Malas ambil peluang - biarkan peluang diambil orang lain, malas mencuba, malas meneroka bidang baru, malas nak berniaga. Malas lah juga namanya. Perkataan malas buat orang Melayu ni dah lama dipolemikkan. Bermula dari penjajah hinggalah diperakui oleh tokoh-tokoh Melayu sendiri. Sekarang skop malas orang Melayu telah berubah. Ia juga mengikut masa dan zaman. Zaman dulu mat saleh kata orang Melayu malas kerana sifatnya suka banyak rihat/tidur dari bekerja. Sekarang tidak macam tu lagi. Orang Melayu perlu keluar dari kepompong sebagai penanam padi, penoreh, pekebun atau nelayan. Kalau petani biarlah bertaraf komersial. Kalau nelayan biarlah sebagai taukeh laut dalam (bukan kuli tarik pukat laut dalam milik tauke Cina). Kalau berniaga makan biarlah sekurang-kurangnya macam Restoran Ekonomi Jasa Sg. Petani.
Saya pendatang Sg. Petani (SP). Keluarga-keluarga kami 90% berniaga. Berbagai bidang tetapi bukanlah bertaraf korperat. Cuma macam peniaga Cina lain. At least berniaga. Bila saya datang ke SP saya kecewa dengan penglibatan orang Melayu dalam perniagaan. Orang Melayu tempatan langsung tak ambil peluang. Yang aktif ialah keturunan Mamak. Saya terperanjat apabila beberapa kedai emas milik Melayu di SP dimiliki oleh saudagar emas dari Kelantan. Tak apalahlah asalkan Melayu. Tapi kecewa apabila anak-anak Melayu Kedah tak ambil peluang. Fasal apa? SP ialah bandar kedua terbesar di Kedah dan kerancakan ekonominya lebih kurang sama dengan Alor Setar. Ingat! maksud malas di sini ialah 'malas ambil peluang'. Sama-sama kita cari puncanya kenapa. Ini bukan masa untuk kita beremosional tersindir diperkatakan pemalas. Kita kena terima hakikat bahawa sememangnya orang Melayu Kedah malas ambil peluang!

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
assalamualaikum!!!
sedapnyer mengata kat org sg petani!!!! tak
semestinyer kalau tak berniaga tue tandanya malas.
kalau tak bekerja tue dianggap malas, lain la citer.
berniaga kedai makan dan kedai runcit tue bukan la
satu2nye punca pendapatan kat sg petani nie. kat sini
kami ada byk pilihan. ada yg bersawah, ada yg jadi
nelayan, menoreh, keje kilang ... mcm2 lagi la. kalau
setakat kontraktor melayu amik tender lps tue sub kat
kontraktor cina ... yg tue bukan setakat kat SP
je..... satu malaysia buat. come on!!!! jgn la menilai
dr sudut yg sempit. kalau org melayu takde kedai
runcit, takde kedai makan... terus kata melayu malas
.... mana punya teori nie????? blajar kat mana
nieee?????
sebenarnya ciri2 seorg usahawan @ peniaga nie byk.
perlu ada sifat berani mencuba nasib, kreatif,
innovatif, rajin berusaha, ramah, pandai amik hati
pelanggan dan mcm2 lagi. pasal tue la bukan semua
graduan bisnes study berniaga lepas grad walaupun
diorg ada ilmu psl diorg takde ciri2 seorg usahawan.
ciri2 nie wujud dgn sendiri, kalau nak pupuk pun,
makan masa dan belum tentu berjaya. sama gak mcm
sesetengah usahawan yg lain, walaupun belajar tak
tinggi mana, tapi psl ciri2 usahawan tue dah mmg wujud
dlm diri dia, maka, insya'allah dia akan berjaya sbg
usahawan.
kalau nak citer psl org melayu nie... kat mana2 pun
sama jee..... nama pun melayu .... layu je laa.... tak
segar.

