Selamatkanlah Malaysia Yang Kucintai Saya tertarik dengan isu pemberian jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah yang menggunakan jarum suntukan (IDU). Saya juga ingin merujuk Tulisan saudara Roslan SMS yang bertajuk "Jarum dan Kondom percuma bakal menjadi realiti".
Di dalam suasana kegawatan kepimpinan negara Malaysia yang semakin bercelaru dan seolah tiada pedoman dan panduan, kini kita dikejutkan pula dengan cadangan daripada Menteri Kesihatan untuk membekalkan jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah jenis IDU. Isu ini secara langsung menutup isu-isu yang sebelumnya, antara lain seperti cadangan Pemberian AP (kereta import) kepada pemimpin UMNO, pemansuhan etika dan salahlaku sosial Jabatan Agama Islam, Konsep Islam Hadhari vs Hadharah Islam, isu kenaikan harga petrol, konsert tsunami, sureheboh, Akademi Fantasia dan lain-lainnya. Benarlah seperti ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir, "Melayu Mudah Lupa.." Kita masih lagi belum selesai membincangkan dan membuat penyelesaian atau tindakan keatas dengan cadangan pemansuhan kod etika salah laku sosial oleh pihak berkuasa tempatan seperti jabatan agama Islam dan lain-lainnya, dan kini isu yang baru ini terus menenggelamkan isu yang lama dan kita turut sama melupakannya. Pemimpin negara mengundang masalah sosial dengan membenarkan atau menganjurkan hiburan tanpa batasan di tempat terbuka dan kaca television, umpamanya, Konsert Tsunami Force of Nature, Akademi Fantasia, SureHeboh, Malaysian Idol, membenarkan disko dan kelab malam beroperasi tanpa peraturan yang ketat, nyanyian dan konsert tempatan yang lain. Muda mudi berduyun-duyun memenuhi kehendak naluri hiburan mereka berdua-duaan dan tidak mustahil lebih 20 peratus daripada mereka yang hadir pada program yang seumpama melakukan zina atau hubungan kelamin luar nikah selepas selesai program tersebut berlangsung. Dan mungkin sebahagiannya pula terpengaruh dengan kawan-kawan yang baru dikenali pada program tersebut mula mengenali dadah, ganja dan sebagainya. Kita persilakan pihak berkuasa yang berkenaan membuat bancian keatas pengunjung program diatas untuk mengetahui akan kebenarannya. Natijahnya, berlakulah gejala sosial seperti zina, minum arak, penagihan dadah dan sebagainya. Sebahagian mereka ditangkap dan dimasukkan ke dalam pusat Serenti (kes dadah), pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Bilamana orang yang ditangkap mempunyai hubungan dengan orang yang berkedudukan tinggi, maka dipersalahkan pula pegawai yang menguatkuasakan akta. Sayugia dicadangkanlah pula supaya pegawai tersebut melaksanakan tugas dengan 'berhemah'. Bilamana pegawai berkenaan mula melakukan tugas dengan 'berhemah' maka dicadangkanlah pula supaya peraturan dan etika sosial ini dimansuhkan kerana bersalahan dengan hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia melampaui hak, ketetapan dan peratuan yang ditetapkan oleh Allah. Bilamana penjara, Pusat Serenti dan pusat pemulihan mulai penuh, maka penyelesaian mulalah dicari. Sayugia dicadangkanlah tanpa mahu menerima sebarang bangkangan atau maklumbalas untuk menyediakan dan jarum suntikan dan kondom secara percuma. Maka bergelak gembiralah agaknya para penagih, bakal penagih termasuklah pembekal jarum suntikan dan kondom. Banyaklah nanti agaknya kondom-kondom bersepahan di stadium atau padang selepas konsert berakhir lewat malam, walhal dalam keadaan sekarang pun pihak DBKL mengeluh terpaksa mengutip alat tersebut yang telah digunakan di Dataran Merdeka. Bermaharajalela agaknya nanti pengedar dadah mengaut keuntungan setelah diberi 'lesen' kepada penagih yang mungkin tidak lagi menagih secara tersembunyi. Daripada apa yang dinukilkan diatas, suka saya membuat perumpamaan akan kisah seorang pencuri yang cuba masuk mencuri ke sebuah rumah. Pintu rumah sengaja tidak dikunci oleh tuan rumah. Pencuri berjaya masuk dan mencuri pada malam pertama. Maka malam keduanya pencuri mengajak kawannya mencuri dilihatnya pintu rumah sengaja tidak dikunci malah jendela sengaja dibuka luas. Bila pencuri masuk ke dalam rumah, maka tuan rumah menangkap kedua-dua pencuri lalu mengikat tangan mereka. Bilamana pihak berkuasa sampai, dimarahinya pula tuan rumah kerana mengikat pencuri. Pencuri dilepaskan kerana tuan rumah tidak menangkap dengan cara 'berhemah'. Pada malam ketiga pencuri datang lagi dengan membawa lebih ramai kawannya dan berjaya mencuri walaupun dimarahi oleh tuan rumah. Laporan dibuat lalu pihak berkuasa mengambil keputusan dan membenarkan.. "sepatutnya pencuri deibenarkan mencuri dan DIBEKALKAN SENJATA SEMASA MENCURI". Kesimpulan dari apa yang tersurat diatas, Pertama, sebahagian besar isu yang ditimbulkan adalah tidak dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Umpamanya masalah penagih dadah sepatutnya dirujuk kepada pakar dalam bidang penyalahgunaan dadah, pencegahan dan cara mengubatinya. Dan sudah tentu asas yang digunapakai oleh pihak berkuasa dan pengamal perubatan ialah pencegahan lebih baik daripada mengubatinya. Dan pemberian jarum suntikan percuma bukanlah salah satu cara untuk mengubat penyalahgunaan dadah. Keduanya: Hampir kesemua isu yang ditimbulkan bertujuan untuk menenggelamkan isu yang dihebohkan sebelumnya. Sebagai warganegara Malaysia janganlah kita menjadi "Melayu yang mudah lupa" sebaliknya menjadikan isu tersebut sebagai ukuran tahap kepemimpinan negara kita kini dan asas untuk menolak mereka pada masa akan datang. Maka apakah pula agaknya isu seterusnya selepas ini.... Demikianlah sebahagian daripada pendapat peribadi saya dan sebagai seorang warganegara Malaysia saya mempunyai hak asasi saya untuk mengemukakan pandangan di dalam sebuah negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan bukannya melanggar hak asasi yang ditetapkan Ilahi. Wallahu'alam. Rosham -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
