nak tau trend budak2 remaja menengah rendah sekarang bergaduh panggil nama mak or ayah sikawan.lebih hebat dia boleh tukar or edit nama mak bapa kawan dia sampai jadi bunyi lucah sikit...nak suruh mereka ni berpantun? it would be nice if they can read and write...too bad they are illiterate --- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
> �Nama saja orang Melayu, sikit adab pun > tak tau. Panggil orang hoi, hoi, hoi. Saya ni apa? > Kayu kah? batu kah?� > > �Alamak, Benggali tu bahasakan kita lah,�. > > �Memang betul apa yang dia cakap, engkau tu mana ada > bahasa, panggil orang hoi, hoi, hoi, bahasa > menunjukkan bangsa tau �� > > > [Seniman Bujang Lapok] > > > > http://garapmaju.tripod.com/kempen_budi_bahasa.wmv > > http://garapmaju.tripod.com/dengki.wmv > > http://garapmaju.tripod.com/menganggur.wmv > > http://garapmaju.tripod.com/doktor.wmv > > http://garapmaju.tripod.com/mfp.wmv > > http://garapmaju.tripod.com/budi_bahasa.doc > > http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/22 > (kepada:- Ketua Pengarah BPR) > > > > Berkelahilah cara Melayu, > > Menikam dengan pantun, > > [Melayu oleh Usman Awang, (1929 � 2001), > > 26 November 1999, al-Fatihah�] > > ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ > > > > Sekitar 50 tahun lalu, sebelum Kementerian > Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melancarkan Kempen > Budi Bahasa, buat pertama kalinya kita mengesan > kempen ini telah pun dilakonkan secara tersirat di > Studio Jalan Ampas. Baru-baru ini (5 Jun lalu), > melalui Seniman Bujang Lapok (TV2) kita dapat > melihat watak-watak yang menggunakan bahasa Melayu > kasar secara berleluasa. > > > > Watak sutradara yang kasar mencemuh tunas pelakon > baru dipaparkan.Anak-anak muda yang kecewa kerana > gagal dalam sesi uji bakat, menjadi dengki kepada > para tunas-tunas baru pula. Ertinya, pengucapan > Melayu yang liar dan kasar ini bukan sahaja wujud > dalam program seperti Malaysian Idol, American Idol > dan lain-lainnya yang ada hari ini. Bahkan, ia hadir > seiring dengan kewujudan Malay Film Production itu > sendiri. > > > > Mungkin bezanya kini, ucapan para penilai vokal > calon-calon rancangan itu sudah bercampur baur > dengan bahasa Inggeris yang menyebabkan para > penonton tidak hiraukan sangat aspek tutur kata > serta budi bahasa. Calon baru yang terkeluar dari > senarai pilihan akan merungut marah-marah lalu > bertindak balas memaki hamun penilai mereka pula > dengan bahasa cemuhan yang tidak kurang kalah > berbanding penilai tadi. > > > > Adakah pengangguran antara penyebab utama, mengapa > anak-anak muda ini terus menceburi dunia seni lakon > setelah peluang kerjaya makin sempit? Hal itu tidak > dapatlah dijawab kerana setakat ini, rasanya, belum > ada kajian yang meninjau permasalahan itu. > > > > Apakah mereka mencari publisiti ataupun menjadikan > landasan mudah itu sebagai jalan yang singkat bagi > menampung ekonomi kehidupan? Lalu, apabila mereka > tersingkir semasa uji bakat, mereka mula mengucapkan > bahasa kasar kerana hilang punca rezeki? Sekali > lagi, kita tidak tahu, kerana tiada orang yang > mengambil pusing hal ini. > > > > Kalau begitu, kita memang sukar menerapkan budi > bahasa dalam masyarakat kita. Apa yang berlaku > seawal kemunculan Studio Jalan Ampas kembali > berulang. Tapi, kalau kita tidak mendebatkannya > lebih dalam, adakah kita mampu memberikan penawar > yang ampuh untuk merawat �luka� percakapan kasar > oleh bangsa Melayu? > > > > Sesekali, kita tentu terfikir. Mengapa