Di Sini Kita Bermula.. 
Dr. Omar Bin Yaakob

18. Asas berlainan menghasilkan agama baru


Berbeza dengan Bahai, walaupun Qadiani mempunyai sumber serta cara
memahami sumber yang berbeza dari Islam, mereka tetap menuntut bahawa
mereka tergolong daripada golongan Islam bahkan, mereka mengkafirkan
yang selain dari yang orang yang menerima pegangan mereka.  Mereka
mengaku bahawa merekalah Islam tulen manakala kita yang tidak menerima
mereka adalah kafir!

Pada zahirnya sumber mereka sama dengan sumber Islam. Mereka mengaku
mengikut al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi mereka
mempunyai sumber tambahan iaitu tulisan dan ucapan Mirza Ghulam Ahmad
yang mengasaskan gerakan tersebut pada tahun 1889. Mereka menganggap
penulisannya serta "khalifah"nya seperti Hakim Nureddin  dan
Bashiruddin Mahmud sebagai sumber asasi yang amat penting dan
memperkecilkan sumber lain.  Ghulam Ahmad pada mulanya menganggap
dirinya sebagai al-mahdi  dan kemudian mengaku dilantik sebagai 'Nabi'
yang menerima wahyu secara terus dari Allah.  Selain daripada
mempunyai sumber tambahan, cara mereka memahami al-Quran dan hadis
juga berlainan dari umat Islam yakni berlainan dengan kaedah Bahasa
Arab dan Tafsir yang telah diterima oleh seluruh umat Islam zaman
berzaman.  Kebanyakan pentafsiran mereka tersebut diolah bagi
menegakkan kefahaman mereka bahawa Mirza Ghulam Ahmad ialah Nabi yang
dijanjikan. Di samping itu mereka percaya bahawa tidak ada lagi Jihad
dan yakin dengan pegangan yang pelik seperti kononnya Nabi Isa (a.s.)
wafat di Kashmir!

Masalah yang besar mengenai Qadiyani ialah walaupun mereka mempunyai
sumber asasi yang berlainan dari yang dipegang umum oleh umat Islam,
mereka tetap mahu mengaku mereka orang Islam bahkan menganggap orang
Islam yang lain sebagai tidak Islam atau sesat.

Di sini timbul persoalan bagaimana dua golongan yang berbeza,
masing-masing mengaku Islam; masing-masing mengkafirkan yang lagi
satu.  Bagi saya, kedudukan dua golongan yang berbeza dari sudut asas
dan sumber sedangkan kedua-duanya mengaku Islam dan mengkafirkan yang
lain adalah keadaan yang saling menolak (mutually exclusive).  Jika
satu golongan benar, yang lagi satu pasti salah dan begitu juga
sebaliknya.

Perumpamaannya ialah seperti  sebatang pohon jati yang rendang yang
tumbuh dari akar yang teguh. Semua makhluk seluruh dunia mengenalinya
sebagai pohon  jati kerana begitu rupa akar, batang, ranting, daun,
bunga dan buahnya. Tiba-tiba tumbuh pula sebatang pokok lain yang
berlainan daripada pohon pertama tadi mengakui dirinya sebagai pohon
jati.  Menurutnya, yang selama ini dipanggil jati itu bukan jati
tetapi beliau yang baru ini yang sebenarnya jati.  Namun, dilihat dari
akarnya, memang berlainan dari pokok yang dipanggil jati sebelum ini. 
Maka sudah pasti, pohon yang baru tumbuh itu tidak sama dengan pohon
yang asal.  Jika yang baru sebenarnya jati, maka yang asal itu bukan
jati dan begitulah sebaliknya.  Dengan kata lain, satu situasi
"mutually exclusive" terjadi; jika ini jati, yang itu tidak.

Begitu juga antara kita dengan Qadiani berada dalam situasi "mutually
exclusive".  Mengikut kefahaman, keyakinan dan pegangan kita Jamaatul 
Muslimin sepanjang zaman, inilah kefahaman dan keyakinan yang benar;
tidak ada Nabi selepas Rasululllah, tidak ada wahyu sesudah Muhammad
s.a.w.  Jika ada yang mengaku menerima wahyu atau mengatakan dia Rasul
selepas kewafatan Rasulullulah, maka dia pendusta sebagaimana
berdustanya Musailamah al-Kazzab selepas kewafatan Nabi s.a.w..  Sebab
itu satu persidangan ulama dari 124 negara Islam yang diadakan di
bawah naungan Rabitah al-Alam Islami pada tahun 1974 telah
mengistiharkan bahawa Qadiyani atau Ahmadis atau Ahmadiyya adalah
kafir yang terkeluar dari golongan umat Islam.  Mereka tidak mempunyai
sebarang hak sebagai seorang Muslim.

Bersambung inshaAllah..




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke