi >perzinaan. > >Ni tak. Bila orang tangkap pembuat maksiat, yang tukang tangkap terima >kutukan. Tapi dalam pada masa yang sama nak hapuskan STD - sexual >transfered decease. Apekebenda la ni. Susah la nak cakap. Sakit hati. Sakit >kepala. Sakit segala2. Sampai nak type pun jadik huru hara. Dalam hati >meluap2 perasaan benci kat dorang nih. > >Patutnya, kalau nak basmi STD nih, kan lagih baik kuatkan penguatkuasaan >anti munkar. Bukan sahaja di kalangan orang Islam malahan semua agama. >Sebab orang kafir bebas la orang Islam terikut2. Pastu tekankan didikan >agama. Nih tidak. Dahla nak asingkan agama dari sekolah, buat gerakan anti >morality police, tambah lagih dengan edar kondom & jarum suntikan. Majalah >lucah dengan pil peransang bile nak edar secara percuma agaknye? > >Dorang berpikir dengan ibu jari kaki agaknye. Sebab tuh sampai semudah tuh >pemikiran dorang. Susah. Apa orang tua2 kata, bodoh takleh diajar, pandai >takleh diikut. Sori la kalau bahasa saya kasar. Saya dah tak tahan dengan >kerajaan kita yang makin hari makin berbangga dengan kesekularan & >kesongsangan mereka. Kalau dah mereka songsang, orang2 yang pilih dorang??? >Sendri mau ingat la kawan... > >Sepatutnya saya ada satu posting je untuk hari terakhir saya di laut nih. >Tapi sebab muncul isu nih... Bertambah lagi sati. Memula tuh saya nak >diamkan gak. Tapi makin hari hati makin panas membara. Kena lak tadi dengar >ade orang Islam yang sokong. Sedangkan teman sekerja saya yang India >Kristian nih pun bantah. "Mana boleh! Kita punya preacher sudah hantar memo >kasi bantah...". Kata dia la... > >Fikir2 balik, mungkin cakap Harussani tu betul. Asingkan je orang yang kena >HIV ni. Bukan kita nak pulaukan. Cuma kita taknak dorang carik partner je. >Ye tak? Ntah la. Kekadang fikir, padan muka orang yang kena HIV sebab sex >rambang atau kongsi jarum suntikan. Cuma sian kat mangsa2... Kanak2, atau >isteri yang sebenarnya tak tau hapa2... > >Oklah. Makin citer makin marah. Cukuplah setakat ni dulu. Semoga Allah >memberikan keampunan kepada kita, keluarga kita dan semua orang yang >beramal soleh. Semoga Allah membuka hati mereka, memberikan mereka hidayah >dan sedikit kecerdikan agar mereka dapat berfikir dengan waras.... > >Sekian, > >Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... > >Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di >[EMAIL PROTECTED] > > > > > > > >-------------------------------------------------------------------------- > >All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in >any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved >otherwise. > >If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a >daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change >your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with >the title "change to daily digest". >Yahoo! Groups Links > > > > > > > > > > ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
