KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kawalan Alam Sekitar yang diturunkan pangkat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas didapati bersalah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, untuk membatalkan perintah yang dikemukakan majikannya.

Wandi Yadzid Yaakob, 37, memohon mahkamah mengisytiharkan satu deklarasi membatalkan keputusan yang dibuat Pengerusi Lembaga Tatatertib yang mengenakan hukuman turun pangkat terhadapnya daripada jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C48 ke Gred C44.

Bagaimanapun, Wandi melalui peguamnya, Christopher Fernando, memohon lanjutan masa diberikan kepada pemohon (Wandi) sebelum pendengaran terhadap permohonannya itu.

Permohonan itu didengar di hadapan Hakim Datuk Md Raus Sharif.

Wandi menamakan Pengerusi Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Wandi dalam afidavitnya menyatakan dia melangsungkan perkahwinan dengan isteri keduanya pada 19 Julai 2002 dan dia mendaftarkan perkahwinannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Januari 2003.

Berikutan itu, Mahkamah Rendah Syariah pada 27 Mei 2003 mengenakan hukuman denda RM600 atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

?Pada September 2003, pihak mahkamah melaporkan kes saya kepada ketua jabatan iaitu Ketua Pengarah Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya.

?Kemudian pembantu khas Kepada Ketua Pengarah Alam Sekitar memaklumkan kes saya sudah dirujuk kepada SPA. Saya ingin menyelesaikan perkara ini dengan cuba bertemu Ketua Pengarah Alam Sekitar bagi menjelaskan perkara sebenar, namun begitu, temujanji saya dibatalkan oleh ketua pengarah,? katanya.

Pada 25 Oktober 2003, Wandi menerima surat daripada SPA yang memaklumkan kesalahan dilakukannya itu memburukkan nama Perkhidmatan Awam.

Berikutan itu, pada 6 Oktober 2003, SPA memutuskan Wandi diturun pangkat daripada jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C48 kepada Gred C44 berkuat kuasa serta-merta.

Wandi mendakwa Lembaga Tatatertib gagal memberi dia peluang untuk mengemukakan rayuan pembelaan sebelum hukuman dikenakan terhadapnya.


Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke