--- Received from MAS.ABUBAKAR 

17 Jun 2005                                  10 Jamadilawal 1426H



ADAB-ADAB MENJADI AHLI KORPORAT / BISNES YANG CEMERLANG
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sahabat Abdul Rahman bin Auf juga merupakan seorang yang kaya
raya.  Ibn Saad dalam Kitab At-Tabaqat meriwayatkan, "ketika
Abdul Rahman bin Auf meninggal dunia, salah seorang isterinya
memperoleh harta pusaka sebanyak 80,000 dinar emas."  Sebelum
beliau meninggal dunia beliau mewasiatkan agar didermakan 50,000
dinar emas dari hartanya untuk perjuangan Islam, dan untuk mereka
yang pernah menyertai perang badar, beliau dermakan 400 dinar
emas bagi setiap orang.

ADAB-ADAB BISNES
~~~~~~~~~~~~~~~~

Imam Al-Ghazali, dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' bab 'Adab Berusaha
dan Mencari Kehidupan', ketika membicarakan tentang perniagaan,
menetapkan, seseorang peniaga atau ahli bisnes hanya dikira
sebagai seorang yang mementingkan agama serta syariat dalam
bisnesnya jika dia memelihara tujuh (7) perkara iaitu ;

1.  Membaikkan niat serta akidah di peringkat awal perniagaan.
    Seseorang peniaga hendaklah berniat, penglibatannya dalam
    bidang perniagaan adalah untuk memelihara dirinya dari
    meminta-minta serta untuk membantunya melaksanakan tuntutan
    agama.  Dia juga perlu berniat, penglibatannya adalah untuk
    menunaikan segala keperluan keluarga.  Di samping itu dia
    perlu berniat untuk menegakkan keadilan dan berlaku ihsan
    dalam muamalatnya serta menyuruh manusia kepada makruf dan
    mencegah kemungkaran.

2.  Memastikan tujuannya berusaha ialah untuk menegakkan salah
    satu dari tuntutan fardu kifayah.  Jika mampu, dia hendaklah
    menjauhi bidang perniagaan yang memfokuskan kepada pembuatan
    barang-barang perhiasan duniawi yang tidak menguntungkan
    agama.  Dia wajib menjauhi perniagaan barangan yang diharamkan
    agama, sebagai contoh, pakaian sutera bagi lelaki, cincin
    emas bagi lelaki dan yang seumpamanya.  Antara bidang
    perniagaan yang disukai oleh ulama salaf ialah, berniaga,
    membawa barangan, menjahit, mencelup kain, membuat kasut,
    bertukang besi, bertenun kain, berburu binatang, menangkap
    ikan dan membuat kertas.

3.  Memastikan agar aktiviti duniawinya tidak menjadi penghalang
    kepada aktiviti akhiratnya.  Hal ini diingatkan Allah dalam
    Surah An-Nur ayat 37 yang bermaksud; "Lelaki-lelaki yang
    tidak dilalaikan perniagaan dan jual belinya dari mengingati
    Allah, menegakkan solat dan membayar zakat."  Omar Al-Khattab
    pernah berpesan kepada saudagar dengan berkata; "Jadikanlah
    awal siang mu untuk akhirat mu dan sesudahnya itu untuk
    dunia mu."  Orang-orang salih terdahulu menjadikan permulaan
    serta penghabisan masa siang mereka untuk aktiviti akhirat
    dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang khusus, dan menjadikan
    pertengahan waktu siang mereka untuk aktiviti perniagaan.
    Ulama salaf terdahulu apabila mendengar laungan azan terus
    meninggalkan kedai-kedai mereka untuk melaksanakan solat.
    Ketika itu kedai-kedai itu diurus oleh kanak-kanak dan orang-
    orang zimmi.

4.  Memastikan agar zikir kepada Allah tidak dilupakan ditempat
    kerja.  Imam Al-Hasan pernah berkata, "Orang-orang yang
    berzikir kepada Allah di pasar-pasar akan datang kepada Allah
    pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya."  Mereka sebenarnya
    sedang mengamalkan hadis nabi yang bermaksud, "Bertakwalah
    kamu kepada Allah di mana saja kamu berada."  Hadis ini ialah
    sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi.

5.  Memastikan agar diri tidak tenggelam dalam perniagaan.
    Abdullah ibn Amr ibn As pernah berkata, "Janganlah kamu
    menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan orang yang
    terakhir keluar daripadanya."  (Dalam bahasa hari ini ia
    bermaksud, janganlah menjadi 'workaholic' atau orang yang
    gila kerjaya sehingga melupakan tanggungjawab yang lain).

6.  Memastikan agar dia tidak menjauhi perkara-perkara yang haram
    sahaja.  Dia juga hendaklah berhati-hati dari perkara yang
    syubhah dan yang meragukan.  Jika keadaan sesuatu barangan
    meragukan, dia hendaklah memastikan hakikat keadaan barangan
    itu terlebih dahulu agar dia terpelihara dari perkara yang
    syubhah.  Walau bagaimanapun dalam hal ini, pemeriksaan yang
    terlalu terperinci tidaklah dituntut oleh agama.  Hal ini
    disebabkan nabi sendiri jika ingin mengetahui tentang hakikat
    sesuatu barangan secara terperinci, baginda hanya bertanya
    tentang asal usul barangan itu dan tidak menyelidiki lebih
    dari itu, dan ini pun tidak baginda lakukan bagi setiap
    benda.  Perkara ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir.

7.  Memastikan agar dia sentiasa mengawasi diri sendiri daripada
    mengawasi orang lain.  Hendaklah dia menghitung amalan diri-
    nya, menyelidiki niatnya serta menghalusi setiap perbuatan
    dan perkataannya.


-  TIP KECEMERLANGAN DARI AL-QURAN
   Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd

Ref: PMIM/TU/77/JUN05





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke