Pilihanraya yang merabunkan Fatah?
Posted on Tuesday, June 14 @ 09:18:54 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Apakah wajah sebenar Fatah tampak jelas selepas berlangsungnya pusingan kedua pilihanraya di Palestin ? Kenapa Fatah membantah keputusan sedangkan yang mengira undi adalah orang kerajaan sendiri ? Hairan bin Ajaib ?Maszlee Malik cuba menyelongkar ...

Setelah berlangsungnya dua pusingan pilihanraya peringkat majlis perbandaran di bandar-bandar Tebing Barat, Gaza dan juga Baitul Maqdis, ternyata HAMAS telah menunjukkan taringnya. Jika di dalam pilihanraya pusingan pertama di awal tahun 2005, HAMAS dan juga individu-individu yang dekat dengan mereka telah membolot lebih 70% daripada kerusi yang dipertandingkan (berdasarkan statistik oleh Palestine election watch, palestine-info.com, UK), pada pusingan kedua ini pula mereka telah berjaya membolot hampir 50% undi popular ( 49.5% bagi HAMAS, manakala Fatah 47 %, dan selebihnya bagi calon-calon bebas, menurut laporan Palestine election watch, Palestine Today, Beirut) yang di dalam pilihanraya tersebut. Lebih menarik lagi kerusi-kerusi yang mereka menangi adalah di tempat-tempat yang di dominasi oleh Fatah sebelum itu dan juga kawasan yang padat penduduk.

Hal ini sudah tentu tidak akan menggembirakan rejim Zionis yang melihat HAMAS sebagai ancaman kepada status quo mereka. Gerakan Fatah yang merupakan gerakan yang lebih senior juga merasakan kegusaran yang nyata dari perkembangan drastik tersebut.

Oleh yang demikian, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila kita melihat bantahan-bantahan Fatah terhadap keputusan-keputusan pilihanraya pusingan kedua ini di atas kerusi-kerusi yang dimenangi HAMAS. Keputusan-keputusan mahkamah yang berpihak kepada petisyen yang dikemukan oleh Fatah jelas tidak logik tetapi telah berlaku. Pertama kali di dalam dunia, kita mendengar pihak kerajaan menuduh pihak penyelaras pilihanraya melakukan kecurangan dan berpihak kepada parti lawan. Bukankah penyelaras pilihanraya itu sendiri adalah jentera kerajaan yang berkuasa iaitu PA (Palestinian Authority) yang didominasi oleh Fath sendiri?, bagaimana mungkin mereka boleh curang kepada tuan mereka sendiri? Ternyata ianya amat melucukan.

Era Fatah pasca-Arafat tidak menunjukkan tanda positif bersatunya rakyat Palestin. Kepimpinan Abbas penuh tanda soal


Tindakan-tindakan yang lebih agresif dan amat memalukan rakyat Palestin juga telah dilakukan oleh Fatah. Kumpulan bersenjata dari kalangan pemuda-pemuda Fatah yang membakar peti-peti undi yang diketahui bahawa HAMAS adalah pemenangnya, ugutan terhadap para pengundi dan juga pengumuman kemenangan mereka sebelum keputusan rasmi diumumkan, kesemuanya amat memalukan dan menonjolkan kulit Fatah yang sebenar pasca Arafat. Jika Arafat selepas Intifadah telah mula menghulurkan tangan kepada HAMAS dan fraksi-fraksi lain untuk berkerjasama menentang rejim Zionis, Fatah kini telah mengkhianati usaha-usaha Arafat.

Pilihanraya telah merabunkan atau membutakan mata mereka. Demi untuk meneruskan kekuasaan dan melumpuhkan kemaraan HAMAS yang dilihat oleh Alistair Crooke (mantan pegawai CIA di Timur Tengah) sebagai kuasa masa hadapan Palestin , mereka (Fatah) telah melakukan 1001 makar.

Fatah berani melakukan perkara-perkara yang jika dilakukan oleh kumpulan yang berlabelkan Islam akan dikategorikan sebagai keganasan kerana mereka mempunyai sokongan yang kuat dari pihak rejim Zionis dan Amerika. Bukan lagi rahsia bagaimana pihak rejim sendiri telah menggugut Abbas tentang masa depan kerajaan pimpinannya yang tidak panjang jika HAMAS berjaya memenangi pilihanraya legislatif yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai nanti.

Tidak hairanlah Abba dengan sukarelanya menangguhkan pilihanraya tersebut demi memperkuatkan jentera Fatah yang semakin lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat. Pemilihan majlis tertinggi gerakan tersebut pun ditangguhkan ke satu tarikh yang belum pasti lagi demi memastikan perpecahan dalaman Fatah tidak akan menjadi batu loncatan untuk HAMAS dan juga mereka-mereka yang bersimpati denga n HAMAS memenangi pilihanraya leaslatif sekaligus menerajui PLO dan juga PA itu sendiri.

Sekarang ini, Abbas telah dipaksa oleh rejim Zionis pula untuk memastikan gerakan HAMAS dan Jihad Islamiyy dilucutkan senjata mereka berdasarkan gencatan senjata yang telah dpersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Di manakah kekuatan HAMAS sehingga rakyat amat menyenanginya ?


Dr Munir Syafiq, seorang pemikir dan penulis Palestin yang terkenal telah menyuarakan bahawa beliau tidak cenderung dengan tindakan HAMAS ....


BERITA SELANJUTNYA DI www.palestinkini.info


Discover Yahoo!
Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more. Check it out!

Yahoo! Groups Links




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke