Tuan-tuan dan Puan puan yang saya sanjungi,
Mohon maaf atas mencelah dalam perbahasan ini.
Terdapat beberapa teori dn pandangan yang amat bersemangat.
Walaubagaimanapun ingin saya kemukakan pandangan saya sendiri. Pernah
disuatu masa dikolej milik bumi, sewaktu menjalani sesi induksi dan
orientasi, saya ditanya, 'Kamu ni bangsa apa?'
Saya jawab,' Bangsa Malaysia!' Saya dimarah kerana tidak berpegang
kepada kekuatan bangsa dan sejarah. Saya jawab dengan mudah, kalau saya
kata diri saya melayu, maka secara psikologi, saya melayakkan diri saya
untuk tidak maju. Kerana secara 'subconscious' saya tahu erti bahasa
makna perkataan 'layu' tersebut. Maka dengan itu, sifat ke atas diri
saya didominasi oleh 'subconscious' tadi. Maka saya ingin tukar
paradigma diri dengan tidak lagi associate kan diri kepada makna bahasa
tersebut. Kalau dari segi sejarah pun kita lihat, golongan bangsawan
dominate ke atas rakyat jelata yang rata-rata melayu. Ada pulak
bangsawan yang bukan melayu seperti kerabat Han Li Po dan Tun Tepok.
Jadi diorang rasa selamat kerana doktrin sultan sendiri supaya rakyat
sentiasa patuh.
Kedua, secara fisiologi, kita makan nasi. Kalau kita tengok pulak
bangsa lain, diorang pun makan nasi, seperti orang cina, india, siam
dan banyak lagi. Tapi kita tengok pulak beras yang dibeli jenisnya apa.
Ini telah saya alami kerana, sewaktu bujang, saya tinggal serumah
bersama rakan dari suku Melanau dan Iban, tidak termasuk geng melayu
lain pada masa lain.
Masa tu saya kerja di hotel terkemuka di Melaka sebagai budak waiter.
Selalu pulak masuk dapur. Bila berkawan dengan orang 'kitchen', saya
tanya kenapa guna beras mahal? Jawab Chef De Partie, sebab rasa lain,
tak terlalu mengenyangkan macam beras biasa kita masak dan kurang
berkanji, jadi hasilnya cantik.
Masa tu juga saya sedang buat thesis jurusan Sains Sukan. Kerana ada
input baik dari pihak pengguna industri, maka saya suka buat tajuk dari
Pemakanan Sukan. Ternyata ada kaitan dari segi sistem tenaga dan kimia
badan, seterusnya kepada sistem tenaga.
Pendek kata, jenis beras iaitu makanan asas dan kuantiti memainkan
peranan besar ke atas sikap kita seharian. Kalau kita tengok pulak bila
berpuasa, boleh pulak bekerja....
Kalau orang yang 'kais pagi dan kais petang', tentu tak cukup makan,
tapi hasil kerja mesti banyak dan baik.
kalau tak, masakan orang dari seberang sempadan datang ke tempat kita.
Sunnah Rasulullah, sabdanya, 'Makanlah ketika kamu berasa lapar dan
berhentilah sebelum kamu kenyang'
Sekian
"Abd Mutalib Ibrahim" wrote:
Malas tak malas orang Melayu tetap jadi pemerintah dinegara sendiri.
Orang putih bawak orang lain masuk negeri ni sebab orang Melayu tak mahu
berkerjasama atau malas untuk menolong orang putih untuk merompak Tanah
Melayu ni. Tak kan tak tau orang putih kaut hasil negeri ni untuk dia
orang bangunkan negeri dia orang. Kalau kita rajin tolong orang putih
masa tu maknanya kita ni bodoh macam lembu le....
Lagi satu, memang orang putih dah lama terapkan benih-benih perasaan
rendah diri pada orang Melayu/Islam dari dulu lagi. Gunanya ialah untuk
menyenangkan mereka buat kerja-kerja menyamun di negeri ni. Tapi
malangnya sampai sekarang orang Melayu masih mengidap penyakit ni.
Contoh yang terang yang saya nampak ialah mengutuk dan menyumpah seranah
bangsa sendiri. Tentulah orang lain suka sebab mereka tak payah nak buat
kerja menyumpah seranah bangsa Melayu ni, sebab bangsa Melayu sendiri
yang menyumpah diri mereka sendiri. Ini adalah phenomena rendah diri
yang paling bawah sekali atau yang paling haprak sekali yang saya tau.
Bukan apa, dulu saya ada belajar kat sekolah dulu cerita pasal Navaho
Indian dan Pueblo Indian dekat SW United States. Dia orang ni punyala
rendah diri saya bagi contoh macam ni:
A,B dan C adalah Navaho Indians. Berdekatan mereka ada seorang Mat
Sallleh.
Jika A dan B bercakap bahasa Navaho Indian, si C akan berasa malu yang
amat sangat kalau Mat Salleh tu tau yang C ni faham bahasa yang
dituturkan orang A dan B ni. Ini adalah malu kelas paling haprak yang
saya tau kerana malu pada bangsa dan bahasa sendiri.
Minta maaf ye, ni hanyalah alternative view. Mungkin ada pendapar lain
yang bernas....
suria insani 09/06/2005 22:11:57 >>>
kenapa melayu pemalas ye? orang arab satu lagi pemalas
dalam dunia ni.nak dikaitkan dengan islam pun malu,
walau pun nabi tu lahir di sana tapi tak mampu
mengubah sikap penyakit M ni.
sewaktu di luar negara saya telah menonton satu
documentary tentang orang melayu pemalas ni, waktu tu
satu rumah hangat hati tengok. fakta dalam documentary
tu semua betul, sampai british terpaksa bawa masuk
bangsa asing nak memajukan tanah melayu masa tu.
sekarang ni dalam kerja seharian saya masih lagi
berdepan dengan bangsa pemalas ni. walau pun dah
diberikan kesedaran, pelbagai program motivasi...there
is something we cant change from these people...jangan
marah kalau bangsa lain kutuk orang melayu pemalas...
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]. wrote:
Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap
orang Melayu di 5 negeri yang saudara lalui. Orang
Pahang? Orang Pahang pemalas. Ini diperkaui sendiri
oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. Katanya
orang Melayu Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas
kerbau banyak-banyak. Masa nak duit tangkap kerbau
dan jual. Silap beliau cakap silaplah saya. Orang
Kedah juga pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba
cari kalau restoran dan kedai runcit Melayu. Yang
ada cuma ada milik Melayu Mamak. Kalau ada yang
berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit
kedai makan ala Thai milik Melayu Pattani. Ini belum
lagi bisnes lain yang lebih besar. Kalau ada pemaju
Melayu mereka ambil tender sahaja lepas itu sub
kepada kontraktor bangsa Cina.
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED].
wrote:good article to share!
Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Bacalah kalau nak tahu.......
CUTI-CUTI MELAYU
Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti setelah
beberapa minggu
tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya,
walaupun di hujung minggu.
Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai
cuti untuk memandu
pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk
berehat di Kuantan.
Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat
penatnya kerana
penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan
fikiran sambil
menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis
sebenarnya hanya ingin
lari sekejap dari memikirkan soal kerja.
Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak,
bermalam di rumah
saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang
dan tinggal dua
malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama sekali.
Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating,
terus ke Kuala
Terengganu
(PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui
Jalanraya Timur Barat,
tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL)
untuk pulang ke
rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa
tempat sekadar untuk
menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu dan
ada kalanya penulis
juga berhenti untuk membeli belah dan makan.
Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan'
pembangkang itu di
sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang di
Terengganu mengenai
Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan"
dengan 'penampilan
khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah
tajuk itu kerana penulis
tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat
rakyat yang menyokong
golongan ini yang hanya memikirkan tentang kuasa
atau kemenangan dalam
pilihanraya? Secara nyatanya, seminar itu
menunjukkan yang memang itulah
satu-satunya matlamat mereka berpolitik iaitu untuk
berkuasa dan untuk
menang semata-mata. Bagaimana kehidupan rakyat dan
ke mana arah rakyat
hendak dibawa, bukan soalnya. Hala tuju agama,
bangsa dan negara juga
bukan soalnya. Soalnya hanyalah menang dan kekal
menang! Penulis
menggelengkan kepala mengenangkan bagaimana mudahnya
bangsa Melayu
terpedaya oleh mereka.
Fikiran penulis tidaklah pula hanya berkisar soal
politik sepanjang
perjalanan tersebut, malah politik hanya menerjah ke
dalam kepala
penulis selama beberapa minit (terutama bila
terlihat bendera UMNO lebih
banyak dari bendera PAS di Terengganu) berbanding
beberapa jam
perjalanan yang bagaikan tiada penghujung itu.
Seorang wanita penjual baju-baju batik santai yang
menyapa penulis di
sebuah kedai di Cherating telah menarik perhatian
penulis. Ini kerana
loghat Amerikanya yang pekat dan tidak bertepatan
dengan penampilan
dirinya yang 'sebiji' seperti Minah Ganu dengan baju
kurung lusuhnya dan
tudung sederhananya. Setelah membeli belah sambil
berbual dengannya dan
juga orang-orang sekeliling, penulis mendapat tahu
yang dia berbangsa
Jepun dan menetap di Amerika sebelum jatuh cinta
dengan lelaki
Terengganu ketika melancong ke sini, lalu terus
menetap di sini.
Namun, ini bukanlah sesuatu yang baru, apa yang
penulis ingin kongsi di
sini ialah cerita orang-orang sekeliling tadi bahawa
wanita
Jepun-Amerika-Terengganu inilah yang memberi idea
untuk mereka berniaga,
membuka chalet dan juga menjual pakaian selain
mengusahakan batik di
kedai yang sempit itu untuk tontonan pelancong -
sekadar untuk perubahan
dan menambah pendapatan. Terus saja fikiran penulis
terkenang betapa
bangsa kita tidak mampu mengubah atau meningkatkan
taraf hidup sendiri
tanpa idea dari orang lain. Ini kerana idea hanya
datang dari
pengetahuan manakala pengetahuan hanya datang dari
pembelajaran,
pengalaman ataupun pembacaan. Sedangkan bangsa kita
tidak suka belajar,
membaca, jauh sekali mengembara atau meneroka. Lalu
bagaimana mungkin
akan datangnya idea? Bagaimana mungkin boleh
mengubah keadaan hidup dan
pemikiran?
Pendapat penulis ini dikuatkan lagi apabila penulis
berjumpa dengan
sepasang pelancong Amerika yang menjual minuman tin
untuk mengumpul wang
untuk pulang ke negara asal mereka. Kedatangan
mereka dengan wang yang
hanya cukup untuk datang tetapi bukan untuk pulang,
adalah sekadar
mencuba atau memperjudikan nasib untuk melihat
negara orang. Penulis
memang telah lama ingin mencuba sesuatu seperti ini,
iaitu mengambil
risiko merantau ke negara orang tanpa persiapan
rapi, tetapi sehingga
kini masih belum berkesempatan. Apa yang penulis
lihat ini penulis
ceritakan pada rakan-rakan sepejabat apabila mereka
bertanya apa penulis
buat semasa cuti 'panjang yang pendek' itu? Namun,
cerita penulis
tentang sepasang pelancong tadi rata-ratanya hanya
mengundang pendapat
bahawa ianya adalah perbuatan gila dan tak masuk
akal.
Penulis kesal, kerana ini memperlihatkan peribadi
kebanyakan bangsa
Melayu ialah tidak mahu susah-susahkan diri. Mereka
tidak ingin mencari
pengalaman. Mengembara adalah perbuatan gila. Mereka
impikan yang
hebat-hebat belaka, semuanya ingin menjadi ketua,
ingin sentiasa dalam
keadaan selesa. Tinggal di dalam pondok kerana
mencari pengalaman
seperti sepasang pelancong tadi adalah gila.
Meneroka hutan belantara,
melihat orang asli dan tinggal di sana beberapa hari
tentulah lebih gila
lagi.
Bukanlah penulis menyatakan yang semua orang perlu
mempunyai minat yang
sama iaitu mengembara tetapi mentaliti yang sama ini
jugalah yang
diserapkan dalam pembelajaran, pekerjaan, agama
serta politik kita.
Mereka ingin ambil mudah, selesa dan kelihatan
hebat.
Dalam pelajaran, anak-anak Melayu hanya belajar dan
menghafal apa yang
di dalam buku, sedangkan persekitaran, pergaulan dan
segala sesuatu yang
terserap oleh pancaindera tidak dijadikan sumber
pembelajaran juga.
Mereka malas memikirkan tentang perkara yang tidak
ada di dalam buku
teks itu. Kerana itu, walaupun mereka cemerlang di
dalam pelajaran,
tidak bermakna mereka juga pandai dalam pergaulan,
kehidupan dan
pekerjaan.
=== message truncated ===
__________________________________
Meet your soulmate!
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
http://asia.yahoo.com/meetic
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
|