ada buku baru edition 2005 tentang gerakan freemasonary ni, saya baru jumpa disebuah kedai buku di jalan masjid india, the first shop u saw from sogo. boleh baca dulu bcos i am still in a process of researching the facts written in there. buku ni dulu dibanned oleh kerajaan, publisher pun kena serbu, buku dipasaran ditarik balik so i am not sure why is it in the market now.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED] wrote:
saya berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan freemasonry sebagai kajian peribadi. Ianya lanjutan dari paper Tamadun Islam dan Pemikiran ISlam yang sama pernah ambil dulu.
Sila mail me personal
Tuan moderator, pls release my identity for her only.
suria insani wrote:
cuma nak tambah dan tanya sikit, agama bahai ni memang agama baru bukan lagi dari cabang islam walaupun asalnya pengasasnya adalah beragama islam. dari class regilion yang saya hadiri dulu pun mengenai semua agama di dunia ini bahai tidak pernah dikaitkan dengan islam. secara ringkasnya agama ini adalah kombinasi semua agama yang ada di dunia. pengikut baru ajaran agama ini mengumpulkan segala ajaran2 yang baik dari semua agama yang ada di dunia dan dijadikan pedoman atau kepercayaan mereka. kalau kita lihat gereja/kuil sembahyang mereka hampir serupa dengan masjid, ada kubah dan gubahan2 asas islam, mereka turut menggunakan tulisan jawi. di chicago terdapat sebuah kuil ni yang menjadi tempat tumpuan pelancong kerana keindahan dan kecantikan rekabena yang menyatukan semua elemen agama di dalam dunia. kalau luaran berbentuk islam, hiasan dalaman pula berbentuk kombinasi agama2 lain.saya sendiri berpeluang untuk melawatnya. sebagai sebahagian daripada assignment dulu. saya pernah berjiran dengan jiran beragama bahai ini sewaktu kecil dulu. di luar rumah amat bersih begitu juga di dalam. setiap kali cuti sekolah anak2 mereka akan di hantar menghadiri kelas agama di mana semua pengikut seluruh malaysia akan berkumpul dan belajar agama. kalau saya nak bandingkan mereka dengan kaum lain malah dengan orang melayu sekali pun mereka ni jauh lebih baik, bersopan santun dan menghormati semua, dari segi pakaian pun mereka amat menjaga tertib berpakaian, mereka juga turut mengamalkan puasa. si ayah begitu teliti menjaga pergaulan sosial anak2, hanya rumah mereka yang berpagar keliling, anak2 tidak dibenarkan bercampur gaul dengan rakan sebaya terlalu lama..takut terpengaruh. yang musykilnya sekarang, di dalam buku 'gerakan freemasonary' mereka ini digolongkan dalam golongan yang ingin memusnahkan islam dan bersengkongkol dengan yahudi utk memusnahkan islam. dari pengalaman saya mereka lebih suka berkumpul sesama mereka dari bercampur dengan orang lain. pernah jiran sebelah rumah mereka, india bergaduh..kalau situasi biasa jiran sure nak ambil tahu nak jengok gak apa yang jadi, tapi saya lihat mereka tak jenguk kepala pun. --- "Dr. Omar Yaakob"@yahoo.com wrote:Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar bin Yaakob 17. Kesesatan Akibat Penyelewengan Dari Asas Siri ini telah mengutarakan keperluan untuk kita kembali kepada sumber asasi; al-Quran dan as-Sunnah. Sumber ini ibarat akar-akar bagi satu pohon yang rendang. Selagi umat berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis sahih serta tafsiran dan takwilan hadis oleh ulama-ulama yang solih, selagi itu kita berada dalam satu pohon. Mungkin rantingnya mempunyai serba sedikit perbezaan tetapi kita adalah dari pohon yang sama. Sebarang perbezaan pendapat dalam memahami, mentafsir atau mentakwil sumber asasi ini boleh dimaafkan dan masing-masing perlu saling hormat menghormati. Perbezaan ranting yang terdapat dalam sesuatu pohon yang bersumberkan akar yang sama tidak perlu dikhuatiri. Perbezaan besar hanya akan timbul sekiranya ada kumpulan yang tidak menerima sumber asasi ini. Tanpa akar yang sama, akan lahir pohon yang berlainan. Saya akan menyentuh tiga kumpulan yang tidak tergolong ke dalam kumpulan yang menerima pegangan asas kita al-Quran dan as-Sunnah. Di sini kita bakal melihat bahawa oleh kerana akarnya berbeza, lahir pohon yang jauh berbeza. . Tiga kumpulan tersebut ialah Bahai, Qadiyani dan Anti-Hadis. Bagi saya ketiga-tiga kumpulan ini mewakili spektrum penyimpangan daripada asas sumber asasi; daripada yang jelas sesat dan mengakui sendiri telah keluar Islam (Bahai) kepada yang masih bergayut dengan nama Islam sekalipun ulama Islam ijma' mereka terkeluar dari Islam (Qadiyani) dan kumpulan yang sesat tetapi masih diberi muka oleh pihak pemerintah (Anti-Hadis). Sorotan saya ini hanya akan berkisar dari sudut sumber dan pemahaman sumber; mengikut tema yang telah diutarakan dalam siri ini. Oleh itu saya hanya menyentuh tentang sejarah atau bentuk penyelewengan mereka secara ringkas Bahai adalah ajaran yang dimulai oleh seorang bernama Sayyid Ali Muhammad yang asalnya beragama Islam. Beliau menggelar dirinya al-Bab (pintu [kepada Tuhan]) pada tahun 1844. Pengikut-pengikutnya dipanggil "Babis". Setelah kematian beliau, salah seorang muridnya yang bernama Mirza Husayn Ali menggelarkan dirinya Bahaullah (Kemuliaan Allah) pada tahun 1863 dan mengaku sebagai utusan yang menerima wahyu Allah. Pengikutnya dipanggil Bahai. Antara ajarannya ialah Mirza Husayn ialah Nabi terakhir dari rentetan Nabi-nabi yang dihantar oleh Allah. Walaupun dalam penulisan asal Sayyid Ali dan Mirza Husayn terdapat petikan-petikan beberapa ayat al-Quran bagi menguatkan hujjahnya, sumber utama hukum-hakam mereka ialah penulisan-penulisan Sayyid Ali, Mirza Husayn dan keputusan-keputusan Badan Tertinggi Bahai yang dipanggil Dewan Keadilan Sejagat (Universal House of Justice). Oleh kerana agamanya diasaskan kepada sumber yang berlainan, maka jelas mereka tidak ada kaitan langsung dengan Islam. Mereka akur bahawa pohon mereka yang mempunyai akar yang berlainan tidak lagi boleh dipanggil 'Islam'. Oleh itu, mereka sendiri telah mengakui bahawa Bahai adalah agama baru yang tidak ada kena mengena dengan Islam. bersambung inshaAllah ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help.http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM--------------------------------------------------------------------~->--------------------------------------------------------------------------All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links [EMAIL PROTECTED]Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