--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap
> orang Melayu di 5 negeri yang saudara lalui. Orang
> Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui sendiri
> oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya
> orang Melayu Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas
> kerbau banyak-banyak. Masa nak duit tangkap kerbau
> dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang
> Kedah juga pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba
> cari kalau restoran dan kedai runcit Melayu. Yang
> ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang
> berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit
> kedai makan ala Thai milik Melayu Pattani. Ini belum
> lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau ada pemaju
> Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub
> kepada kontraktor bangsa Cina.
>
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED]
> wrote:good article to share!
>
> Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Bacalah kalau nak tahu.......
> CUTI-CUTI MELAYU
>
> Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah
> beberapa minggu
> tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya,
> walaupun di hujung minggu.
> Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai
> cuti untuk memandu
> pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk
> berehat di Kuantan.
> Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat
> penatnya kerana
> penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan
> fikiran sambil
> menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis
> sebenarnya hanya ingin
> lari sekejap dari memikirkan soal kerja.
>
> Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak,
> bermalam di rumah
> saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang
> dan tinggal dua
> malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.
>
> Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating,
> terus ke Kuala
> Terengganu
> (PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui
> Jalanraya Timur Barat,
> tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL)
> untuk pulang ke
> rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa
> tempat sekadar untuk
> menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan
> ada kalanya penulis
> juga berhenti untuk membeli belah dan makan.
>
> Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan'
> pembangkang itu di
> sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di
> Terengganu mengenai
> Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan"
> dengan 'penampilan
> khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah
> tajuk itu kerana penulis
> tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat
> rakyat yang menyokong
> golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa
> atau kemenangan dalam
> pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu
> menunjukkan yang memang itulah
> satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk
> berkuasa dan untuk
> menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan
> ke mana arah rakyat
> hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama,
> bangsa dan negara juga
> bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal
> menang! Penulis
> menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya
> bangsa Melayu
> terpedaya oleh mereka.
>
> Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal
> politik sepanjang
> perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke
> dalam kepala
> penulis selama beberapa minit (terutama bila
> terlihat bendera UMNO lebih
> banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding
> beberapa jam
> perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.
>
> Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang
> menyapa penulis di
> sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian
> penulis. Ini kerana
> loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan
> dengan penampilan
> dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju
> kurung lusuhnya dan
> tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil
> berbual dengannya dan
> juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu
> yang dia berbangsa
> Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta
> dengan lelaki
> Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus
> menetap di sini.
>
> Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang
> penulis ingin kongsi di
> sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa
> wanita
> Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea
> untuk mereka berniaga,
> membuka chalet dan juga menjual pakaian selain
> mengusahakan batik di
> kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong -
> sekadar untuk perubahan
> dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis
> terkenang betapa
> bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan
> taraf hidup sendiri
> tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya
> datang dari
> pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari
> pembelajaran,
> pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita
> tidak suka belajar,
> membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu
> bagaimana mungkin
> akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh
> mengubah keadaan hidup dan
> pemikiran?
>
> Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis
> berjumpa dengan
> sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin
> untuk mengumpul wang
> untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan
> mereka dengan wang yang
> hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang,
> adalah sekadar
> mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat
> negara orang. Penulis
> memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini,
> iaitu mengambil
> risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan
> rapi, tetapi sehingga
> kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis
> lihat ini penulis
> ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka
> bertanya apa penulis
> buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun,
> cerita penulis
> tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya
> mengundang pendapat
> bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk
> akal.
>
> Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi
> kebanyakan bangsa
> Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka
> tidak ingin mencari
> pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka
> impikan yang
> hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua,
> ingin sentiasa dalam
> keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana
> mencari pengalaman
> seperti sepasang pelancong tadi adalah gila.
> Meneroka hutan belantara,
> melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari
> tentulah lebih gila
> lagi.
>
> Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu
> mempunyai minat yang
> sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini
> jugalah yang
> diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama
> serta politik kita.
> Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan
> hebat.
>
> Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan
> menghafal apa yang
> di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan
> segala sesuatu yang
> terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber
> pembelajaran juga.
> Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak
> ada di dalam buku
> teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di
> dalam pelajaran,
> tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan,
> kehidupan dan
> pekerjaan.
>
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke