Thursday, June 09 @ 17:09:50 MYT
KOTA BHARU, 9 Jun (Hrkh) � Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menganggap kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa bagi menangani isu kenaikan harga barangan pengguna sekarang.
Timbalan Presidennya, Haji Ahmad Othman berkata, kenaikan itu tidak dapat dikawal sepenuhnya memandangkan peniaga terpaksa menanggung banyak kos ekoran meningkatnya harga petroleum baru-baru ini.
�Tak kan pula peniaga sanggup menanggung segala kos setelah tambang pengangkutan meningkat tanpa berkongsi sama dengan pengguna,� katanya di sini, hari ini.
Awal Mei lalu kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit diesel sebanyak 20 sen seliter dan petrol (10 sen seliter) yang berkuatkuasa 5 Mei lalu. Kenaikan itu menjadikan harga runcit petrol premium di semenanjung RM1.52 sen seliter dan diesel RM1.081 seliter.
Kenaikan tersebut dibuat disebabkan kerajaan enggan menanggung beban subsidi sebanyak RM2.2 bilion pada tahun ini. Ekoran itu, harga barangan keperluan harian melambung di kebanyakan bandar besar di negara ini.
Ahmad yang juga Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan berkata, cadangan dikemukakan Fomca supaya diwujudkan satu suruhanjaya mengenai harga dipandang sepi kerajaan.
Sedangkan katanya, suruhanjaya itu cukup penting bagi membantu kerajaan melihat kesan kenaikan harga barangan terhadap sosial ekonomi penduduk.
�Suruhanjaya itu hampir sama fungsi dengan suruhanjaya lain yang diwujudkan kerajaan bagi memberi pandangan kepada kerajaan sebelum sesuatu kenaikan barangan pengguna atau perkhidmatan dibuat,� katanya.
- MJ
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