agaknya > istilah �Budi� dikembarkan dengan �Bahasa�. > Kesimpulan awal yang boleh diambil ialah, orang yang > berakhlak dan bermoral tinggi ialah orang yang > cerdik menggunakan bahasanya. > > > > Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya tentang bahaya > lidah. Banyak peringatan daripada Nabi yang > menganjurkan manusia menjaga lidahnya. Misalnya, > seorang wanita menemui Nabi lalu berkata,�Ya > Rasulullah, jiranku sangat warak. Malamnya diisi > dengan tahajud, siangnya dia berpuasa. Tapi, aku > tidak pernah merasa aman daripada lidahnya.� Sabda > Rasulullah s.a.w, �Ketahuilah, bahawa dialah > penghuni neraka.� > > > > Mengapa manusia hilang budi bahasa? Mungkin kerana > tekanan hidup atau hilang pegangan. Ada manusia yang > hidup, tumbuh dan membesar dikelilingi oleh > persekitaran yang menyebabkan dia terdorong > menggunakan bahasa kasar. Misalnya, abang dan kakak > yang selalu mengherdik adik, lama-kelamaan nilai itu > tumbuh dan menyebati dalam jiwa anak-anak yang baru > lahir tanpa apa-apa pengertian itu. > > > > Lebih malang, jika ada manusia yang pada asalnya > baik, tetapi bertukar wataknya kepada nakal, biadap, > kasar penggunaan bahasanya kerana kesan pengaruh > kawan-kawan. Yang sukar sekali, ialah bagaimana > mengembalikan insan yang kasar ucapannya kepada > manusia yang berwibawa. Ini kerana, manusia dalam > kelompok ini mungkin tiada contoh ikutan teladan > yang semenjak di alam kanak-kanak dan remaja. > > > > Konflik adalah salah satu hal yang mampu menukar > tabiat serta perwatakan insan yang baik menjadi > lebih buruk. Misalnya, jikalau ada negara yang > dilanggar musuh,maka rakyatnya jadi pelarian, lalu > terganggu emosi mereka. Dari itu, apakah kita > menyalahkan suratan takdir yang terlakar di langit > tinggi yang menyebabkan kecacatan moral? > > > > Apakah kita terus menghumban kesalahan serta beban > tanggungjawab itu kepada konflik sebagai alasan > mengapa kita menjadi biadap? Bukankah kesabaran itu > penawar? Konflik ada di mana-mana. Hatta, setiap > hari ada konflik kecil berlaku di depan mata. > > > > Kucing peliharaan yang manja tiba-tiba bengis > apabila melihat wilayah mereka diceroboh oleh kucing > dari wilayah lain. Bagaimanapun, kata-kata kasar > haiwan tidaklah mengapa, kerana mereka sememangnya > tidak berakal. Apakah kita perlu mengurangkan > konflik, maka barulah manusia semakin beradab. > Mungkin juga. > > > > Tapi, konflik tetap konflik. Ia hadir di mana-mana. > Bezanya, mungkin konflik itu kecil atau besar. Jadi, > jika konflik tidak dapat dibanteras, apakah mungkin > ada jalan lain? Konflik akan tetap wujud seperti > yang tertera dalam memorandum bantahan malaikat > kepada Tuhan; �Adakah Engkau menjadikan di bumi > orang yang merosakkan bumi dan menumpahkan darah?� > (2:30). > > > > Oleh itu, konflik terus berlaku tanpa ada cara > menghentikannya. Tetapi Islam dan Melayu telah > menawarkan pilihan mengenai bagaimana kaedah merawat > konflik itu. Dari itulah, kita mesti berbahasa > dengan baik dan halus. Dalam alam Melayu, para > hulubalang berpantun terlebih dahulu sebelum > bertarung. Itulah yang membezakan antara hulubalang > yang berkeris dan berpantun, dengan haiwan yang > berkuku dan saling bercakaran. > > > > Jika begitu, ada baiknya kita hidupkan semula amalan > ini, === message truncated === __________________________________ Meet your soulmate! Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather http://asia.yahoo.com/meetic ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
